Wednesday, July 18, 2012

Re: RG2011... PKR mula retak, Latheefa letak jawatan ahli MBPJ

 

itu bagusnya pr. tidak berjaya laksanakan kerja, letak jawatan.
bukan macam umno. hilang enjin jet pun masih boleh senyum pemimpinnya.
 
baginya apalah sangat enjin jet sedangkan rahsia negara yang lebih penting pun umno boleh jual.

--- 12/7/18 (수)에 al al <bdm3557@yahoo.com>님이 쓰신 메시지:

보낸 사람: al al <bdm3557@yahoo.com>
제목: Re: RG2011... PKR mula retak, Latheefa letak jawatan ahli MBPJ
받는 사람: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
날짜: 2012년 7월 18일 (수요일) 오후 12:34

 
shred mula meroyan lg!!!


From: shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
To: "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>; "Idaman_Group@yahoogroups.co.uk" <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>; "jarum_emas@yahoogroups.com" <jarum_emas@yahoogroups.com>; "MalaysiaNews@yahoogroups.com" <MalaysiaNews@yahoogroups.com>; "pakbelang@yahoogroups.com" <pakbelang@yahoogroups.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Monday, July 16, 2012 1:21 PM
Subject: RG2011... PKR mula retak, Latheefa letak jawatan ahli MBPJ

 


Post Pic


Latheefa Koya Disahkan Letak Jawatan..

Published by AIDC on July 16, 2012 | 0 Comment
AIDCNews – 16/07/12 – Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya hari ini mengesahkan yang beliau meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), lapor Antarapos.
Laman FMT turut mengesahkan peletakan jawatan Latheefa melalui surat yang dihantar hari ini yang berkuat kuasa serta merta.
Dalam surat itu, Latheefa berkata bahawa kedudukannya tidak dapat dipertahankan sejak Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dan exco negeri bercadang mahu memecatnya.
"Saya merujuk e-mel dalaman kepada anda mengenai kebimbangan saya tentang projek perumahan untuk golongan miskin yang saya juga telah hantar kepada anda dan pemimpin tertinggi parti lain baru-baru ini.
"Surat itu tidak berkaitan dengan MBPJ. Ia telah menjadi suatu perkara yang diketahui umum dan spekulasi.
"Di bawah keadaan ini, kedudukan saya sebagai ahli majlis MBPJ telah menjadi tidak boleh dipertahankan," kata Latheefa yang juga ketua Penerangan PKR.
AIDCNews 13 Julai mendedahkan terdapat satu gerakan yang diketuai oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid untuk memecat Latheefa daripada menjadi ahli MBPJ.
Abdul Khalid sendiri yang mencadangkan pemecatan peguam hak asasi manusia itu dalam mesyuarat exco yang mendapat sokongan majoriti exco kerajaan negeri.
"Semuanya bermula dengan satu surat yang dihantar oleh Latheefa kepada Menteri Besar, satu ketika lalu yang mengkritik pentadbiran Abdul Khalid," kata sumber portal FMT.
Salinan surat itu turut dihantar kepada pemimpin PKR, termasuk Ketua de facto, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Malah Latheefa turut didakwa menghantar beberapa mesej pesanan ringkas (SMS) mempertikai pentadbiran Khalid terutamanya dalam isu rumah setinggan.



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment