Saturday, August 11, 2012

RG2011... SUPPLEMENT VITAMIN A - AMAT MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

 

Salam alaik,

Saudara-saudari yang disayangi dan dihormati.

Kita semua tahu bahawa Vitamin A amat penting untuk kesihatan mata, perlindungan daripada virus, awet muda serta untuk kesihatan seksual perempuan dan lelaki.

VItamin A amat mudah diperolehi dari pemakanan ( diet ) harian kita. Antara sumber makanan yang kaya dengan Vitamin A secara natural menurut turutan powernya ialah: 
- Lobak Merah ( carrot )
- Keledek ( sweet potato )
- Labu ( pumpkin ) ( Nabi Muhammad menasihati kita supaya selalu makan labu untuk kesihatan seks, dapatkan anak, kesihatan jantung dan mata )
- Sayur Bayam ( spinach )
- Daging Lembu ( beef ) ( makan seminggu sekali kalau nak sihat. jangan makan hari-hari )
- Sayur Kailan ( collard )
- Kubis Hijau ( kale )
- Daun Lobak Putih ( greens of turnip )
- Daun Lobak Bit ( greens of beet )
- Labu Cina ( winter squash ) ( kalau cerita Kung Fu selalu nampak mereka guna kulitnya untuk bekas air atau arak )

Sekiranya kita makan mana-mana di atas setiap hari, sudah memadai untuk mendapatkan Vitamin A dengan banyak. Maka kita samasekali tidak perlu menggunakan supplement Vitamin A, tanpa nasihat doktor.

Malangnya, pihak perniagaan seperti FARMASI dan penjual Supplement dok sogok kita dengan PIL SUPPLEMENT VITAMIN A atau campuran yang lagi bahaya iaitu Vitamin A & Vitamin E sekaligus. 

Malahan pihak industri makanan juga turut serta di dalam hal ini melalui MENAMBAHKUAT (FORTIFIED) makanan siap dengan Vitamin A. Kalau kita tengok label SUSU PEKAT, pasti ada FORTIFIED with VITAMIN A. Banyak lagi  makanan siap yang MENAMBAHKUAT. Kerajaan Malaysia seharusnya menghentikan BUDAYA MUNAFIK INDUSTRI yang merosakkan kesihatan rakyat Malaysia.

Konon-kononnya para peniaga ini melakukan sesuatu yang cukup baik dan perihatin terhadap kesihatan kita. Walhal mereka sedang merosakkan kesihatan kita. Kita tidak memerlukan kemunafikan "PERIHATIN" mereka. Nabi Muhammad telahpun menasihati kita bahawa PERUT adalah punca segala penyakit. Jadinya kita perlu tahu apa yang kita masukkan ke dalam perut kita dan perut anak-anak kita.

Menurut kajian ( dengan kos US$26juta ) yang dilakukan oleh National Cancer Institute Amerika di negara Finland  ( http://www.cancer.gov/newscenter/qa/2003/atbcfollowupqa ) ke atas hampir 30,000 orang subject selama 17 tahun, hasilnya pemberian supplement Vitamin A adalah seperti berikut :

1. Kejadian Cancer Paru-paru pada subject meningkat sebanyak 18% 
2. Mempercepatkan kematian subject sebanyak 8% akibat sakit jantung dan cancer paru-paru
3. Kejadian Stroke Berdarah meningkat sebanyak 50% ( majoriti dari kalangan yang ada darah tinggi ) 

Di dalam kajian lain pula oleh John Hopkins Hospital ( http://health.usnews.com/best-hospitals/area/md/johns-hopkins-hospital-6320180 ), Vitamin A yang terlebih meningkatkan kejadian Liver Fibrosis.

 Saranan saya:
-> Kurangkan makan/minum bahan makanan yang dah proses.
-> kurangkan makan/minum bahan makanan siap yang FORTIFIED dengan Vitamin A 
-> Baca label pada setiap produk yang dibeli di PASARAYA 
-> Makan makanan yang secara natural sudah kaya dengan Vitamin A
-> ELAKKAN SAMASEKALI SUPPLEMENT VITAMIN A mahupun SUPPLEMENT CAMPURAN yang terdapat Vitamin A dan E. 
-> Ikut nasihat doktor, jangan percaya nasihat jurujual SUPPLEMENT & FARMASI. 
-> Tahu apa yang kita masukkan ke dalam mulut sendiri dan ahli keluarga

Semoga sihat badan, panjang umur dan bertambah rezeki melimpah ruah.

---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment