Wednesday, July 11, 2012

RG2011... 6 Pesanan Ulamak Yang PENTING

 


 
Iman kita ni ada pasang surutnya. Masa iman naik, kita rajin sekali buat ibadah. Baca Quran la, solat sunat la, berzikir la, bersedekah la dan macam-macam amalan lagi yang kita lakukan.
 
Tapi kadang-kadang, iman kita jatuh merudum(mungkin dek kerana dosa-dosa yang kita lakukan). Masa iman kita lemah, kita jadi malas betul nak buat ibadah. Solat pun diakhir waktu, Quran langsung tak baca, zikir apatah lagi. Yang kita mahu waktu tu, ikut nafsu saja.
 
Jadi, amat penting bagi kita untuk sentiasa berusaha memantapkan dan mengekalkan iman kita agar berada pada tahap yang optimum, meskipun pada masa tu iman kita jatuh.
 
Salah satu cara bagi memastikan iman kita menjadi lebih stabil dan kekal baik ialah dengan sentiasa menambah ilmu. Ilmu dapat ditambah melalui bermacam cara contohnya pergi ke majlis ilmu (dengar ceramah di masjid), menonton program TV yang baik (contohnya Tanyalah Ustaz TV9) atau kita juga boleh membaca buku-buku yang baik.
 
Selain membaca buku, kita juga boleh mendapat banyak info berguna dan ilmu bermanfaat dari pelbagai blog sekarang ini.
 
OKlah, disebabkan  LUSA dah nak masuk Hari Jumaat, iaitu penghulu segala hari. Hari yang penuh keberkatan. Hari yang doa dimakbulkan.
 
Maka, saya nak kongsi 6 Pesanan Ulamak Yang Penting untuk kita hayati dan amalkan bersama.
  
Saudara dan saudari sekalian, ulamak telah berpesan :

  1. Sesiapa tidak takut kepada Allah SWT, nescaya dia tidak akan selamat dari kesalahan berbicara.
 
  1. Sesiapa tidak takut dengan pertemuan bersama Allah SWT, nescaya hatinya tidak akan selamat dari perkara haram dan syubahat.
 
  1. Sesiapa tidak memutuskan pengharapan kepada orang lain, nescaya dia tidak akan selamat daripada sifat tamak.
 
  1. Sesiapa tidak memelihara amalnya, nescaya dia tidak akan selamat daripada sifat riak (menunjuk-nunjuk).
 
  1. Sesiapa tidak memohon pertolongan dengan Allah SWT agar dijaga hatinya, nescaya dia tidak akan selamat daripada penyakit hasad.
 
  1. Sesiapa tidak melihat orang lain lebih utama dalam bidang ilmu dan amalnya, nescaya dia tidak akan selamat daripada sifat ujub (rasa syok sendiri).
 
Sumber : Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 191.
 
Berdasarkan pesanan ulamak di atas. Kita mestilah :
 
1.     Sentiasa takut kepada Allah (jadi orang yang bertakwa)
2.     
3.    Sentiasa risau tentang hari pengadilan di akhirat kelak (kita mesti menjawab semua persoalan di hadapan Allah kelak. Mampukah kita untuk menjawab dengan baik???)
4.     
5.    Tidak berharap pada makhluk (Hanya Allah kita sembah dan kepada Allah sajalah kita mohon pertolongan)
6.     
7.    Sentiasa ikhlas dalam beramal (buat sesuatu semata-mata mahu mendapat keredhaan daripada Allah. Bukan sebab lain.)
8.     
9.    Sentiasa menghargai dan hormat pada orang lain (Jangan bangga diri, jangan pandang hina pada orang lain).
 
Sekian, semoga saya dan anda semua dapat amalkan apa yang dikongsikan ini.
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment