Monday, August 6, 2012

Re: RG2011... Fw: Tak perlu belajar tinggi2 lagi lepas nie...

Salam,

Masya-Allah, sy kira tidak baik saudara haris seolah2 mendoakan emak bapa takda. saya fhm maksud saudara. saya juga ada rakan baik yg terpaksa lupakn hasrat utk belaja kerana hidup susah setelah tiada ayah. Tapi belaja itu bukn setakat akademik. Mungkin situasi yang selalu saudara Haris katakan itu banyak, sbb niat itu salah belaja tinggi2 untuk dpt kerja senang2..Apa yg belaja terlepas begitu shj lps exam dan grad. tapi bukan semua org begitu. kita perlu lah belajar dan berubah. belajar dari akademik tak cukup, tapi perlu untuk belajar bersusah2 dahulu. setelah kutip pengalaman sana sini, maka tiada salah kita berusaha utk mndapatkn kerja yg lebih baik. Tujuannya untuk gembirakan hati ibu ayah yg byk berbelanja utk pelajaran kita, utk buktikn org islam berilmu tinggi dan berdaya saing. Mmg Islam menuntut kita untuk bersyukur dgn apa yg kita ada. Namun, Islam menyuruh kita menuntut ilmu dan berhijrah ke arah yang lebih baik. Islam menuntut kita untuk menjadi Outstanding Muslim, maka perlu lah belajar untuk jadi lebih baik.

maaf mungkin ada kwn2 dh salah anggap dgn sebahagian statement saya. Mungkin tersalah memberi pendapat berdasarkan pengalaman sendiri. Walau telah berusaha untuk kreatif n tonjolkn kemampuan yg ada, Namun, seringkali terbantut kerana sikap pihak atasan yg 'shut up' kn org bawahan. maafkn saya sekali lagi kerana itu kelemahan saya dan organisasi sndiri. Saya yakin ramai graduan di luar sana yang tidak dapat kembangkn potensi masing2 disebabkan masalah yang sama. dalam masa yang sama setiap graduan itu perlu juga mencari peluang belaja dan kutip pengalaman secara berterusan. cari lah 'kesempatan dalam kesempitan'.

Wallahu'alam dan mohon maaf atas pendapat dan ilmu sy yg kerdil ini. 



From: Haris Fadzlah <haris_fadzlah@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, 6 August 2012 3:17 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Tak perlu belajar tinggi2 lagi lepas nie...

As salam

Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidil fitri,

Saya nk respon sikit la pasal peluang pekerjaan yang ada cukup banyak, jika tak mana mungkin bangla, myanmar, india dan ntah mana2 negara pun dok datang sini dok bekerja... senang kata orang kita tertutama orang melayu sebenarnya PEMALAS yang banyak... otak letak kat KEPALA LUTUT... belajar tinggi2 just sekadar nak DAPAT SIJIL, DIPLOMA, IJAZAH... jika dikumpul semua sijil2 kira2 boleh buat bumbung rumah banglo la...tetapi semua nk senang... keje nak senang, duit nak senang...

Saya ada beberapa syarikat, tetapi pekerja yang datang interview 80% hampeh bawa sijil 2 3 folder tetapi keje nk senang... nak gaji riban riban keje nk ikut time...gaji nak tepat...tpt keje nak aircon...suh bapa dia buat company sendiri la... MACAM NI PUNYA ORANG PUN ADA BUKAN SIKIT TTP BANYAK...

Tunggu la 5 ke 10 tahun emak bapa dah tak ada... baru tau la langit tu tinggi ke rendah...

 
Haris Fadzlah Mat Ali
 
The RIGHTS
Mail : haris@rights.com.my

www.rights.com.my


From: noraziziah abdullah <noraziziah@yahoo.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, 3 August 2012, 14:54
Subject: Re: RG2011... Fw: Tak perlu belajar tinggi2 lagi lepas nie...

maaf ye kwn2..sy x kata saya suke kat gomen sekarang atau x..tapi pasal peluang pekerjaan ni, saya rase kena atas usaha sendiri..gov dah bagi kemudahan pendidikan dan sebagainya, selebihnya diri kita sendiri..kena ada usaha , kreativiti dan nilai tambah dalam setiap diri graduan..katakan kerja sebagai kerani la..contoh ye, 2 3 tahun akan datang kena plan jadi executive bedasarkan kelayakan sedia ada.kalau kita duduk di situ aje, sampai bila2 pun kita jadi mcm tu.peluang memang ada..kena tonjolkan..menonjolkan diri di tempat yg betul x jadi masalah..malah membawa kebaikan kepada company...kan Allah dah cakap, Allah x akan mengubah nasib seseorang melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri.jadi usaha, nilai tambah dan kreative.. wallahualam..


From: Mohd Fazila <mfazila@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, August 3, 2012 12:56 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Tak perlu belajar tinggi2 lagi lepas nie...

 
kerajaan gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang berkelayakan, itu sahaja point aku...you fail my goverment...you fail....

2012/8/2 saadah mastura <saamasz84@yahoo.com>
boleh la nk dpt kan pengalaman kerja sementara. tapi sampai bila..tapi apa guna belaja tinggi, ilmu banyak tapi byr mahal2 tapi hasilnya sama. biarlah setiap orang mempunyai peluang masing. maksud saya. org yg tahap spm bersaing sesama mereka. kasihanlah pada mereka. pasti interviewer boleh pilih kasih ambil yg ada dgree. tujuan menuntut ilmu tinggi2 ada supaya generasi berkembang dgn pelbagai bidang. supaya masyarakat n bangsa jadi maju.
 
saya sgt terkesan dgn artikel ini kerana saya berkelulusan master, jawatan berdasarkn dgree itu sudah kira bersyukur. tapi jwatan dgree itu hanya pada kertas..in reality membuat kerja separuh kerani. sia-sia lah ilmu dan boleh jadi lupa mcm amri ckp. sia-sia lah kepakaran yg cuba dibentuk dan di asah oleh pensyarah selama ini..saya percaya ramai lg kwn2 spt saya..wallahu'alam rezeki ada di mana2.

From: s mohdhamri <mohdhamri@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, 6 July 2012 8:56 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Tak perlu belajar tinggi2 lagi lepas nie...

MENUNTUT ILMU BUKAN UNTUK MENDAPATKAN PEKERJAAN SEMATA-MATA.. IA ADALAH FADHU KHIFAYAH...
KALAU TAK BELAJAR... LAGI LAA TERUK... KERANA ADA YG MEMILIKI IJAZAH PUN TAKDE ILMU, BILA KITA TANYA DAN RUJUK UNTUK DPTKAN MAKLUMAT...  SELALU DIJAWABNYA  " DAH LUPA LAA BANG!"....

TAKPE... PEGI BELAJAR.... REZEKI ADA DIMANA-MANA...  JANGAN DENGAR CKP RIENA...
 
MOHD HAMRI BIN SUPAR
Hp : 0135300900
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 4 July 2012, 23:45
Subject: RG2011... Fw: Tak perlu belajar tinggi2 lagi lepas nie...

 

 

Tak perlu belajar tinggi2 lagi lepas nie .. tak perlu pinjam PTPTN ... belajar tinggi2 tapi keJe level SPM ...

Posted by Kedah Lanie
 
 
Pemegang ijazah boleh mohon jawatan SPM

Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang berkuatkuasa semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.
  
Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.

Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan SPM.
Dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.
  
Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada calon untuk dilantik ke jawatan bersesuaian.
  
Sejak semalam, seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada lima jawatan.
    
- Bernama
 







--
Regards,

Mohd Fazila Ahmad








No comments:

Post a Comment