Wednesday, August 8, 2012

RG2011... “Fatwa” Utusan: Hancurnya impian 1Malaysia ciptaan Najib

 

Inline image 1


KUALA LUMPUR 8 OGOS: Berita muka hadapan Utusan Malaysia, hari ini yang bertajuk "Haram sokong DAP" adalah perbuatan amat terdesak lidah rasmi UMNO itu untuk membangkitkan kebencian orang Melayu terhadap DAP yang gigih menentang rasuah dan salah guna kuasa.


Menyifatkan laporan berita Utusan tersebut sebagai "lolongan keterlaluan", Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata ia mencerminkan Utusan sebagai akhbar anti-nasional dan anti-Malaysia.

"Adakah Utusan Malaysia cuba untuk menghasut dan mengapi-apikan konflik agama di Malaysia?" soal beliau.

Katanya, isunya bukan siapa yang mengeluarkan kenyataan tersebut tetapi ia melibatkan tanggungjawab dan etika sebuah akhbar yang dimiliki pemerintah boleh menerbitkan fitnah sedemikian rupa.

"Laporan Utusan hari ini jelas membuktikan dasar 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri Najib Razak demi membina kesatuan Malaysia yang meletakkan keutamaan pertama sebagai rakyat Malaysia sudah hancur luluh.

"Ia bukan sahaja bertentangan dengan dasar 1Malaysia Perdana Menteri Najib Razak sejak tiga tahun lalu tetapi bertentangan dengan intipati pembinaan negara Malaysia dalam tempoh lima dekad," ujarnya.

Ahli Parlimen Ipoh Timor itu turut berkata, isu yang dimainkan ini seolah-olah sebuah konspirasi bagi membuktikan ramalan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Jun lalu yang menyatakan bahwa pilihanraya umum akan datang ini dipenuhi dengan sentimen perkauman.

"Atau Najib mengakui bahawa beliau telah gagal sepenuhnya mengawal Utusan  Malaysia yang mana akhbar tersebut sekarang dikawal oleh panglima perang UMNO yang tidak lagi terikat dengannya dan dasar kebangsaan yang ditaja UMNO-BN.

"Mungkin itulah sebabnya 10,000 cybertroopers UMNO-BN dilancarkan untuk memutarbelit dan menyebarkan pembohongan termasuk membabitkan isu filem "Tanda Putera" yang ditaja kerajaan BN berkisar kejadian 13 Mei 1969 yang dipenuhi dengan fitnah," katanya.

Kit Siang menjelaskan filem "Tanda Putera" yang ditaja oleh pemerintah UMNO-BN merupakan sebuah fitnah terbesar, dan tuduhan paling liar dan tidak berasas serta melulu dan keji.

Katanya, filem itu cuba menggambarkan kononnya beliau (Kit Siang) dalam rusuhan 13 Mei 1969  telah melakukan provokasi terhadap perarakan jalanan dan telah didakwa membunuh orang Melayu, malah kencing pada tiang bendera di kediaman Menteri Besar Selangor.

Sedangkan, Kit Siang tidak berada pun di Kuala Lumpur pada 11,12 dan 13 Mei 1969. Malah beliau yang berada di luar Kuala Lumpur hanya kembali selepas 17 Mei 1969 dan ditahan di bawah ISA.

Malah, sewaktu ditahan tanpa bicara di bawah ISA, para pegawai penyiasat tidak pernah menyoal siasat beliau tentang rusuhan 13 Mei. Semua itu ada dalam rekod pihak berkuasa.

"Kita menunggu, adakah Najib yang mewar-warkan "penyatuan golongan moderat dunia" di forum antarabangsa akan mengambil tindakan terhadap Utusan?

"Utusan telah menunjukkan contoh ekstremis, tidak bertanggungjawab, menghasut dan tidak beretika yang boleh mengapikan ketegangan antara kaum dan agama dan melemahkan perpaduan nasional," jelas beliau.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment