Wednesday, July 11, 2012

Re: RG2011... SOKONG ATAU TIDAK?

 

Salam alaik,

Hukum Hudud ialah sebahagian kecil dari Syariah. Lagipun, ramai politikus pro-Islam yang tak tahu cara untuk menjelaskan Hudud dan kebaikannya. Cara mereka ni tak berapa bijak. Mereka patut buat promosi dan kempen manfaat. 

Tapi bila promosi produk MLM, bukan main lagi sebut kebaikan dan manfaat itu dan ini dengan bertubi-tubi sehingga nak tercabut telinga pendengar.

Jadinya, lebih baik fokas kepada proses mendidik nilai murni agama Islam serta akhlak. Prevention is better than cure. Ia bermula di rumah - diri sendiri, pasangan dan anak-anak.
 
-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------         
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.------------------------- http://www.KENALI.net

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....http://www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------
                                                                 


From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, July 11, 2012 9:46 PM
Subject: RG2011... SOKONG ATAU TIDAK?

 
Kebelakangan ini.. ramai juga insan-insan yang tetiba menjadi perihatin akan masalah HUKUM HUDUD. Hukum yang pernah disuarakan oleh Tun Salleh Abas bekas Ketua Hakim Negara yang membawa akhirnya membawa padah kepada dirnya sendiri.
 
Pelbagai pandangan diutarakan cukup dengan hujah dan nas. Apapun persoalan yang timbul tidak juga terjawab dan masih menjadi acara tarik tali. Sebagai umat Islam adakah benar kita ini menyokog Hudud kemudian dalam masa yang sama memberikan pelbagai alasan untuk mengenepikannya yang kemudiannya diistilahkan sebagai pengecualian sementara. 
 
Kata orang... Jika ada kemahuan di situ pasti ada jalannya. Alasan yang paling popular ialah alasan negara kita mempunyai masyarakat majmuk, terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Alasan inilah yang sering dijadikan perisai mengenepikan HUDUD.
 
Adakah semua ini tidak mempunyai jalan penyelesaiannya? Apakah tiada usaha yang boleh dilakukan agar masyarakat yang perbilang keturunan dan agama ini menerima HUDUD? Sebagai umat Islam apakah pula tanggungjawab kita dalam hal ini? Mahu menerima atau menolak? Bolehkan kita menolaknya?


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment