Thursday, July 19, 2012

RG2011... Psikologi Manusia : Percaya Padaku

 



Psikologi Manusia : Percaya Padaku 


 "Percaya Padaku" macam lagu kumpulan Ungu pula. Beberapa minggu lepas, saya sempat menghadiri keduri akad nikad saudara. Kami dihidangkan pelbagai makan selepas upacara. Tetapi itu bukanlah persoalan utama. Hehe. . :-) Seronok saya melihat karenah seorang kanak-kanak kecil.Kanak-kanak kecil yang menemani nenek dan atuknya makan. Sungguh comel.



 psikologi manusia
 

Neneknya menyuap seperti biasa. Nasi dikunyak sedikit demi sedikit. Biasalah budak kecil, telatah yang sungguh comel yang berumur 2 tahun dan setinggi 70cm. Dia ternampak sebiji kuih di pinggan, cucur badak. Lantas diambilnya dan makan perlahan.

 
Lama juga dikunyahnya. Selang seminit, neneknya menegur karenahnya. "Eh, pedas tu. Kan tak makan pedas."

 
"Aah.Pedaslah.Tak tahan." Lalu dimuntahnya.

 
Terperasan saya sesuatu. Saya akui kuih itu memang pedas, namun baru sebentar tadi kanak-kanak tersebut makan dengan biasa sahaja. Tiada masalah pun. Tetapi apabila ditegur neneknya, lantas dia mengakui kepedasan kuih tersebuh lalu memuntahlannya.Pelik.

 
Tetapi itulah saya namakan perangkap psikologi.Perkara ini sebenarnya biasa dalam kehidupan kita. Sama ada kita sedar atau tidak, kita mungkin pernah kena dengan perangkap psikologi ini. Pada mulanya kita berasa kita mampu unutk melakukan sesuatu. Tetapi setelah diberikan kata-kata yang negatif, tiba-tiba sahaja kita turut terkena dan tidak yakin. Kita mula percayakan ianya benar.

 
Seperti berniaga. Kita mungkin tanpa kita sedar berbakat dalam berniaga. Tetapi oleh kerana seseorang telah menegur bahayanya tentang berniaga, membuat kita menjadi takut.
 
"Percaya padaku sahabat. Bahaya tahu sebenarnya berniaga. Aku sudah try berniaga sebelum ini. Susah tau!"
 
Dan akhirnya kita pun mengambil jalan yang selamat dengan  mempercayainya.

 
Padahal hakikatnya kita adalah hebat dan boleh sahaja melaluinya. Tetapi apabila diberi 'teguran' oleh orang lain tentang kelemahan kita, kita menjadi tidak berdaya. Walhal kelemahan itu mungkin benar atau mungkin sebenarnya tidak. Kita mungkin sebenarnya telah menjadi kuat tetapi orang disekeliling yang menghalang kerana masih percaya dengan kisah silam.

 
Salam inspirasi :-)




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment