Monday, July 23, 2012

RE: RG2011... Petua elak masakan melekat pada kuali

 

Selain taruh asam keping dlm minyak,

Kalau nak goreng ikan, pastikan minyak betul-2 panas….baru masukkan ikan, isi ikan x melekat kat kuali.

 

& jika minyak goreng cucur nak digunakan utk goreng ikan, taruh bawang putih seulas dua & goreng bwang putih dulu utk hilangkan bau cucur (utk recycle minyak-jimat minyak)

 

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Ahmad Mohni
Sent: Monday, 23 July, 2012 7:17 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Petua elak masakan melekat pada kuali

 

 

Petua yg sgt berguna kpd master chef (hb/wife) yg suka masak, termasuk sy dlm bln pose ni...

Sent from my iPhone


On 19 Jul 2012, at 13:54, ayza zaiton <ayzamz2001@yahoo.com> wrote:

 

tq.... sangat berguna.  mmg pun bila dah melekat ikan akan hancur... huuu...



--- On Mon, 16/7/12, Daniena Hakimi <hdaniena@yahoo.com> wrote:


From: Daniena Hakimi <hdaniena@yahoo.com>
Subject: RG2011... Petua elak masakan melekat pada kuali
To: "Daniena Hakimi" <hdaniena@yahoo.com>
Received: Monday, 16 July, 2012, 8:42 PM

 

Dulu masa saya belajar di Jepun, hobi saya ialah memasak…Sebut jer masakan apa pun, semuanya saya pandai. Sampai semua member2 saya samaada Jepun atau member Malaysia, Indonesia, member Arab…semua menyukai masakan saya….cheewah..eksyen skit yer…jangan marah.

Sebenarnya memasak ni bukan hobi sangat pun. Tapi dek kerana dah terpaksa. Maklumla, kat Jepun, susah nak jumpa restoran halal. Makanya, nak tak nak, memang nak kena masak sendiri la jawabnya…huhu.

Apa2pun, kali ini saya bukan nak cerita pasal pengalaman saya di Jepun. Tapi saya nak bagitau satu petua yang saya dapat hasil pembacaan saya. Iaitu petua nak elak masakan (terutamanya yang goreng2) agar tidak melekat pada kuali.

Dulu di awal pembabitan saya dalam dunia masakan, saya seringkali mengalami masalah masakan/gorengan saya asyik melekat jer pada kuali/periuk. Kesannya, masakan saya jadi hangus dan kadang2 ikan yang saya goreng, jadi hancur kerana ia selalu melekat pada kuali.

Lantaran itu, saya bertanya kepada beberapa orang tua dan membuat penyelidikan di internet tentang petua nak elakkan daripada masakan kita agar tidak melekat pada kuali.

Hasilnya, saya dapat 2 petua untuk mengatasi masalah yang saya hadapi tersebut.

Petua 1

1.     Mula2, masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan minyak.

2.    Setelah minyak dah cukup panas, sebelum menggoreng apa2 (samaada ikan, ayam, daging, tauhu dll),  taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut.

3.    Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. InsyaAllah ayam/ikan/daging anda tidak akan melekat lagi di kuali.

 

Petua 2

1.     Selain daripada garam, anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak.

2.    Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing dan enak sekali.

Kenapa? Tak percaya?

Cubalah….

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment