Thursday, August 9, 2012

RG2011... Mencari Lailatulqadar

 

Mencari Lailatul Qadar

Assalamualaikum WBT,

Kini kita telah berada dalam fasa terakhir Ramadhan bagi tahun 1433 Hijrah. 10 akhir Ramadhan yang sangat dinantikan kerana terdapat satu malam yang dinamakan Lailatulqadar yang sangat diberkati dan merupakan malam kebaikan.

Dalam Al-Quran yang suci telah diberitahu bahawa Lailatulqadar adalah lebih afdhal daripada seribu bulan. Seribu bulan adalah bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan. Jadi, sungguh bertuahlah orang yang mendapat taufik untuk beribadat pada malam tersebut yang mana seolah-olah dia telah beribadat selama tempoh tersebut. Inilah satu nikmat yang sangat besar yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk umat Nabi Muhammad SAW.

Maksudnya :

  1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al_Quran) ini pada malam Lailatulqadar.
  2. Dan apakah engkau mengetahui apakah kebesaran malam Lailatulqadar itu?
  3. Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.
  4. Pada malam itu turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara.
  5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesiapa yang berdiri beribadat pada malam Lailatulqadar dengan iman dan ihtisab (berniat untuk mendapatkan ganjaran) akan diampunkan dosanya yang terdahulu"

Semoga dengan taufik dan rahmat Allah SWT agar dipilih kita semua agar dapat istiqamah melakukan amalan terutama diakhir 10 Ramadhan ini agar tidak terlepas malam Lailatulqadar. Adalah menjadi satu kerugian yang teramat sangat jika malam Lailatulqadar ini terlepas begitu sahaja tanpa kita mendapat apa-apa darinya.

azwandengkil.com 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment