Tuesday, July 24, 2012

Re: RG2011... Tahap Adab Sopan Malaysia ditempat corot sekali.

 

Benar kenyataan ini dan kelunturan adab sopan ini bermula dari ibu dan bapa sendiri. Sama telah dengan tekanan persekitaran yang mempengaruhi inidividu dari aspek ekonomi misalnya iaitu mengejar kekayaan atau meterialistik menjadi asas penghidupan hingga hilang tanggung jawab untuk mendidik anak-anak kepada adab sopan. Apa lagi persekitaran sosial yang terlalu luwes, telah memberi peluang kepada individu meniru dan menokok tambah akan kelakuan sosialnya dengan banyak meniru dari orang lain contohnya dari barat yang kononnya berbudaya baik dan sangat maju. Ketiga tanggalnya keagamaan dalam penghidupan sebab itu pakaian dan watak luaran bukan melambangkan agama sebagai amalan penghidupan individu. Sebaliknya, masyarakat kita suka mengutamakan adab lain yang tidak berpangsikan Islam sebagai jalan penghidupan.
Sehubungan dengan itu saya juga ingin kongsi dengan anda apakah orang ini beradab bila meletakan keretanya ditempat letak kereta khas "OKU" di Perhentian Lebuh Raya? Atau adakah beradab orang ini bila memandu suka potong barisan yang banyak berlaku dan pelakunya adalah ramai mereka yang juga beragama Islam. Sama telah laku berlaku dalam proses bercakap melalaui telefon tangan  dengan nanda kuat didepan orang ramai itu dikiri beradab? Saya juga terasa tidak beradabnya bangsa kita yang beragama Isalam ini bila mereka yang muda atau kanak-kanak bila berborak atau berbual dikalangan mereka didepan orang lain dengan lagak seperti kera kena belancan dan bersuara yang keras seolah-olah untuk kita mendengar akan kehandalan diri. Keseluruhannya banyak lagi perkara yang beradab telah tanggal dalam penghidupan kini, oleh itu sebagai ibu dan bapa perlu kembali kepada adab yang baik dalam keluarga kita, jangan sifat beradab ini berlaku dalam proses menunai solat di Masjid-masjid telah berlaku keadaan mereka yang lambat datang melangkahi barisan kerana ingin berada dibarisan depan, kerana dalam urusan bersolat jemaah juga ada adab sopannya bukan ikut kepentingan diri semata-mata. Wallah Wa'lam....

From: Mann Trex <manntrexe@yahoo.com>
To: Forum SIM <sahabatinteraktif@yahoogroups.com>; Re Spe Ks2008 <respeks_group@yahoogroups.com>; Forum Dunia Muslim <Dunia-Muslim@yahoogroups.com>; Forum Kelakar <Kelakar@yahoogroups.com>; Forum My Masjid <mymasjid@yahoogroups.com>; Forum Hidayah Net <hidayahnet@yahoogroups.com>; ForumMelayuCyber <melayucyber@yahoogroups.com>; Forum Mangkuk Hayun <MANGKUKHAYUN@yahoogroups.com>; Forum KENALAN <KENALAN-ABADI@yahoogroups.com>; Forum SAUJANA <saujanaku@yahoogroups.com>; "insaniyy@yahoo.com.my" <insaniyy@yahoo.com.my>; Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>; SHAM BAIDURI <shambaiduri@yahoo.com>; ForumMalaysiarama Moderator <malaysiarama@yahoogroups.com>; ForumHarakahdaily Moderator <harakahdaily@yahoogroups.com>; ForumRelexjap Moderator <Relexjap@yahoogroups.com>; ForumPakbelang Moderator <pakbelang@yahoogroups.com>; ForumMalaysianchat Moderator <malaysianchat@yahoogroups.co.uk>; ForumMalaysiancommunity Moderator <malaysiancommunity@yahoogroups.com>; ForumSunnah_Rasulullah Moderator <Sunnah_Rasulullah@yahoogroups.com>; Forumlifestyle-malaysia Moderator <lifestyle-malaysia@yahoogroups.com>; ForumJommlepakk Moderator <jommlepakk@yahoogroups.com>; ForumMalaysia-bisnisonline Moderator <malaysia-bisnisonline@yahoogroups.com>; ForumDakwah Moderator <dakwah@yahoogroups.com>; ForumIdealis_mahasiswa Moderator <idealis_mahasiswa@yahoogroups.com>; ForumMyniaga Moderator <myniaga@yahoogroups.com>; ForumIdaman <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>; Forum Mahligai <mahligai@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 25 July 2012, 1:18
Subject: RG2011... Tahap Adab Sopan Malaysia ditempat corot sekali.

 
Salam alaik,

Tahap ADAB SOPAN Malaysia ditempat tercorot sekali, iaitu No.34 dari No.35 buah negara.


Mengapa begitu? 

Walhal majoriti mengaku sebagai Muslim, namun tabiat sebahagian Muslim ini terbukti biadab dari penyelidikan. 

Seharusnya Umat Islam patut beradab lagi kerana mengaku Umat Nabi Muhammad. Adakah kerana qualiti didikan ibubapa mereka ini banyak kekurangan?

Katakanlah kita menolak penyelidikan tersebut. 

Biarkan saya beri 3 contoh yang berlaku pada diri saya sendiri:

1. Semasa saya menaiki komuter hala ke Subang Jaya, kelihatan 3 orang warga emas berumur 60an berdiri berhempit-hempit. Saya lihat yang duduk dikerusi kesemuanya orang muda MELAYU. Setelah meminta mereka dengan nasihat yang baik tapi degil, saya terpaksa mengarahkan mereka bangun dengan nada yang lebih tinggi, barulah mereka bangun dan mengizinkan orang tua-tua ni duduk. Generasi yang suka fikir diri sendiri semakin menular hasil dari kurang pendidikan ibubapa mereka dan dari budaya setempat.

2. Semasa saya pulang dari Subang Jaya naik komuter, kelihatan ramai berdiri tapi ada satu kerusi kosong disebelah seorang Ustadz yang sibuk menyemak kertas peperiksaan subjek agama Sekolah Sungai ...... . Rupa-rupanya kerusinya diletakkan beg. Bila saya bertanya ingin duduk, dia kata kerusi sebelahnya khas untuk letak begnya. Saya kata, dia perlu letak begnya di bawah. Dengan muka berubah masam, lalu dia hempas begnya ke bawah. Orang lain disitu tersengah-sengeh. Mungkin sejak dari awal lagi dia tak mengizinkan sesiapapun duduk sebelah. Saya sangat malu dengan perangai Ustadz ini yang berserban dan berjubah ni. Amat meng-aibkan Agama Islam dengan akhlak buruk. Kerana apa saya katakan dia meng-aibkan Agama Islam? Sebab dia mengitiharkan Keislamannya dengan simbol pemakaian sebegitu tapi perangainya lebih mempertontonkan kaum jahiliyah yang biadab. 

3. Kini bukan sekadar ketika solat Jumaat sahaja umat Islam lelaki yang parking sesuka hati sehingga menyusahkan pengguna jalan di sesetengah kawasan, malahan tiap-tiap malam sepanjang Ramadan ketika Solat Isya' dan taraweh. Nabi dah sebut bahawa pahala terkecil ialah membuang kayu atau batu yang menghalang jalan. Sebaliknya pulak, sekumpulan Umat Islam ni dengan sengaja menghalang jalan. Sambil solat taraweh agar dapat pahala untuk diri sendiri, namun buat dosa kepada pengguna jalan lain. 

Ada banyak lagi contoh tapi bukan kerja kita nak bentang buruk orang. 

Ramai yang terlupa agaknya bahawa Agama Islam BUKAN SEKADAR percaya dan mengaku 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman. Agama Islam berkaitan kuat dengan keadilan, iaitu perbuatan kita terhadap orang lain. 

KEADILAN dan BERLAKU BAIK TERHADAP ORANG LAIN adalah hasil penghayatan 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman sendiri. 

Yang perlu kita lakukan sekarang ialah mendidik diri sendiri, anak-anak dan ahli keluarga dengan akhlak yang mulia.  
 
-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------         
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.------------------------- http://www.KENALI.net

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....http://www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------
                                                                 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment