Sunday, July 15, 2012

RG2011... Fw: Simpan Video Lucah Dlm HP Didenda RM1,500,

 



 

Kenapa Umi Hafilda Yang Mengaku Simpan 18 Klip Video Seks Tidak Ditahan?


Anda boleh mengaku simpan video seks dan beritahu semua orang anda tahu siapa dalang membuat video seks, anda tidak akan didakwa atau dijatuhkan hukuman - HALAL dari UMNO (Umi Hafilda mengaku menyimpan 18 video klip DSAI)

Tapi AWAS!!! jika anda ditangkap oleh polis, dan dalam telefon anda ada video seks, anda akan didakwa!!! (seorang pemandu lori dihukum denda RM1,500 kerana didapati klip video lucah di dalam telefon bimbitnya)

Tahniah.... inilah keadilan didalam sistem 1Malaysia - Apek —

 

comments:

:

Anonymous said...

mgkin had minima 19 kot bru kena...kah3

p/s: mmg xde idea da cmne nk 'husnuzzon'...=_=

Anonymous said...

sakit hati aku..betina jalang tu lepas utk buat ikut suka dia! laknat dr Allah utk dia n mereka2 yg terlibat, ameeen...

Anonymous said...

Amin ya robbil alamin, semoga umi akan mendapat pembalasan dari Allah hendaknya, begitu juga yang lainxnya.

iaryylr said...

sekarang hari hari ada iklan di tv tentang amaran kerajaan berkaitan kesalahan berkait...

Anonymous said...

Kalau tuduhan Ummi ni betul, DS Anwar kena taubat nasuha dan kena hukum...TAPI KALAU TUDUHAN INI TIDAK BETUL, TUNGGULAH HUKUMAN DI PADANG MAHSYAR KELAK.
JANGAN KERANA ADA SEBARANG NIAT TIDAK BETUL MEMBOLEHKAN KITA MEMBUAT TUDUHAN SEWENANG2NYA.
JIKA SI EMPUNYA TUBUH TIDAK MEMAAFKAN DARI DUNIA HINGGA AKHIRAT, MASA TU BARULAH HATI BERGETAR MEMINTA DIKEMBALIKAN KE DUNIA UNTUK BERIBADAT DAN MEMBUAT KEBAJIKAN.
INGATLAH...MANUSIA TIDAK MENGETAHUI BILAKAH SANGKAKALA AKAN BERBUNYI... TETAPI IA AKAN TETAP BERBUNYI TANPA ADA SESIAPA @ MANA-MANA MAKHLUK DAPAT MENAHANNYA.
MATI ITU PASTI, DOSA SEDIA ADA BELUM TAHU TERAMPUN, JANGAN DITAMBAH DENGAN DOSA-DOSA SEHARIAN.
NAUZUBILLAH.

Anonymous said...

undang-undang rimba kerajaan BN

 
 

Simpan Video Lucah Dalam Handfon Didenda RM1,500, Menari Lucah RM25

Gambar: Mohd Azam mengaku salah menyimpan 13 rakaman lucah di dalam telefon bimbit miliknya di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
 
Hobi simpan koleksi video lucah bawa padah

KUALA TERENGGANU - Hobi bawa padah, itulah yang boleh digambarkan kepada seorang pemandu lori yang memiliki tabiat buruk menyimpan pelbagai koleksi rakaman video lucah di dalam telefon bimbit miliknya.

Bagaimanapun, tabiat tidak bermoral bapa kepada seorang anak ini membawa padah apabila dikenakan denda RM1,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Azam Manap @ Awang, 32, dari Pekan Sari, Tepoh, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan memiliki bahan lucah.

Mohd Azam mengaku memiliki 13 rakaman video lucah yang disimpan di dalam telefon jenama Nokia model 7610 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 4.15 pagi, 31 Julai 2008.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala Mohd Azam tidak diwakili peguam. Berdasarkan fakta kes, pemeriksaan lanjut polis terhadap badan Mohd Azam yang ditahan di Pejabat BSJIPD Kuala Terengganu telah menemui sebuah telefon bimbit.

Pemeriksaan lanjut terhadap telefon bimbit berkenaan, polis menemui 13 rakaman video lucah. Sebelum ini, Mohd Azam yang dibebaskan dengan jaminan gagal menghadirkan diri ke mahkamah pada tarikh yang diberikan sebelum satu perintah waran tangkap dikeluarkan bagi menahannya.

Terdahulu, Mohd Azam dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya atas alasan sudah insaf dan tidak lagi melakukan perbuatan sama. Dia turut memohon mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara atas alasan perlu menjaga seorang anak yang masih bersekolah.

Ulasan GB

Pelik sungguh undang-undang di negara kita. Simpan video lucah dalam handfon denda RM1,500, tetapi menari lucah (kes penari tiang) denda cuma RM25.

Gambar-gambar lucah ditayangkan oleh media massa arus perdana samada bercetak atau eletronik terutama untuk dengan tujuan untuk mengaibkan pemimpin parti PR lansung tak didakwa.

Blogger pencacai sebar video dan gambar porno pun tiada tindakan diambil...

Kita tunggu hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya.

IMBAS KEMBALI




comments: :

Anonymous said...

rasanya rata2 org lelaki kat malaysia ni mesti ade simpan video lucah/ klip video lucah dlm hp.. patut semua org pun kena denda..

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment