Monday, July 9, 2012

RG2011... Fw: Lupa Diri Bila Keluarkan Kenyataan

 



 

Najib Lupa Diri Bila Keluarkan Kenyataan Siapa Mahu Jadi PM, Mesti Bersih Masalah Moral!

pahangdaily.blogspot.
 
 
Ramai pihak yang terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) di Bangi hari ini. Najib tanpa merasa malu dengan bangganya menegaskan mana-mana pemimpin yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri mesti bebas daripada masalah moral dan bukan dihambat dengan pelbagai skandal yang belum terjawab. Kata Perdana Menteri, pemimpin yang tiada kekuatan moral tidak layak memimpin Malaysia kerana individu seperti itu hanya pandai menuduh orang lain sedangkan beliau sendiri tidak sunyi daripada pelbagai skandal.
 
Kenyataan Najib ini seolah-olah merasakan yang diri beliau adalah satu-satunya pemimpin yang layak dan bersih dari segala skandal selama ini. Sepatutnya Najib tidak berkata demikian, ini kerana seluruh dunia kini tertumpu kepada kes pembunuhan wanita Monggolia Altantunya Shaariibuu yang dikaitkan dengan beliau. Walau pun dia menafikan mengenali Altantunya, namun beberapa pendedahan terbaru termasuk kenyataan ayah wanita itu bagai mengesahkan lagi hubungan antara Najib dengan anaknya.
 
Malah, kematian Altantunya juga dikaitkan dengan komisyen kapal selam "Scorpene" yang mana ketika itu Najib adalah Menteri Pertahanan Malaysia yang menguruskannya. Ditambah lagi dengan penglibatan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang menjadi polis pengiring Najib. Itu belum termasuk nama Razak Baginda yang turut dikaitkan dengan kes ini walau pun mahkamah di negara kita mengatakan beliau tidak bersalah dan dibebaskan. Ramai melihat ada rahsia tersembunyi dalam kes ini kerana mana mungkin Sirul dan Azilah membunuh Altantunya tanpa arahan dari mana-mana pihak.
 

Misteri inilah yang bakal menyebabkan moral Najib tergugat sebenarnya. Malah, beberapa tahun dulu nama Najib juga pernah dikaitkan dengan seorang artis terkenal tanahair dalam isu "Skandal Port Dickson". Ada pihak yang berkata, jika tidak kerana Isa Samad (MB Negeri Sembilan) ketika itu, tidak mungkin Najib boleh menjadi Perdana Menteri sekarang. Lantaran itulah, bagi membalas jasa Najib terpaksa melantik Isa sebagai Pengerusi Felda walau pun dibantah oleh rakyat. Semua ini adalah skandal dan moral yang jelas boleh menjatuhkan kreadibiliti beliau sebenarnya. Oleh itu usahlah Najib terlalu berbangga dan mendabik dada kononnya dia tiada masalah moral dan bersih, walhal hakikat sebaliknya!.



[Najib tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang terkena ke atas hidung beliau sendiri sebenarnya. Kenyataan beliau itu jelas membuktikan yang beliau tidak sedar dan lupa diri. Merasakan dirinya bersih sedangkan beliau lebih teruk dari itu. Malah, dia tergamak melantik Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, sedangkan sudah jelas Isa melakukan kesalahan moral akibat rasuah semasa pemilihan UMNO. Malah, ramai lagi pemimpin UMNO yang terpalit dengan skandal serta tidak terlepas daripada masalah moral selama ini.
 
Justeru, usahlah mendabik dada dan bangga atas diri sendiri sedangkan seantero dunia lebih tahu siapakan Najib dan Rosmah Mansor itu. Adalah lebih baik UMNO berhenti dari bermain politik berunsur seks dan moral jika mahu terus mendapat tempat dihati rakyat. Umum mengetahui, ramai pemimpin UMNO cakap tak serupa bikin, sednagkan mereka yang lebih teruk dalam isu-isu sebegini. Rakyat kini bijak berfikir dan menerima sesuatu kenyataan dan mereka pasti akan melakukan perubahan besar pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang].

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment