Tuesday, August 7, 2012

Re: RG2011... Jadi andartu pun bahagia

 

Masalah tidak bahagia di situ jelas akibat kurangnya amalan agama dlm keluarga. Janganlah takut berkahwin kerana sejarah2 dlm keluarga. Mohonlah pada Allah agar ditemukn dgn jodoh yg beriman. Pahala seorang isteri itu tinggi jika mengikut aliran Islam.  akk teruskn usaha bantu keluarga di samping tidak putus doa memohon jodoh yg soleh. InsyaAllah jodoh yg soleh boleh bimbing utk mmbesarkn anak2 yg soleh n solehah. pasti sejuk hati dan bahagia lebih2 lagi, apabila tua kelak InsyaAllah anak2 yg baik akan teruskn sifat baik akak menjga keluarga dan sentiasa mendoakn ibu bapanya.

From: EiJa rAm <ijaram284@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 22 May 2012 3:54 AM
Subject: Re: RG2011... Jadi andartu pun bahagia

jawapannya..bersama2 kita semula hayati & kembalilah ke Jalan Allah..
InsyaAllah..Allah akan memberi petunjuk..Islam agama yg tidak
memudaratkan & tidak membebankan..kitalah yg memudaratkan &
membebankan diri sendri..
Marilah kita saling ingat memperingati..



On 5/19/12, roslan mohd <mohroslan@gmail.com> wrote:
> "SAYA tidak pernah peduli kalau ada orang kata wanita yang tak berkahwin
> tak bahagia hidupnya. Namun sebagai andartu, saya rasa paling bahagia. Saya
> boleh lakukan apa yang saya suka asalkan tidak melanggar hukum agama dan
> adat. Tidak menyusahkan hidup orang lain, malah mereka yang menyusahkan
> hidup saya.
>
> ''Saya tak peduli dua orang adik perempuan saya sudah berkahwin dan ada
> anak begitu juga adik lelaki saya. Mungkin mereka bahagia, malangnya hingga
> kini merekalah yang banyak menyusahkan saya sering meminta bantuan.'' Itu
> cerita Norazlinda dalam e-melnya.
>
> ''Pada pandangan saya berkahwin tak boleh dipandang ringan, kerana ia satu
> tanggungjawab, jika terlalai bermakna kelancaran perjalanan sesebuah
> keluarga itu akan kucar kacir. Dulu pernah emak nasihatkan saya supaya
> segera kahwin. Tetapi apabila saya katakan emak jangan berbohong dengan
> hidup emak sebenar, lepas itu emak tak nasihat saya lagi.
>
> ''Saya tanya emak apakah emak bahagia setelah lebih 50 tahun berkahwin
> dengan ayah, emak terdiam, sebab saya tahu memang emak tak bahagia. Kekal
> jodoh emak dengan ayah bukan kerana mereka bahagia, tetapi kerana emak
> terlalu sabar, semua masalah emak simpan dalam hati hingga emak dapat
> penyakit jantung dan darah tinggi.
>
> ''Sejak kahwin, ayah memang kaki minum. Habis perangai mabuk ayah jadi tahi
> judi, hinggakan belanja makan minum dalam rumah terpaksa disekat. Abang
> berhenti sekolah habis tingkatan tiga nak cari kerja untuk bantu emak.
> Tetapi baik perangai abang cuma bertahan tiga tahun, lepas itu abang pula
> ketagih judi macam ayah. Anak beranak kaki main ekor.
>
> ''Emak tak boleh nasihat abang sebab ayah pun saya, nak nasihat ayah emak
> tak berani takut kena pukul, akhirnya emak tutup mulut. Nasib baik kakak
> dapat kerja jadi kerani dan kakaklah yang banyak bantu emak dan saya boleh
> bersekolah.
>
> ''Saya sering lihat emak menangis kerana perangai ayah. Tetapi bila saya
> tanya, emak tak pernah bercakap benar. Saya tahu emak sedih. Ketika emak
> paksa saya supaya segera kahwin terus terang saya beritahu emak, saya tak
> yakin saya boleh bahagia, kerana saya takut dapat suami macam perangai ayah
> dan abang, saya tak sanggup membisu, menanggung biawak hidup apa lagi jadi
> hamba.
>
> ''Pada pandangan saya daripada saya buat banyak dosa lebih baik jangan
> kahwin, sebaliknya saya boleh bantu emak dan adik-beradik lain yang
> memerlukan bantuan, terutama kakak yang banyak bantu saya semasa saya
> belajar dulu.
>
> Hamba
>
> ''Sekarang kakak pula hadapi masalah yang sama, suaminya bukan sahaja kaki
> judi malah kami perempuan. Selalu tak pulang rumah jarang bagi nafkah
> anak-anak. Tetapi emak suruh kakak bersabar, kata emak dosa melawan suami.
> Habis sekarang siapa yang jadi kuli dan hamba rumahtangga bagi makan
> anak-anak? sudah pasti kakak!
>
> ''Setelah mengimbau semua masalah ini saya rasa lebih baik saya tak payah
> kahwin. Bukan sahaja menyusahkan diri, malah kalau tidak bernasib baik
> terpaksa jadi hamba kepada suami yang tak tahu tanggungjawab.
>
> ''Saya percaya hidup emak tak pernah bahagia bersama ayah, sebab dari muda
> hingga usia tuanya emak terpaksa mengharungi perangai buruk ayah. Kalau
> pasangan lain ada rumah untuk berteduh bila dah tua dan berhenti kerja,
> tetapi emak terpaksa balik kampung menumpang tinggal di rumah usang nenek.
>
> ''Namun saya bersyukur dapat belikan mereka sebuah rumah kecil untuk
> tinggal di bandar. Dulu saya fikir mungkin saya kena tanggung emak dan
> ayah, tetapi sekarang tiga orang anak abang turut menumpang . Abang terus
> lepas tangan bila saya dan adik membantu.
>
> ''Gaji saya dan adik sebagai pegawai lulusan diploma bukan tinggi sangat,
> kami terpaksa bayar ansuran rumah, duit ubat ayah yang sering sakit, makan
> minum mereka semua selain duit sekolah anak-anak saudara. Dalam pada itu
> saya dan adik juga terpaksa berbelanja untuk hidup sendiri di bandar. Macam
> mana kami nak tahan!
>
> ''Dulu ketika banyak duit setelah berhenti kerja kerana dapat duit KWSP,
> ayah langsung tak beringat untuk beli rumah apa lagi untuk simpanan hari
> tua, habis dia guna untuk berjudi.
>
> ''Emak tak berani bantah sebab takutkan ayah yang suka pukul. Perangai emak
> mendiamkan diri bukan sahaja menyusahkan dirinya, malah kami anak-anaknya,
> yang sering kesempitan hidup di bandar.
>
> ''Akhirnya, untuk jalan keluar, kami belikan barang keperluan makanan untuk
> rumah emak. Tapi ayah lagi bijak entah macam mana dia boleh kelentong tauke
> kedai itu. Dan di kedai itu pula ayah buat hutang. Alasannya kami akan
> bayar bila balik nanti.
>
> ''Kerana masalah seperti ayah inilah akhirnya emak tak berani lagi paksa
> saya segera kahwin. Terus terang saya katakan pada emak saya tak mahu jadi
> kuli dan hamba macam emak. Cukuplah kakak seorang ikut jejak emak . Terus
> terang saya bukan seorang penyabar dan saya tak sanggup jadi kuli kepada
> suami yang tak bertanggungjawab. Lebih baik tak kahwin daripada ber dosa
> memaki hamun serta menyumpah seranah suami dalam diam.
>
> ''Kesimpulannya selama lebih 50 tahun usia perkahwinan emak dengan ayah,
> emak memang tak bahagia. Dulu mereka kekal sebagai suami isteri kerana emak
> seorang penyabar..
>
> ''Itu hidup ibu kami zaman dahulu, yang kebanyakan anak perempuan tidak
> berpelajaran, bukan wanita zaman ini yang berpelajaran, berilmu, berkerja
> dan luas pengalamannya. Kerana itu jangan terkejut kalau zaman ini ramai
> wanita lebih suka jadi andartu daripada bergelar isteri. Malah mereka lebih
> rela jadi ibu tunggal daripada bergelar isteri yang hidupnya terseksa dan
> ditindas.'' Itu cerita Norazlinda dalam e-melnya yang menarik untuk
> dibincangkan.
>


------------------------------------

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net/"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com/"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com/.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    respeks_group-digest@yahoogroups.com
    respeks_group-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment