Wednesday, September 12, 2012

Re: RG2011... Ahli PAS Solat di Kaki Lima Precint 15, Penduduk Luahkan Kekesalan

 

Email ni lama dah diudarakan, Rasa nya bulan puasa tahun ni August 12 2012. Dari En Shred yg seperti biasa akan emailkan yg pelik pelik dan lepas tu akan buat tak tahu dgn komen org lain. Mungkin dia puas tengok email org lain berdebat. Apa niat dia yg selalu buat kontroversi tak tahu lah. Hari tu saya bgtahu dia, dizaman sahabat Saiyidan Omar r.a ada terdapat tiga ribu lebih tempat solat disetiap lorong, Tempat solat ni bukannya macam surau dan masjid sekarang yg cantik dan gah, cuma tempat utk solat sahaja. Tempat solat mereka ni yg kita panggil surau zaman ni kecik dan simple sahaja (mungkin lagi simple dari gambar yg En shred kita posting ni). Bayangkan madinah waktu tu bukannya besar macam sekarang tapi ada lebih  ribu surau. hari jumaat semua kumpul kat masjid nabi. 

Jadi isu kenapa tak solat di surau atau masjid yg berdekatan bukan lah issue kalau ada kepentingan utk dibuat, maksudnya program tak habis lagi jadi solat berjemaah  yang penting ni kenaklah dibuat di tempat program yg sedang berlangsung. Lagi lagi kalau solat isyak memang disunatkan ditakhir sekiranya ada program agama yg belum selesai. nabi sendiri kerana program agama dan melayan ahli sufah melewat solat isyak sampai tengah malam. Jadi kalu ada program agama bolehlah solat berjemaah isyak ni dilewat dan buat di tempat sendiri.

Buat khemah utk solat tak adalah hukumnya macam halangan dijalan yg kena dialihkan. kalau ada paku etc kita alihkanlah. Ini solat berjemaah adalah SYIAR agama, ia satu perkara yg kena dibuat secara berjemaah. syiar agama seperti solat berjemaah, azan, puasa ramdhan etc macamana pun kena di syiarkan tak ada nak sembunyi sembunyi takut tak ikhlas

Pendek kata kalau nak sebarkan sesuatu pastikan arif tentang benda tu. Kalau kita ahli politik dunia jgn nak cakap hal syariat tanya ustaz ustaz yg arif dulu (bukan ustaz politi dunia) tanya akhirat punya ustaz yang akan nilai ikut islam bukan parti. Kalau tak dosa jelaj yg dapat. harap harap si En Shredd dan yg sewaktu dengan nya berhenttilah buat berita berita yg mengarut dan politically biased ni (tak kiralah belah pihak mana).

Baik cerita tentang yg boleh tolong kubur kita yang pasti akan berlaku. macamana nak pastikan kubur kita selamat dr azab dan siksa yang pedih. SAKIT KALAU TAK LEPAS SIKSA KUBUR ni. PENDEK KATA IKUT LAH SYARIAT AGAMA ISLAM KITA BUKAN YANG BERTENTANGAN DENAGN ISLAM. 


From: maharaja kayyo <maharaja_kaiyo@yahoo.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, September 13, 2012 12:52 PM
Subject: Re: RG2011... Ahli PAS Solat di Kaki Lima Precint 15, Penduduk Luahkan Kekesalan

 

 
Solannya mengapa tak solat di surau atau masjid sedangkan ianya dekat. Situasi ini adalah berbeza jika ianya tiada tempat solat atau tidak jumpa tempat solat dan diakui oleh Puan sendiri. Begitu juga Pak arab tersebut. Kafirun di London juga pasti berasa hairan jika Pak Arab itu beramai2 memasang khemah di situ untuk solat. Situasi Pak Arab itu juga sedang mengejar waktu. Memang banyak lagi perkara ilmiah boleh dibincangkan. Tetapi perkara ini juga dibincang oleh orang lain termasuk Puan sendiri. Saya juga menyatakan, jika perkara baik dilakukan dengan cara yang tidak betul, maka ianya tidak boleh juga di dalam islam.

Memandangkan kita ini orang PAS, maka kita sokong semua tindakan mereka. Jika mahu menyokong, tidak perlulah sokong semuanya.  jika salah, katakan salah. Tidak semua yang dilakukan oleh orang2 bawah PAS betul semuanya. Mereka juga manusia. 

Pendapat saya seperti saya yang telah saya terangkan sebelum inilah. Jika pendapat Puan menyokong perbuatan tersebut terpulanglah pada Puan. Jika Puan berminat untuk membincangkan tentang orang tidak solat jumaat, Bincangkanlah.


From: Wan Zailan <wanzailan@ajikl.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, 12 September 2012 7:15 PM
Subject: Re: RG2011... Ahli PAS Solat di Kaki Lima Precint 15, Penduduk Luahkan Kekesalan

 

Rusnah ,
terbuka punya statement, terbuka,
tak lah totok umno tertutup fikiran tu,seba mereka jarnag solat kut erkkk.
syabas, Cik Rusnah
 
----- Original Message -----
Sent: Tuesday, September 11, 2012 6:57 PM
Subject: Re: RG2011... Ahli PAS Solat di Kaki Lima Precint 15, Penduduk Luahkan Kekesalan

 
Semasa saya di London, saya nampak seorang Pak Arab solat dekat jalan, nampak
tempat bersih, kerana agaknya nak mengejar waktu telah terlambat, takde pulak
kafirun disitu pandang ke, tunjuk
ke, rasa hairan ke, nak complain ke? Kesal ke. Masa saya di Heathrow airport
saya cari tempat solat (Quiet Room), tak jumpa, takut lepas waktu, saya solat
di tempat laluan penumpang baru keluar dari aircraft dari Europe, pengawal-pengawal ada,
penumpang streaming nearby, takde lak heboh ke, marah ke, complain ke, malah
pengawal keselamatan tu kata kat saya "please pray for me", ketika tu baru
je berlaku September 11.  Takde isu pun!  Jadi perkara yang baik tu janganlah nak di
persoalkan, banyak perkara ilmiah lain  yang boleh bincang.  Saya setuju, next time
nampak orang solat macam tu, join la sekali, dapat pahala jemaah!
Ni kes kekesalan yang tidak bertempat...Banyak perkara lain yang dikesalkan seperti
orang-orang tua muda lelaki yang banyak saya lihat hari jumaat tak solat jumaat, mereka
happy happy bershopping dan makan-makan selamba je, Tak kesslkan pun,
tak bincang pun, tak suruh pun mereka solat jumaat.
 

From: maharaja kayyo <maharaja_kaiyo@yahoo.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, September 10, 2012 10:34 AM
Subject: Re: RG2011... Ahli PAS Solat di Kaki Lima Precint 15, Penduduk Luahkan Kekesalan
 

 
Solat ini sah, tapi aku pernah terdengar yang menyatakan, seringan2 perbuatan baik yang memperoleh pahala adalah membuang ranting yang menghalang laluan. Itu kalau ranting, Cuba fikirkan jika kita yang menjadi penghalang laluan. Atau pernah dengar dalam solat pun dapat dosa?.

Mereka juga mempersoalkan kenapa tak solat di masjid sedangkan ianya dekat. Tiada siapa juga menjawab. Tetapi ada menjawab menyatakan  mereka yang mempersoalkan ini jika tiada masjid dan surau maka tak solat. Adakah kita boleh membuat tuduhan sebegitu? malah, ada juga yang menyokong. Bro, takde masjid n surau, boleh solat dekat rumah, atau kawasan lapang yang tidak mengganggu laluan orang.

So, aku hanya melihat sebilangan orang keras kepala yang cuba membuat suka hati di atas alasan agama. Aku pun tak tahu perasaan orang bersolat di sini dengan selamba tak rasa bersalah pada orang lain yang rasa terganggu. (tak perlulah nak pertikaikan mengapa terganggu sangat tengok orang solat, tetapi pertikaikan kenapa solat di situ sedangkan ianya yang menggangu laluan orang. Tidak bolehkan solat di kawasan lapang yang tidak mengangu laluan orang).

Sesuatu perbuatan baik yang dilakukan, tetapi cara ianya dilakukan pula yang tidak betul atau menyebabkan ada orang terganggu , maka ianya tidak dibolehkan juga di dalam islam. Islam lebih mementingkan umatnya menjaga hati masing2. Ianya juga boleh menimbulkan riak di hati. Jika  tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa ketika itu dan diruntuhkan khemah tersebut, sudah pasti mereka mula menyalahkan orang lain pula.


From: Topeng Perak Unmasked <poji2ya@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, 5 September 2012 3:23 PM
Subject: Re: RG2011... Ahli PAS Solat di Kaki Lima Precint 15, Penduduk Luahkan Kekesalan
 
SYARAT-SYARAT SOLAT
  • Syarat dalam sembahyang terbahagi kepada dua iaitu syarat taklif atau dikenali sebagai syarat wajib dan syarat sah atau tunai.
SYARAT WAJIB SOLAT
  • Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang. 
  • Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut:

SYARAT SAH SOLAT
  • Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya. 
  • Syarat-syarat sah sebahyang adalah seperti berikut:
2012/9/2 JO 9 D <lebak_s@yahoo.com>
 
betul tu sedaara Azzman.... saya pun ada dgr ceramah ustaz ckp gitu... kita di sini je camtu. ustaz ckp, kalo takde tabir pun boleh. lepas solat, muslimah akan keluar dulu.. pastu barulah muslimin.... teringat dulu, kawan saya kena tegur sbb pakai topi terbalik, yg depan lepas belakang.pakcik tu cakap, kalo nk solat mesti pakai kopiah, songkok atau serban aje.kalo takde, takyah pakai... korang rasa camne???....dan camne lak kalo pompuan tu takde kain sembahyang???.... x sah ke kalo x pakai kain sembahyang(yg ni saya dengar sosek2 makcik2 kat kampung saya...)
 
JO 9 D
From: azman <azmans67@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, August 16, 2012 4:07 AM
Subject: Re: RG2011... Ahli PAS Solat di Kaki Lima Precint 15, Penduduk Luahkan Kekesalan
 
Sian sungguh korang ni..... sakit hati sungguh tengok orang solat.  Sepatutnya joint sekali.  yelah korang golongan yang hanya solat kat Masjid ngan surau aje. kalau tak de masjid ngan surau atau jauh, tak yah le  solat ye...
Aku pernah dengar ustaz ada bagi tazkirah,  yang tak boleh solat bercampur lelaki dan wanita dalam 1 barisan (selang seli lelaki perempuan). tapi boleh dalam pakatan, pakatan (kumpulanlelaki  dihadapan dan pakatan perempuan/wanita dibelakang (ada jarak antara 2 pakatan/kumpulan wanita dan lelaki). Ustaz kata tak de pemisah dinding atau kain pun tak pe.
tak tau le aku, kalau ustaz tu silap.   --- On Tue, 8/14/12, dzayu03@yahoo.com <dzayu03@yahoo.com> wrote:

From: dzayu03@yahoo.com <dzayu03@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Ahli PAS Solat di Kaki Lima Precint 15, Penduduk Luahkan Kekesalan
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tuesday, August 14, 2012, 3:48 PM

 
Bukan di Putrajaya saja, kat KL ni pun mcm tu. Kaw tu ada 6 block rumah, sebuah surau dan sebuah masjid yg besar. Jarak berjalan kaki lbh kurang 5 ke 10 minit (ikut rentak jalan sesorg tu la) tp dalam bulan puasa ni ada satu kumpulan penduduk yg solat dibawah block dlm keadaan terbuka dan bercampur (lelaki dan wanita tanpa penghadang untuk memisahkan mereka). Melalui pemerhatian mereka ini terdiri dr penyokong parti tertentu. Saya pun hairan kenapa ini boleh terjadi.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network
From: shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
Date: Sun, 12 Aug 2012 22:49:34 +0800
Subject: RG2011... Ahli PAS Solat di Kaki Lima Precint 15, Penduduk Luahkan Kekesalan
 

Sunday, August 12, 2012

Ahli PAS Solat di Kaki Lima Precint 15, Penduduk Luahkan Kekesalan

PUTRAJAYA, 12 OGOS - Tindakan ahli parti PAS yang mengadakan solat di kaki lima Precint 15, menyebabkan beberapa penduduk tampil meluahkan rasa kekesalan mereka akibat tindakan PAS yang dilihat mahu menunjuk-nunjuk kepada masyarakat sekitar Putrajaya.Seorang penduduk yang ditemui kruPutrajaya-Online Rashid Manaf 36, mempersoalkan tindakan ahli PAS yang bersolat di kali lima sedangkan terdapat banyak surau serta masjid-masjid di sekitar Putrajaya. "Solat secara berjemaah memang sesuatu yang dituntut oleh agama, namun tindakan PAS bersolat di hadapan premis perniagaan di Precint 15 ini sebenarnya telah menganggu urusan penduduk, kerana khemah yang dibina telah menghalang laluan pejalan-pejalan kaki" "Adakah Majlis Perbadanan Putrajaya membenarkan mereka membina khemah di laluan tersebut, kerana tindakan itu sebenarnya menghalang laluan pejalan kaki, malah setahu saya markas mereka (PAS) di tingkat dua terdapat ruang yang luas untuk mengerjakan solat" katanya. Suria 22 tahun, pekerja kedai serbaneka dalam reaksinya berkata "kenapa mereka solat di kaki lima, setahu saya banyak surau dan masjid yang ada di Putrajaya. Malah jarak dari sini tidak sampai 5 minit perjalananan, perbuatan mereka ini seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk, sedangkan dalam Islam kita tidak digalakkan riak dengan setiap ibadah yang kita lakukan".Precint 15, Putrajaya yang menempatkan beberapa premis perniagaan serta pejabat-pejabat syarikat swasta itu merupakan lokasi tumpuan warga sekitar Putrajaya setiap kali cuti hujung minggu kerana di kawasan tersebut terdapat premis seperti Mydin, Domino's Pizza serta beberapa restoran lain. Pemerhatian kru Putrajaya-Onlinemendapati markas PAS di tingkat 2 terdapat ruang yang cukup luas mengadakan solat secara berjemaah manakala terdapat sebuah surau lain berdekatan markas mereka, iaitu Surau Ar-Rahman yang terletak di Precint 16 yang mana hanya memakan masa 5 minit perjalanan. - editor/PjO




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment