Thursday, July 5, 2012

RG2011... Bangkitkan keseronokan bekerja melalui niat

 

JAN 14TH
Niat adalah sebab untuk kita melakukan sesuatu perbuatan.

Jika saya tanya Anda apa niat Anda bekerja? Apa yang akan Anda jawap nanti? Mesti Anda akan tergamam sekejap.
Untuk membangkitkan keseronokan bekerja, pasang niat yang baik. Niatkan pagi tu Anda keluar bekerja untuk mencari keseronokan  bekerja. Dalam proses melakukan kerja dan menyiapkan tugasan, cari keseronokan-kesronokan yang tersembunyi di dalamnya.
 
Cari apa yang boleh membuat Anda merasa seronok buat kerja Anda. Kaji dan dalami kerja Anda dengan penuh rasa ingin tahu. Jangan anggap Anda dah tahu semua, tapi anggaplah masih ada lagi yang Anda tak tahu.
Anda akan jumpa sesuatu yang membuat Anda seronok melakukan kerja Anda sekarang ni. Cari dulu dengan penuh rasa ingin tahu. Be curious!
Ia mungkin sesuatu yang menarik minat Anda, ia mungkin tugasan kerja yang mencabar kemahiran Anda dan superioriti Anda, ia mungkin arahan dari bos Anda yang membuat Anda mahu membuktikan sesuatu padanya, mungkin juga bidang tugas baru dan menunggu untuk diterokai oleh Anda.
Tiap kali pegi kerja, niatkan untuk mencari sesuatu yang menarik minat Anda di tempat kerja. Fikirkan apa lagi perkara yang Anda tak tahu pasal kerja Anda sekarang ni. Cari dan terus cari dengan penuh rasa ingin tahu!
Bila Anda dah selalu pasang niat camni tiap kali bersiap-siap untuk ke tempat kerja, lama-kelamaan Anda akan merasa bersemanat bekerja.
Tak kiralah apa bidang kerja Anda, kerani ke, pegawai ICT ke, CEO ke, budak pengantar surat ke, cleaner ke, pegawai pemasaran ke, pegawai pentadbiran ke, rasa ingin tahu yang membuak-buak dapat membangkitkan keseronkan bekerja yang sukar diungkap dengan kata-kata.
Selain niat untuk mencari keseronokan bekerja, ada satu lagi niat yang kita boleh gunakan untuk membangkitkan keseronokan bekerja. Niatkan rezeki dari hasil kerja kita tu kita dedikasikan untuk orang-orang yang kita sayangi – ibu kita, bapa kita, pasangan hidup kita.
Cinta adalah emosi positif yang paling kuat kuasanya.
Sebelum Anda melangkah keluar dari rumah menuju ke tempat kerja, tatap wajah orang yang Anda sayangi lalu hadirkan rasa cinta di hati. Dedikasikan kerajinan Anda bekerja hanya untuk si dia. Anda akan rasa hati Anda berbunga-bunga, tenang, gembira, ceria.
Rahsia saya – tiap kali saya nak menyiapkan artikel blog atau keluar dari rumah untuk ke tempat kerja, saya tutup mata lalu membayangkan wajah ibu saya dan wajah bapa saya serta wajah adik-beradik saya. Mereka inilah wajah-wajah kesayangan saya. Sumber inspirasi saya yang masih bujang lagi kesunyian ni.
Penuhkan hati dengan cinta dan kita akan bersemangat jadinya. Selepas itu apa jua yang kita lakukan, kita akan buat dengan penuh bersemangat.
Cara lain, tatap gambar orang yang Anda sayangi berkali-kali ketika sedang bekerja, sebagai pencetus semangat buat diri Anda.
Sharing dari ShueQry 
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment