Friday, July 6, 2012

RG2011... Fw: Bas Terbalik Di Lebuh Raya, 11 Cedera

 



Bas Terbalik Di Lebuh Raya, 11 Cedera

Sebelas penumpang cedera, dua daripadanya parah, selepas bas ekspres yang mereka naiki terbalik ketika dalam perjalanan ke Alor Setar, Kedah di Kilometer 457.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdekatan Restoran Jejantas Sungai Buloh di Kuala Lumpur petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata bas itu, yang membawa 28 penumpang dari terminal Pudu Sentral di ibunegara, terbabit dalam kemalangan itu ketika hujan lebat kira-kira 3 petang.

Beliau berkata pemandu bas itu mendakwa kemalangan berlaku setelah dia cuba mengelak sebuah lori yang memasuki laluannya secara tiba-tiba.

"Ketika mengelak, pemandu bas ekspres itu gagal mengawal bas menyebabkan kenderaan itu terbabas ke laluan kanan lalu melanggar besi pembahagi di tengah lebuh raya sebelum terbalik di laluan paling kiri," katanya ketika dihubungi.

Arjunaidi berkata bagaimanapun, beberapa penumpang bas itu menyatakan pemandu berkenaan memandu dengan laju sebelum kemalangan berlaku.

Beliau berkata semua penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan manakala pemandu bas berusia 30 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan, termasuk menjalani ujian air kencing dan darah.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan laju hingga menyebabkan kecederaan.- Bernama









kredit foto: onscene.my

 

comments:

 

Anonymous said...

minta peruntukkan hukuman mati je keatas pemandu cuai mcm ni...buat mcm negara arab saudi...pemandu drif disana dihukum pancung menyebabkan kematian 2 org atas sebab kelalaian...baru berakai kepala otak pemandu kat area malaysia nie...

kuintanku said...

boduh la ko, nk buat hukuman jgn ikut perasaan,x kena kat ko,ko boleh cakap la la bro.ko handal sangat ka bawa kenderaan atas jalan raya.nanti bila ko atau anak2 ko atau adik beradik ko kemalangan, ko pancung je mereka dlu.boleh ka bro.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment