Tuesday, July 17, 2012

RG2011... Fw: Pelajar dedah detik cemas ketika dirompak di Mesir

 



 
Pelajar dedah detik cemas ketika dirompak di Mesir
 
selatanonline
Web Harakahdaily.net
 
TANAH MERAH: Pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir yang terselamat dalam kejadian rompakan di Kaherah baru-baru ini, Muhaimin Yahya (gambar) melahirkan rasa syukur kerana terselamat pada insiden tersebut.
Bagaimanapun beliau terkilan seorang rakannya, Abdul Khafiz Mohamed Norok, 25 maut selepas terjatuh dari sebuah van ketika cuba menyelamatkan diri.

Mereka merupakan pelajar tahun akhir Maahad Qiraat Shoubra, dirompak dua lelaki tempatan, awal pagi Rabu lalu ketika dalam perjalanan pulang ke kediaman di Shoubra.

Sebelum itu mereka menghadiri perjumpaan pelajar Malaysia di Abud, di pinggir Kaherah.

Abdul Muhaimin, 25 ketika ditemui petang semalam berkata, beliau dan Allahyarham berdepan dengan detik cemas ketika menaiki sebuah van untuk pulang ke kediaman di Shoubra.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi. Saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila pemandu membuat pusingan. Sepatutnya tidak perlu berbuat demikian.

"Sebelum itu ada satu keluarga lain dalam van, namun mereka turun awal sebaik melalui sebuah terowong. Arwah memberitahu dia agak risau sebelum tiba-tiba lelaki yang duduk di sebelah pemandu mengacukan pisau lipat.

"Lelaki itu cuba menyeluk saku seluarnya tetapi tidak berjaya dan dia sempat menepis. Arwah kebetulan duduk dekat pintu van.

"Sebaik perompak di sebelahnya berpindah ke belakang, dia terus membuka pintu dan keluar menyelamatkan diri," katanya yang pulang ke tanah air, beberapa hari lalu.

Bagaimanapun ketika itu van dipandu laju menyebabkan Abdul Khafiz cedera parah di kepala selepas terjatuh.

Katanya, selepas van bergerak perlahan beliau terjun ke luar dan berlari meluru ke tempat arwah jatuh.

"Abdul Khafiz dihantar ke Hospital Maahad Nasir di pinggir Kaherah. Kemudian dipindah ke Hospital Amal, Ain Shams. Mangsa koma 24 jam sebelum disahkan meninggal dunia," ujarnya.

Mangsa berasal dari Kampung Asam Kumbang, Benut, Johor. Jenazahnya disembahyang di Dataran Hayyu A'syir dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Malaysia di Hayyu Asir pada petang Rabu.

Muhaimin yang hanya cedera ringan dalam kejadian tersebut juga memberitahu mangsa sering menyuarakan hasrat untuk menetap di Kaherah.

Beliau merupakan anak kepada Ketua Urusan Ulamak PAS Tanah Merah, Yahya Daud yang juga Imam Masjid Mukim Alor Pasir, Dun Kemahang.

Pagi semalam keluarga terbabit yang tinggal di Kampung Alor Pasir juga menerima kunjungan anggota Exco, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman.

Muhaimi yang pulang bercuti selepas selesai menduduki peperiksaan juga memberitahu beliau akan meneruskan pengajian di Kaherah selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
 
Posted by ibn_bacoks

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment