Thursday, August 9, 2012

Re: RG2011... Fw: Curi Kuih Di Surau Kerana Terlalu Lapar

Kenapa tak diserahkan pad Jabatan Kebajikan Masyarakt?  Mudah2an terurus kehidupan orang2 seperti ini.

--- On Thu, 8/9/12, nor azlin mohd nordin <azlin8@yahoo.com> wrote:

From: nor azlin mohd nordin <azlin8@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Fw: Curi Kuih Di Surau Kerana Terlalu Lapar
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Thursday, August 9, 2012, 4:05 PM

Dia minta atau dia curi, halalkan aje la. After all, itu cuma saki-baki kuih lepas kariah masjid berbuka. Lain la kalau harta benda masjid yang dicurinya


From: Ahmad Radzali Sarman <zaligtc@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, August 8, 2012 3:52 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Curi Kuih Di Surau Kerana Terlalu Lapar

untuk cerita sebenar minta ahli kariah surau yang terlibat untuk memberi penerangan tak elok jika kita tuduh tuduh lebih lagi ini ramadhan.


From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 8 August 2012 12:05 AM
Subject: RG2011... Fw: Curi Kuih Di Surau Kerana Terlalu Lapar

 


Curi Kuih Di Surau Kerana Terlalu Lapar

Posted by greenboc
Gambar: Eng Khim ketika melihat keadaan lelaki terbabit.
 
Kulim – Tiada siapa di antara manusia yang mahu hidup tanpa tempat berlindung. Kepada yang berfikiran waras tentu sekali tidak mahu memilih jalan hidup sebegitu.

Namun, ramai antara kita terpaksa hidup bergelandangan akibat masalah peribadi masing-masing.

Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki berusia 50-an yang ditemui Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) sebaik saja mendapat aduan daripada orang awam yang mendakwa lelaki itu mencuri makanan di surau.

Pengerusinya, Khor Eng Khim berkata, pihaknya menemui lelaki itu yang sedang tidur di tepi parit bersebelahan Stadium Mini Keladi kira-kira jam 12.30 pagi semalam.

Menurutnya, lelaki itu mengaku kerana terlalu lapar dia terpaksa mengambil sisa kuih dalam surau sebaik solat Terawih dijalankan lalu melarikan diri.

"Dia juga memaklumkan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan hidup gelandangan sejak lima tahun lalu," katanya.

Sementara itu, lelaki berkenaan berkata, dia tidak suka dituduh sebagai pencuri. "Aku ada minta pada mereka sedikit kuih tetapi mereka halau aku kerana aku kotor. "Orang selalu tuduh aku mencuri. Itu semua tidak betul.

Aku cuma mahu makan saja,"
katanya. Dia berkata, sehingga kini tidak ada sesiapa atau pihak bertanggungjawab yang datang membantu.

Dalam pada itu, Eng Khim berkata, masalah itu dapat diselesaikan sekiranya pihak terlibat turun padang dan mendekati nasib mereka yang hidup di jalanan.

"Orang awam yang menemui lelaki ini memaklumkan kepada saya dia mencuri dan harus diserahkan kepada polis. Pada pendapat saya, dia tak bersalah.

"Dia sudah meminta kebenaran untuk mendapatkan beberapa kuih untuk dimakan tetapi tidak diberikan sebaliknya dia dihalau.

"Dia tidak ada pilihan melainkan mencuri kuih itu. Dia mencuri kerana dia lapar dan bukan kerana dia mahu melakukan jenayah.
Dalam soal ini di manakah peranan orang ramai serta badan yang bertanggungjawab?," katanya.

Katanya, dia meminta jasa baik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membuat rondaan atau operasi bagi mengenal pasti orang gelandangan di sekitar Kulim.

Sehingga kini sudah ramai dalam kalangan pengemis yang meninggal dunia di kaki lima. -SH

Ulasan GB

Demikianlah...

Allah menguji mereka yang berpuasa, yang berbuka, yang berterawih dengan didatangkan seorang hambaNya yang dhaif untuk meminta sedikit makanan. Rupa-rupanya mereka yang berpuasa, yang berbuka, yang berterawih itu menghalaunya.

Binatang sekalipun jika kelaparan wajib bagi kita untuk membantu inikan pula seorang manusia sekalipun bukan Islam....

Apa ertinya ilmu dan amal bertimbun-timbun jika di sana tiada sifat peri-kemanusiaan? Itulah sebabnya mengapa perlu sentiasa koreksi bab HATI!

Jangan sampai nanti ilmu dan amal dicampak Allah ke tepi dan kita di campak ke dalam api.

comments:
 
Anonymous said...
dalam situasi ini perlu gunakan fikiran dan perasaan kasihan...salah satu tujuan berpuasa ialah merasai keperitan hidup orang miskin tapi jika telah dihalau berpuasakah orang yg berpuasa itu?...."berapa ramai umatku yang berpuasa tetapi tiada puasa baginya..yang dapat hanyalah lapar dan dahaga sahaja.
Anonymous said...
kalau benar seperti apa yg dikata oleh pakcik yg amik kuih tu... tak tau nak cakap camna puasa org yg menghalau pakcik tu... ishhh...

malu weiiiii... org Islam cam ni....
binjai said...
berpuasa konon untuk merasai bagaimana orang susah menanggung lapar... namun bila orang yg betul2 lapar memerlukan makanan hanya untuk seketul dua kueh sanggup di halau dari surau.

MANA SIKAP PRIHATIN UMAT ISLAM? benarlah kata sesetengah orang jika melihat keadaan umat islam hari ini orang tak akan masuk islam. di tempat yang dikata rumah allah manusia islam sanggup berlaku tamak dan bakhil.

MEMALUKAN ISLAM
C++ said...
Bhai GB...

Berpuasa, berbuka, bertarawih serta bertadarus tidak menjanjikan manusia itu beriman...

Yang menjadikan manusia itu beriman aderlah dier sedar siapa dier dier dan aper tujuan dier dihidupkan dimuka bumi ini...

Maaf cakap... perkara macam nih dah biasa dah gua tengok kat banyak masjid dan surau... tambah lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia...
Tokwan Pencen said...
Di dalam Kitab RaudhulUlama'ada menyebut tentang berbagai cara ujian Allah kepada kita termasuklah tentang cerita di atas.
Fikir fikirkanlah wahai umat sekelian.
Anonymous said...
Klu lapar nak makan, beri lah ape yg ade tu.

Kdng2 kita didatangi mereka yg katanya nak beli makan, tapi dia beli arak, no ekor, rokok atau dadah.

Nak beri ke tak?
Klu aku, aku tak beri duit, sebaliknya belikan makanan. Tapi kadang2 dia tak nak makanan, sbb bukan tu tujuannya minta duit.
Anonymous said...
Majoriti umat Islam diakhir zaman menjadikan puasa sebagai pesta makanan, bukannya sebagai bulan beribadah.

Alangkah ruginya Umat Islam yang berpuasa tanpa ilmu.
Anonymous said...
belum tentu yang berpuasa dan ke surau & masjid sudah diterima keimanannya......
Anonymous said...
jangan ingat berpuasa penuh kemasjid, surau x tinggal dah gah urang alim konon, baru kena duga ckit dah lupa diri...sarban kasi cabut kupiah kasi tanggal lebai kasi buang
Anonymous said...
gagal dakwah kita...kalau tidak bertambah sorang lagi penganut Islam...subhanallah...
Admin SDNS said...
wow...kerana beberapa ketul kuih...beringatlah kepada yang masih mempunyai nikmat yang dipinjamkan....
12 said...
hasil aduan orgramai?
dah tentu org masjid.

Islam kepala bana apa mcm ni?
Anonymous said...
dihalau oleeh org islam malah akan dihantar ke pengadilan tetapi siapa yang mempertahankannya dan lebih memahami...apa agamanya...kuihnya lebih bernilai dari imannya...kisah tauladan untuk kita merenung sifat munafiknya kita....ya Allah ampuni kami
Anonymous said...
sedih siot................
Anonymous said...
Mungkin orang yg curi kuih itu adalah malaikat yg nak menguji jkk masjid dan jemaah yg hadir.

Akan dipersaksikan di akhirat kelak.

Ada juga org islam ambil makanan lebih dari sepatutnya, tidakkah dikira mencuru?
Anonymous said...
Nak kongsi pengalaman, baru tadi ana park keta kat stesen minyak nak keluar duit kat ATM.

Tiba2 ade keta park sebelah ana, pempuan muda bkn Islam sengih2 kat ana, & panggil ana. Ingatkan dia nak ape, rupa2nya dia kata tangki minyak dah kosong, dia tak de duit nak isi minyak. Ana tengok mmg signal lampu minyak dah nyala.

Action spontan, ana tanya dia sambil senyum juga, biasa ke buat keja cam ni, dia kata tak. Ana teringat post ni, lantas tanpa banyak soal lagi ana huluq RM10.

Selepas ucap tima kasih, dia bole tanya ana pose ke tak? huhu..
Larasepi said...
Alangkah rugi nya yg kat mejid tu termasuk le ajl n segala pegawainya...bukn ke itu pahala bonus tuk depa kat situ? kalo kita paham.zatNYA,afaalNYA n asmaNYA..makanya zahir nya insan tp yg mngerakkn hati n kaki p/cik tu adalah DIA sbgai ujian > semua kat mejid tu..tul la posa.terawih lum tentu g bole buka mata hati...kalo tadak hidayahNYA..
Anonymous said...
Ikut hudud orang mesjid patut kena rotan
sumpah sumpah said...
orang yang halau tanpa fikir tu sbb dia islam keturunan bukan penghayatan..
Anonymous said...
orang2 masjid di situ memang layak digelar munafik sahaja...jangan anda ingat anda sudah bertakwa tapi hubungan sesama manusia anda butakan kedua belah mata...di akhirat menjawablah dengan Allah yang bakal menghakimi...memang celaka sungguh perangai segelintir orang Islam dizaman sekarang ni...
Anonymous said...
keji.. macam inikah perilaku seorang islam? sia2 sahaja pahala puasa dan terawih org yg menghalau dan tidak memberi makanan kpd org yg sgt memerlukan.. GB tolong dedahkan siape yg halau org miskin tu.. nak tgk sikit muke tu.. yg berserban atau yg pura2 alim.. sedih..
Anonymous said...
Saya pernah didatangi saudara baru selepas solat maghrib di masjid. Dia mohon sumbangan, saya beri RM50, lepas tu dia minta saya sponsor tiap2 bulan RM50 utk perbelanjaannya, selama setahun.

Sbgai manusia biasa, sifat pentingkan diri & kedekut tu masih ade pada saya, lagipun saya tak kenal betul2 kat dia, nak pi ziarah & tinjau2 keadaan keluarganya dll, waktu tu dah malam, saya pulak ade hal lain, jadi saya lum sanggup, tapi saya ada cadangkan dia pergi ke Majlis agama Islam negeri utk tindakan sepatutnya.

Ok ke tindakan saya tu?
Anonymous said...
seorang wanita yg kerjanya penuh dgn kemaksiatan serta dosa di balas syurga kerana memberi minum anjing yg sedang kelaparan... apatah lagi kalau perbuatan yg dilakukan itu mereka2 yg berada dimasjid atau surau.... KH
Anonymous said...
Tak guna juga, kalau duduk beribadat di surau, tapi terselit perasaan tidak berperikemanusiaan.

Kadang-kadang yg selalu ke surau ni, berlebih-lebihan sangat berbangga dengan ilmu, sesekali jadilah orang yang bersederhana segala segi.

Senyum dan berbagilah dengan sesiapa sahaja, jangan terlalu ikutkan hati untuk memilih siapa yg layak untuk senyum kita. Kelak dapat penat sahaja.




No comments:

Post a Comment