Thursday, July 5, 2012

Re: RG2011... TG NIK AZIZ SOKONG CADANGAN NEGERI JOHOR LAKSANA HUDUD - ALHAMDULILLAH.

 

Murtad hukumnya bunuh?


(MCA yang tidak setuju hudud bergabung dengan UMNO, dan DAP yang tidak setuju Negara Islam bergabung dengan PAS, Hmmmm.)


Copy paste: Soalan Email pembaca

Semasa di sekolah ugama dulu saya belajar tentang umat zaman dahulu. Saya belajar bagaimana umat zaman dahulu diseksa kerana kepercayaan mereka pada agama yang mereka anuti. Sebagai contoh kisah Asiah bini si Firaun yang dibunuh kerana kepercayaannya. Kita sedih dengar cerita beliau diikat tangan dan kaki dan disalai bawah mentari sehingga mati. Kita mengutuk kekejaman Firaun kerana menyeksa orang yang enggan menyembah tuhan saya sama dengannya

Kemudian kita dengar cerita Ashabul Ukhdud dimana umat zaman dahulu juga diburu dan diseksa kerana kepercayaan mereka kepada Tuhan pilihan mereka. Ada yang dicampak kedalam parit berapi hidup-hidup kerana percayakan Allah. Ada yang digergagi dari kepala ke pusat hingga terbelah dua macam banana split. Sekali lagi kita mengutuk Raja Zu Nuwas kerana sifat ketidak berperi kemanusiannya.

Kita sedih membaca cerita Mashitaah,si penyikat rambut anak Firaun. Bayi yang dikendongnya bercakap pada ibunya supaya terjun kedalam periuk api tanpa ragu-ragu kerana syurga sudah dijanjikan kepada mereka. Hasilnya makan mereka berbau wangi semerbak sehingga nabi sendiri kagum dengan bauan itu ketika malam Israk Mikraj.

Kita menangisi Sumayyah binti Khayyath, penganut Islam pertama dibunuh musrikin Mekah kerana kepercayaannya kepada ajaran Nabi. Kita mengutuk Abu Jahal and co kerana menyekasa Bilal bin Rabbah dengan himpitan batu besar pada dadanya.

Ada banyak lagi kisah umat zaman dahulu diuji dan diseksa kerana kepercayaan mereka kepada tuhan yang satu, pada agama yang dianuti dan pada ajaran nabi yang diutus.

Dalam kesemua kisah yang aku pelajari ini TIDAK ADA SATU kes pun mereka yang percaya pada tuhan baru pilihan mereka BERUBAH agama. Semua kekal pada kepercayaan dimana tuhan yang mereka pilih itu benar. Tidak ada apa yang boleh dilakukan pihak berkuasa atau Raja yang mempu mengubah kepercayaan mereka. The threat of violence will only reinforce their faith to their chosen god. All of the prosecuted "Muslim" end up dying with their faith intact.

Pemahaman aku dari cerita-cerita diatas ialah;

1. Sungguh kejam mereka yang menyeksa
2. Sungguh jahat dan terkutuk mereka yang menyeksa. Mereka semua dilaknat tuhan
3. Sungguh kuat iman umat terdahulu sehingga sanggup mati kerana agama
4. Penyeksaan dan hukuman mati tidak langsung menakutkan TRUE BELIEVERS

Ini yang aku fahami. Aku tak pasti apa yang korang fahami kerana kepala hotak MASONIK aku memang lain sikit pemikirannya. 

Disinilah aku nak tanya soalan cepu emas hari ini;

Jika umat Islam Melayu Malaysia dari kecil diindorkinasikan dengan cerita sebegini, mengapa begitu mudah sekali mereka menyebut "BUNUH SAHAJA MEREKA YANG MURTAD INI! BUNUH MEREKA!" bila timbul isu Melayu yang murtad?

Kenapa begitu mudah menjadi Judge Dredd mahu mencabut nyawa seorang manusia hanya kerana mereka sudah percaya pada tuhan yang lain? Kenapa tanpa berfikir panjang hilang rasa kasihan belas pada manusia lain bila mereka mahu menyembah Yesus, Buddha, Shiva dan sebagainya?

From the stories of early ISLAM we know that prosecution only make the faith become stronger. So what make some Meleis believe that by threatening "BUNUH SEMUA MURTADS!" will help Islam in the long run?

For a religion that suffered prosecution themselves, one would think Muslims would show more empathy towards people of DIFFERING RELIGIOUS VIEWS. I often hear my MELEIS friend say this;
"Yahudi buat kepada orang Palestin apa yang dibuat oleh HITLER terhadap mereka. Sungguh bangang orang Yahudi ini. Mereka tak belajar apa-apakah dari Holocaust?"

So I am asking the same question today;

Have we learned anything from the story of "Muslims" prosecution under King Nu Was, Pontius Pilate, Abu Jahal and the Pharaoh? Why are we so quick to follow the footsteps of these evil people when handling the issue of people converting to other religion?

This I find his very-very puzzling. Please answer the question.

************

Jawapan Hamka keretamayat.

Ada orang copy/paste soalan dari sorang blogger lain dan email aku minta jawapan..., aku mungkin tak menjawab soalan sebab aku bukan pakar ugama, cuma aku nak nyatakan pendalat aku, 

Ringkas pendapat aku, sangat berharap agar tak ada ustaz ulamak akhir zaman cuba ubah tafsir Al quran atau tafsir hadith dengan fatwa baru, "orang murtad tak payah bunuh"dengan hujah kononnya  ayat Al quran tu ayat umum, hadith mungkin silap, zaman dah tak sesuai, tiru abu jahal, mencemar imej islam, bla bla bla..

Pada pamahaman aku, bila orang murtad, Allah tak mahu orang tu hidup, of course Allah can kill them directly by cardiac arrest, but.. tugas ini perlu di laksana oleh pemerintah yang adil, ini hukum islam, buat apa nak pertikaikan lagi, biarlah hukum bunuh pada orang murtad ini kekal, kerana ini perintah Allah, Nabi tak copy budaya abu jahal, sebab abu jahal seksa dahulu sebelum bunuh, tapi Nabi pujuk dan tangguhkan masa dengan beri peluang taubat, jika bertaubat, tak payah bunuh, arghh, tak payah aku letak dalil kat sini, boleh rujuk penerangan oleh ustaz lain, klik sini.

Harapan aku, janganlah ada lepas ni ustaz politik yang nak raih undi bukan islam akan keluar fatwa, "orang murtad tak payah bunuh" sebab aku takut benda ni jadi sama macam kes, boleh guna nama Allah oleh orang kapir, atau isu orang kapir boleh tafsir Al quran, atau isu orang kapir boleh masuk masjid tak tutup aurat, dan banyak lagi isu politik sebelum ini yang buat ugama islam jadi haru biru..

Bila ugama di politikkan, dan bila ada fatwa ustaz ulamak yang menguntungkan orang kapir, maka orang kapir selamba guna nama Allah, dengan menulis, Allah bapa kepada jesus, atau orang kapir yang berceramah kutuk orang islam lain dengan tafsir ayat Al quran dan macam macam lagi, memang hampeh!..
Bayangkan jika ada ustaz keluar fatwa baru konon dengan pemahaman baru si ustaz tadi, hukum bunuh dah tak releven untuk orang murtad, kita kena open mind, bla bla bla..

Maka aku percaya, dengan fatwa ini, orang kapir akan ambik kesempatan pura pura masuk islam, tafsir al quran dan raih undi orang islam, bila dah menang, selamba murtad sebab tak de hukuman bunuh.., tapi aku nampak betapa baiknya hukuman Allah ini, sehingga di seluruh dunia, orang kapir tak mampu nak politikkan islam dari segi ugama, mereka sanggup bergabung, bagi derma, berdemotrasi sama sama, tapi jika pura pura masuk islam, mereka tahu akibatnya, mampus kena bunuh...

Jadi kepada penanya soalan di atas, andai hukum murtad dilepaskan begitu sahaja, aku rasa dah lama ugama islam akan terkubur dan jadi alat mainan poliktik sebab orang kapir boleh masuk islam dengan niat kucar kacir dan keluar tanpa apa apa risiko, tapi dari zaman dahulu sampai sekarang, dengan hukum ini, orang berniat jahat pada islam hanya mampu duduk pada 'sempadan', tak boleh pergi jauh.., dan cara mereka nak musnahkan islam adalah lagakan orang islam sama sendiri, itupun dah buat orang islam huru hara, jika murtad di benarkan, atau jika hukum murtad kena bunuh tak ada dalam islam, aku rasa dah lama DAP atau MCA akan pura pura masuk islam, dan, arghh, korang pikirlah sendiri..,

Akhir kata, islam tidak berkembang dengan paksaan, dan tidak berkembang dengan mata pedang, buktinya, walaupun dengan larangan zina, tak boleh minum arak, solat 5 waktu setiap hari, puasa sebulan dan lain lain mujahadah termasuk bersunat atau hukum bunuh mereka yang murtad, tapi hari hari ada orang masuk islam, malahan ugama yang benarkan pengikut murtad, kurang popular berbanding dengan islam yang tidak benarkan murtad, menurut wikipedia, islam adalah ugama paling pantas berkembang di seluruh dunia.

Copy/paste from Wikipedia:

According to the Guinness Book of World Records, Islam is the world's fastest-growing religion by number of conversions each year: Although the religion began in Arabia, by 2002 80% of all believers in Islam lived outside the Arab world. In the period 1990-2000, approximately 12.5 million more people converted to Islam than to Christianity.[23] Part of the books quote can be seen online from this extract from Google Books.[23] This was again shown in the 2005, 50th anniversary edition of Guinness Book of World Records, although the number of conversions was not mentioned this time.[24]

Lagi aku copy dari Wiki Answer.
  • "Islam is the fastest-growing religion in America, a guide and pillar of stability for many of our people..." [HILLARY RODMAN CLINTON, Los Angeles Times,] 
  • Already more than a billion-people strong, Islam is the world's fastest-growing religion. [ABCNEWS, Abcnews.com]
  • "Islam is the fastest-growing religion in the country." [NEWSDAY,]
  • "Islam is the fastest-growing religion in the United States..." [NEW YORK TIMES,]
  • Moslems are the world's fastest-growing group..." [USA TODAY, The Population Reference bureau, ]
  • "Muhummed is the most successful of all Prophets and religious personalities. " [Encyclopedia Britannica]
  • "There are more Muslims in North America then Jews Now." [Dan Rathers, CBSNEWS]
  • "Islam is the fastest growing religion in North America." [TIMES MAGAZINE]
  • "Islam continues to grow in America, and no one can doubt that!" [CNN]
  • "The Religion of Islam is growing faster than any other religion in the world." [MIKE WALLACE, 60 MINUTES]
*****

Jadi bro, isu murtad kena bunuh ni langsung takde isu bagi mereka yang nak masuk islam sebab hanya ugama yang benar sahaja sanggup bagi hukuman bunuh pada orang murtad kerana kebenarannya, tak perlu aku ulas lebih lebih kot, cuma masalah bila mereka yang islam dari kecik, bila besar baru nak murtad, memang patut kena bagi kauseling (zaman saidina Umar, ada orang murtad yang kena kaunseling bertahun tahun, no problem, ikut pengaruh dia), lagipun, pinjam ayat kau, sejarah dah buktikan, Penyeksaan dan hukuman mati tidak langsung menakutkan TRUE BELIEVERS, so kenapa nak takut?, biar mati bermaruah dari hidup hina, korang kan 'TRUE BELIEVERS' -Woha!


Akhir kata: izinkan aku pulak nak tanya kepada si penanya, Kenapa orang yang boleh minum arak dan berzina, tiba tiba tinggalkan semua kebebasan itu kerana mahu masuk ugama islam yang larang zina, larang munum arak, potong hujung kulit zakar dan BUNUH jika murtad, manakala mereka yang mahu murtad pula (baca: maleis) mahukan kebebasan minum arak atau kebebasan berzina dan mahukan hukum murtad di kaji balik, kenapa ek?,  

Ps:  tapi abaikan soalan ini jika kamu tetap menentang zina dan minum arak selepas murtad- woha!


2012/7/3 amri el wahab <amriwahab@gmail.com>
 

(Sumber: Free Malaysia Today)
Cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat agar Kerajaan Negeri Johor melaksanakan hukum Hudud disambut baik Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 

Dalam kenyataan beliau pada hari ini, isu perlaksanaan Hukum tersebut wajar dilakukan demi kepentingan Umat Islam sejagat.

 

"Saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar mencabar, saya menyokong sepenuh hati. Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, silakanlah," katanya.

 

ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor ke-12 Khamis lalu menggesa agar Johor dipilih Negeri pertama yang melaksanakan Hukum Hudud di Negara ini.


MCA PULA BANTAH:

Bagaimanapun, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membantah cadangan itu dengan menyifatkan cadangan itu sebagai 'hilang akal'.

Chua dalam laman sosial twitter semalam berkata MCA pasti akan menentang usaha tersebut.

 


===================================


Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com

=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment