Friday, August 10, 2012

Re: RG2011... Utusan siar Malaysia bukan negara islam-Jadi tak wujud ULIL AMRI?

 

Ada pulak Islam boleh pilih2 mana nak and mana tak nak yea...

On Aug 9, 2012 9:01 PM, "Nas Isma" <angahku_01@yahoo.com> wrote:
Daq eh... UMNO tak pernah tolak hukum Allah, kerana keseluruhan hukum Allah itu adalah hudud belaka. Ia meliputi juga bidang muamalah, syariah dan undang-undang kekeluargaan dan perkahwinan. Yang Pas perjuangan ialah kanun keseksaan dan ia hanya 0.0001 dari hudud Allah (Hadi Awang). UMNO cuma mempertikaikan perlaksanaan hukum hudud yang Pas nak kuatkuasakan.. Tak sesuai dan tidak realistik sebab itu dah 22 tahun Pas perintah Kelantan, mana ada mereka laksanakan hukum hudud? Cakap sajer, tak bikin bikin? Dah dekat PRU13 baru sibuk dan buat kecoh balik. Itulah dia politik sorong papan tarik papan.. namanya!


From: Abdul-Rahim <abdul_rahim@thermos.com.my>
To: MalaysiaNews@yahoogroups.com; kgmalaysiaraya@yahoogroups.com; kgmalaysiaraya@googlegroups.com; 'Re Spe Ks2008' <respeks_group@yahoogroups.com>; 'Sahabat Interaktif Malaysia' <webmaster@sim.org.my>
Sent: Thursday, August 9, 2012 10:17 AM
Subject: RE: [MalaysiaNews] Utusan siar Malaysia bukan negara islam-Jadi tak wujud ULIL AMRI?

 

Haram sokong DAP sebab DAP tolak Hudud.. eh! Najib pun tolak Hudud kan?

 

by Anak Sungai Derhaka

Laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini memetik Abdullah sebagai mendakwa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."

Bagaimanapun, Abdullah mendakwa MCA yang lantang menentang hukum hudud disifatkan sebagai "bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya".

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang menganggap kenyataan Abdullah itu tidak bermaklumat serta tidak sahih, dan PAS tidak perlu melayaninya.

"Orang awam juga dapat membezakan sama ada kenyataan itu dibuat dengan ilmu atau mengikut parti pemerintah," katanya sambil mendakwa rakyat di Kelantan 'mengenali' guru pondok itu.

"Kenyataan itu saya lihat sama (dengan kisah). Beliau tidak menasihati mengikut hukum, tetapi lebih kepada mahu senangkan pemimpin Umno.

Utusan: Guru pondok kata haram sokong DAP

Pengasas pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini mendakwa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."

Bagaimanapun, MCA yang lantang menentang hukum hudud disifatkan Abdullah sebagai "bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya".

MCA malah pernah mengugut untuk meninggalkan BN sekiranya Umno cuba melaksanakan hukum hudud - rancangan yang disifatkan parti itu sebagai cadangan yang "hilang akal".

Pengerusi biro profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyatakan ancaman itu pada awal bulan lalu susulan cadangan daripada seorang ADUN Umno Johor supaya Umno melaksanakan hudud di negeri itu dan juga di seluruh negara.

Seterusnya, Abdullah mendakwa umat Islam berdosa jika menyokong parti yang membawa kepada kemenangan DAP dalam pilihan raya.

"Perjuangan DAP tidak terima perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata.

"Wajib orang Islam dalam PAS, Umno dan PKR menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Beliau memberi alasan, parti yang bekerjasama dengan DAP itu bergabung di bawah satu pakatan.

Laporan berkenaan turut menampilkan keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Mei 1990 berhubung syarat yang dikemukakan pemimpin DAP, Karpal Singh supaya PAS mengugurkan niat untuk membentuk negara Islam sekiranya ingin bekerjasama dengan DAP - Malaysiakini


Najib pun tolak Hudud nih.. apa cerita?


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment