Thursday, August 9, 2012

Re: RG2011... Fw: Tengku Razaleigh Bidas Kerajaan Pusat

Jika saya silap tolong beritahu saya dan saya minta maaf. Dari Perhatian saya berkaitan 'pengalian' minyak ini adalah seperti berikut:
1. Adapun yang dimaksudkan persisiran pantai negeri-negeri adalah 200 km sahaja dari pantai mana-mana negeri
2. Kawasan lebih dari 200 km hingga 1,000 km adalah dikira persisir negara
3. Jika minyak dikeluarkan dalam kawasan persisiran pantai negeri maka 5 % dari keuntungan minyak tersebut dibayar tunai oleh petronas kepada negeri-negeri terbabit.
4. Walau pun minyak berada diluar pesisiran pantai negeri, petronas tetap membayar wang ihsan melalui kerajaan persekutuan
5. Kemungkinan besar ada minyak dalam kawasan persisiran pantai ( kawasan kurang 200km) di Kelantan, Terengganu dan pahang, bagaimana pun belum ada syarikat yang membuat 'pengujian' terutama di Kelantan kerana masalah perbezaan politik
6. Masalah akan dapat diselesaikan dengan cara perbincangan kedua pihak dengan baik dan bukan dengan saluran politik dan mungugut.
7. Surat perjanjian dan tafsiran undang-undang negara/antarabangsa akan menjadi hujah yang tidak menyebelahi satu-satu pihak sahaja
8. Yang penting kelurkan minyak dalam kawasan persisiran Kelantan dan Terengganu.

Pemerhati


From: Azizul Juan <azizul.juan@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, August 9, 2012 12:31 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Tengku Razaleigh Bidas Kerajaan Pusat

 
Orang-orang yang menyokong Umno / Bn sama-samalah share saham tu yer. Nanti dalam kubur pandai2 lah menjawab. Jangan dok undi membabi buta sahaja macam orang jahil. Pilihlah pemimpin yang tidak korupsi demi bangsa dan agama.

2012/8/8 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
 


Tengku Razaleigh Bidas Kerajaan Pusat Yang Tidak Mematuhi Akta Petroliam 1974

Posted by greenboc
Gambar: Majlis tandatangan Akta Kemajuan Petroliam 1974 -
Tengku Razaleigh Hamzah (Pengerusi PETRONAS) dan Datuk Mohammad Nasir (Menteri Besar Kelantan)

Royalti : Sejarah Yang Di Nafikan Hak Oleh UMNO@BN...!!!

Akta Kemajuan Petroliam 1974 jelas menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia & Petronas haruslah membuat pembayaran tunai dalam bentuk Royalti bagi "Pemunyaan Hak" yang diberikan Negeri Kelantan bagi Penerokaan Industri Petroleum.

Maka Tengku Razaleigh pun bertanya di dalam FBnya:


Ulasan GB

Begitu mudah kerajaan UMNO BN menafikan hak kerajaan dan rakyat Kelantan dengan melanggar terus Akta Kemajuan Petroliam 1974 dengan menggantikan dengan Wang Ehsan untuk menyekat pembangunan Kelantan.

Siapakah yang memulakan langkah itu?

Perdana Menteri keempat, Tun Mahathir Mohd dan pengkhianat rakyat Kelantan bernama Mustapa Mohamad. Kemudian diikuti dengan PM-PM selepas Mahathir iaitu Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak bersama dengan konco-konco mereka seperti Nazri Aziz, Khairy Jamaluddin dan ramai pemimpin UMNO yang lain.

Sepatutnya mereka itu semua telah lama ditangkap dan dipenjarakan kerana melanggar konsep federalisma dan juga menghapuskan Akta yang diluluskan oleh Parlimen dan telah jelas memaktubkan hak royalti rakyat Kelantan.

Tetapi .... sistem yang ada kini membenarkan UMNO BN terus melakukan kezaliman.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya dan mereka itu semua akan dihukum oleh Allah swt di satu masa nanti.

 
comments:
 
Anonymous said...
Perbuatan tidak memberi wang royalti kepada Kelantan ibarat bapa yang tidak memberi nafkah kepada anaknya. Berdosa besar.
Anonymous said...
Janji ditepati ? No....No...No, rakyat dizalimi !



No comments:

Post a Comment