Thursday, August 9, 2012

RG2011... SWANS, Wati & Laskarnita – 4

 

utuhpaloi.com

Setelah tamat kursus teleprinter di Kem Sungai Besi, Cik Emilia dan rakan-rakan sekursus kembali ke Pusat Latihan KD Pelandok.

Semasa di KD Pelandok, pelbagai kenangan menghiasi kehidupan 'perintis' Sukarelawati TLDM ini. Antara yang kekal segar dalam ingatan ialah bila mereka balik lewat malam.

Kedudukan KD Pelandok Sembawang yang terletak kira-kira 400 metre dari jalan raya membuatkan kumpulan Wati ini rasa cemas. Betapa tidak, di kiri kanan jalan antara kem latihan dan jalan raya dipenuhi dengan semak samun. Maka itu sebaik saja turun dari bas, mereka sepakat menanggalkan kasut 'tumit tinggi' dan memecut – 400 metre dash – dan hanya berhenti berlari bila ternampak cahaya lampu Main Gate.

Seperkara lagi yang tak boleh dilupakan ialah bila PTI mengarahkan mereka memanjat pokok. Kalau pakai seluar panjang tak apa juga, tapi bila pakai skirt ketat dan singkat…bayangkanlah sendiri dilemma mereka.

Pada tahun 1975, setelah menamatkan kursus part 1 dan part 2, mereka ditawarkan berkhidmat selama 3 tahun sebagai Sukarelawati sepenuh masa.

NOTA: Semasa persidangan PBTLDM di Kelana Jaya tempoh hari, sambil menunjukkan ke arah bekas Laskarnita yang sedang duduk makan, GI Salleh membisikkan "Sebelum ambil Power of Command Test untuk kenaikkan pangkat kepada Leading Rate, dia slow talk dengan aku minta luluskan". Walaupun kebanyakan Laskarnita ni petah bercakap, tapi bila kena menjerit di Padang Kawad, kepetahan mereka hilang mendadak.

Di KD Pelandok – Emilia (kanan) bersama POGI Musa 'bongkok'. Papan tanda di belakang Emilia tertera tulisan 'Firing Point'.

Intake pertama Sukarelawati tidak dibekalkan dengan pakain seragam lengkap. Selain pakaian harian – baju, skirt, topi, kasut dan stokin – mereka hanya menerima overall. Pakaian malam…at your own discretion.

Cik Emilia di KD Pelandok

Menyertai pertandingan AFRA di Melaka

Party Time bersama RBCO – Lt Saad Buyung

Apa yang menarik perhatianku dalam gambar di atas ialah tentang kawan sparring main Carrum KD Sri Tawau tahun 1970/1971. ME Affendi (3 dari kanan) - kisahnya pernah ku ceritakan dalam siri menyusur denai ingatan…pemain gitar 'D Sailors 5′ dan peminat tegar lagu dan filem Hindi.

Bangunan Blok 'C' KD Malaya Woodlands – Kelas Kerani Gaji (Writer Pay)

Block 'C'…tempat kelahiran 'spiderman' RMN Woodlands…walaupun blok ini dikhususkan untuk sularelawati sahaja, namun ada juga 'kutu' yang dapat me skoding, panjat siling bilik air untuk cuci mata. Pada mulanya kehadiran spiderman ini tidak disedari oleh Wati kerana lubang di siling masih lagi kecil. Tapi bila mamat skoding tak puas hati dengan 'vision' yang terhad, dia besarkan sikit lubang. Suatu hari salah seorang Wati terpandang ke atas…dan ternampak mata sedang 'ghalit' merenung ke bawah. Akhirnya spiderman kena tangkap.

Skoding ni pun macam mengambil dadah juga…boleh membuat pengamalnya ketagih. Alkisah, seorang Senior Rate dinasihatkan berhenti kerana telah beberapa kali 'caugh in the act' di rumah kelamin TLDM di Marsiling. Dan yang dikodingnya isteri-isteri anggota TLDM juga.

Tahun 1975, pakaian khusus semepena lawatan terakhir Yang Dipertuan Agong – Sultan Abdul Halim Shah – ke KD Malaya

Sukarelawati bergambar dengan Saluting Gun di RNO Penang

Tahun 1982, LRRG Emilia bersama RNO Penang – Lt Cdr Abu Hassan

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment