Saturday, July 14, 2012

RG2011... Suami Muhdalina Rungkai Misteri Amuk Di JPM

 



KEJADIAN amuk yang berlaku di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya Isnin lalu, menggemparkan negara apabila seorang individu menggelarkan dirinya imam Mahdi begitu berani merempuh masuk de ngan menggunakan pedang samurai.


Individu itu, Khalil Afandi Abd Hamid, 47, dikatakan mempunyai masalah kecelaruan personaliti, menggunakan Internet sebagai medium untuk menyebarkan fahamannya. Ketika kejadian, Khalil Afandi bersama seorang wanita dikenali, Muhdalina Ahmad, 28.


Ikuti temubual khas wartawan Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN, NURUL RIDUAN NOR ASHAHA dan jurugambar AZMI ARYANTO bersama suami Muhdalina, Mohd Irwan Mohd Foad, 29, merungkaikan di sebalik kejadian amuk tersebut.


Bagaimana sifat dan sikap Muhdalina sebelum mengenali Khalil Afandi?


Muhdalina adalah seorang isteri yang taat pada suami. Tidak pernah melawan dan seorang ibu yang penyayang. Pergaulan dan hukum agama tidak dipandang ringan. Sehelai rambut pun orang lain tidak dapat melihat melainkan saya sendiri.



Dia juga seorang yang ceria dan semua itu berubah selepas dia mengenali Khalil Afandi, tanpa pengetahuan saya.


Dia seolah-olah tidak sedar apa yang dilakukan termasuk apa yang dituturkan.


Bagaimana permulaan perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi?


Perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi bermula dua minggu sebelum kejadian amuk di Putrajaya. Sebelum ini saya tidak tahu dia sudah mengenali dan menghubungi Khalil Afandi melalui blog dan Facebook.


Saya buta teknologi maklumat (IT) dan tidak mengetahui perhubungan tersebut. Muhdalina berurusan dengan Khalil Afandi hanya ketika bekerja di pejabat, sebuah syarikat di Pelabuhan Klang.


Seminggu kemudian, baru saya tahu mereka berkenalan antara satu sama lain. Ketika itu Muhdalina bertanyakan soalan; "Abang percaya ada lelaki hidup 1,000 tahun?" "Abang percaya bumi terbelah bila ditumbuk lelaki?" "Ada lelaki boleh tembus dinding?"


Saya menafikan soalan itu, namun Muhdalina mengiakan dan memberitahu Khalil Afandi boleh melakukan semua itu. Saya bertanyakan siapa lelaki itu dan dia menjawab Khalil Afandi adalah imam Mahdi.


Ketika itu saya hairan mengapa Muhdalina berubah dan begitu taksub dengan lelaki tersebut. 


Sambungan di sini







--
More story log on to
http://www.bazookapenaka.com




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment