Saturday, July 14, 2012

RG2011... Kata-kata Dan Kesannya Dalam Hidup Anda

 

 
Fikiran dan emosi Anda banyak dipengaruhi oleh kata-kata. Motivasi Anda juga dipengaruhi oleh kata-kata.
 
 
Apa yang banyak bermain di fikiran Anda sebenarnya adalah kata-kata yang diulang-ulangkan selalu.
 
Kata-kata mempengaruhi tanggapan.
 
Tanggapan mempengaruhi perasaan juga mempengaruhi emosi.
Perasaan dan emosi itu lantas mempengaruhi tindakan Anda.
Tindakan berangkai ini boleh diringkaskan sepertimana berikut:
… kata-kata -> tanggapan -> perasaan -> tindakan.
 
Dalam Bahasa Inggeris, rangkaian ini disebut sebagaimana berikut:
…words -> thought -> feeling -> action.
 
Dalam sehari, berpuluh ribu kata-kata muncul sendiri di fikiran Anda.
Kenapa? Sebab apa?
 
Kata-kata di fikiran Anda sebenarnya adalah respon Anda kepada sikap orang lain, tindakan orang lain, cuma diungkap di dalam hati.
 
Kata-kata di fikiran Anda juga adalah reaksi emosi Anda kepada setiap apa yang Anda lihat, dengar, baca dan rasa.
 
Untuk merubah fikiran menjadi fikiran postif, ubah kata-kata Anda kepada kata-kata positif sahaja sepenuhnya.
 
Setiap kali Anda berkata sesuatu di dalam hati, pastikan ia kata-kata positif sahaja.
 
Anda kena sedar dan kawal kata-kata di fikiran.
 
Awas. Elak kata main lepas saja.
 
Elak cakap main hambur saja.
Elak cakap ikut suka hati Anda saja.
Elak mengamalkan sikap tidak ambil peduli dan tidak ambil kisah.
Berhati-hati apabila Anda marah.
Elak untuk marah kerana marah membuat Anda terjerumus ke lembah pemikiran negatif.
 
Bila sudah terjerumus, susah untuk keluar lagi.
Marah adalah sikap negatif. Maka orang cepat naik marah mahupun yang pemarah sememangnya orang negatif.
Emosi marah sebenarnya adalah respon negatif Anda pada sesuatu situasi, pada sesuatu perbuatan orang lain, pada sesuatu benda.
Marah meledak kerana Anda mengulang-ulangkan kata-kata yang membuat naik marah berulang-ulang kali.
 
Sekarang, Anda sudah nampak betapa besarnya peranan kata-kata pada diri Anda.
Mulai sekarang, kawal kata-kata.
Sedarlah bahawa kata-kata yang selalu bermain di fikiran Anda akan dijelmakan ke dunia nyata menjadi situasi-situasi tak dijangka (unexpected events).
Jika kata-kata di fikiran Anda selalu positif, maka situasi-situasi yang dijelmakan di dalam hidup Anda juga akan jadi positif-positif saja.
Begitulah sebaliknya.
Bezanya cuma cepat atau lambat saja.
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment