Tuesday, July 10, 2012

RG2011... NAK RUMAH KECIK JER! dan MENU PERAK PULAK!

 

Rumoh utama kuarga Mr T di Kampong Deredebi, Laut Hitam.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

kalau ada rezki lebih nak mintak Mr T buat rumoh utk teman sebijik kat Kg Deredebi. Dia pun kabor, kalau ada rezki lebih.

Jadi bila teman balik kampong dia, teman selalu lepak kat rumoh utama ni dgn Kak Emine, atau rumoh mertua di seberang jalan. Teman suka gak dok bermain kat Deredebi ni, masalahnya teman tak dapat memasak!

Rumoh ni ada 6 bilik tido, 2 salon atau ruang tamu, 8 bathroom/toilet! Tapi masa musim sejuk dapur jer ada penghuni. Teman pun tido kat dapur sebab sini panas, bilik lain sejuk, malas nak pasang dapur pemanas.
Jimat bahanapi kome!


Apartment di Istanbul, base Mr T.

Lazimnya teman dok di Basaksehir, Istanbul, sebab koje Mr T banyak di Istanbul.
Apartment kecik - 2 bilik tido, 1 bathroom, 2 toilet, salon dan dapur.
Kat sini teman dapat memasak!



Rumoh besor ni sunyi di musim sejuk sebab penghuninya Kak Emine sorang. Ujung minggu anak yg sulung Tahsin balik dgn kuarga.
Hanya summer time riuh sebab cuti sekolah dan musim metik hazelnut.
Tapi bermula musim luruh dan musim sejuk, sunyiiiii jer.
Mujur ada TV dengan 800 saluran dari seluruh dunya!
Buleh gak layan!


Awwwww...

Tapi sejak seminggu pikior-pikior, nak minta Mr T buat rumoh keciiiiiiiikkkkkk jer.
Cam rumoh nih!
Di AS, ada gerakan yg galakkan rakyat berubah supaya amalkan cara hidup yg lebih jimat dan efficient!
Gambar google



Idok ler teman nak buat treler atau caravan, ni contoh saiz jer...

Gambar google

Once upon a time...

Weeeeee comeyyyy!
Cam rumoh dlm citer The Grimms Brothers!
Gambar google


Sorang buleh ler...

Google lagi


Errrr...bayangkan Mr T tengah ngadap laptop dia tuh....

Google gak..


Haiiisyyyy...OK gak design cam ni, kan?

Heh google...


Teman google-google Tiny House.com, Small House bla bla bla dan beberapa website...dapat skodeng dalam rumoh deme.
Ni jer besornya, tempat lepak/ofis dan tempat tido kat ataih!

Googlelah...


Ruang dapur dan dining dan tangga naik ataih loft...untuk beradu!

Apa lagi google...


Kan cozy tuuuu...

Google...


Lagu satu contoh dapur di Small House.

Tima kasih google!



Ni small cabin.

Antara sebab teman nak rumoh kecik:

1. Lebih mesra alam
2. Jimat tenaga/bahanapi
3. Tak perlu banyak furnishing
4. Tak guna banyak space
5. Lebih mesra poket. Baik guna duit buat nyongket-nyongket atau makan-makan!
6. Yang benornya teman pemalas...tak gemor housekeeping, banyak koje lain buleh buat!

So...apa pendapat kome dengan angan-angan teman nih?

Thanx Google dan Tiny House, Small House websites.


Ikan masin cicah sambe limo!

Moh kite nyongket-nyongket Perok pulak!
Gambor-gambor teman amik dari FB Kelab Jati Anak Perak.
Kome biasa makan ikan masin nih?


Kopi tiam dan roti.

Sapa memola dapat namakan roti ni, dapat cendera buah pinggang dari Turki.
Cepaaatttttt!
(Orang Perok kata biskut, 'roti'...jangan tak taw!).


Gulei sayur asin dan keledek.

Teman gemor bebenor gulei lemak cam ni.
Kena pulak ada ikan masin, sambe belacan dan ulaman...weeeeeeee!!!!



Taw ni apa?
Tak taw?
Haaa...teka kedua...sapa dapat teka memola, dapat hadiah cendera limpa.
Jawab dlm ruang komen!
Ceeepppppaattt!

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment