Salam alaik,
Harap maaf. Saya tidak bersetuju dengan 3 point yang disenaraikan oleh Daniena. Yang lain saya setuju.
Komen saya :
1. Nasi adalah karbohidrat penting dan diperlukan untuk tenaga. Nasi juga adalah makanan yang membantu tidur. Beras terbaik ialah yang mengandungi serat, namun beras putihpun boleh selagi PEMAKAN NASI MELAKUKAN salahsatu dari 2 perkara ini :
A. Memakan Buah-buahan seperti betik, apple, pisang atau tembikai terlebih dahulu sebelum memakan nasi atau
B. Memakan Sayur-sayuran terlebih dahulu sebelum memakan nasi
Untuk penghadaman sempurna, serat ( dari sayur atau buah ) perlu berada di bawah perut sebelum makanan lain. Serat juga membantu ekstraksi nutrient ( zat ) dari lauk. Malahan serat mempunyai nutrient yang cukup banyak. Serat juga membantu buang air dengan baik.
Selepas sahaja makan, tunggi 15 minit hingga 30 minit sebelum minum air. Namun boleh juga terus meminum Teh Herba ( teh bunga atau teh China ) yang suam untuk membantu pengkhadaman.
Bagi sesiapa yang setakat kerja opis ( bukan di sawah bendang ), janganlah pula makan nasi dipagi hari. Boleh bulat dan comel kelak. Tukarkan sarapan kepada oats atau roti berserat tinggi. Tengahari makan lah nasi dan malam kurangkan makan.
Sesiapa yang kencing manis, bolehlah makan Beras Perang yang mengandungi banyak serat dan rendah indeks glycemic.
Sesiapa yang mengatakan bahawa untuk mengurangkan berat badan perlu berlapar, sila sekel kepala dia dengan pen atau garpu. Otak dia benak.
2. Kopi ialah minuman yang cukup baik dan mengandungi serat serta mempunyai anti-oxidant yang banyak. Kebanyakan Ulama yang bijaksana di zaman Keemasan Sains Islam meminum kopi. Kebanyakan pemimpin negara dan korporat meminum kopi. Selagi kopi diminum dengan sedikit madu dan tanpa susu, ia adalah sihat. Bukan dengan gula putih.
Tapi kopi bukan sebarang kopi. Ia perlu kopi yang bijinya dikisar sendiri atau kopi yang dikisar dikedai. Ada banyak kedai yang menjual biji kopi dan kita boleh kisar sendiri atau minta mereka kisarkan depan mata. Kopi serbuk yang sediada dalam paket biasanya ditambah dengan bahan bahaya seperti tepung, marjarin, garam dan gula.
Mengapa kopi baik untuk kita? Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap 458,000 orang di Australia, hasilya kita dapat mengetahui bahawa :
=> Kopi mengandungi magnesium dan kromium yang menyelia tahap hormon insulin dalam badan. Peminum kopi mempunyai 35% risiko lebih rendah untuk mendapat kencing manis type 2 berbanding bukan peminum kopi.
=> Oleh itu peminum kopi mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat Sakit Jantung dan Stroke.
=> Peminum kopi mempunyai risiko rendah untuk mendapat penyakit cancer hati
=> Peminum kopi mempunyai risiko rendah untuk nyanyok dan dementia ( murung )
Tapi minum kopi jangan lebih 6 cawan sehari. Caffeine yang berlebihan boleh menaikkan tekanan darah.
3. Soya adalah bijirin yang paling tidak sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Manfaat soya yang diwar-warkan ialah pembohongan besar oleh pihak industri pemakanan kepada pengguna.
Selain daripada gula, soya ialah penyebab utama perut boncit. Menurut saintis pemakanan, soya yang selamat dimakan hanyalah TEMPEH dan TOFU. Ini kerana melibatkan proses fermentasi yang memusnahkan bahan bahaya soya, iaitu ISOFLAVONES atau PYTHO-OESTROGEN. Bahan makanan dari soya yang lain adalah berbahaya.
Tahukah anda SOYA mengandungi cukup banyak bahan aktif PHYTO-OESTROGEN semulajadi ( tabii ) yang memberi beberapa kesan besar kepada kanak-kanak dan orang dewasa:
=> telah dikenalpasti melembabkan sperma sehingga ia mati dan gagal mencapai telur-telur di dalam rahim wanita
=> telah dikenalpasti menyebabkan kerosakan kepada kelenjar thyroid
=> telah dikenalpasti sebagai penyumbang besar kepada kejadian tumor cancer buah dada
=> telah dikenalpasti sebagai penyumbang yang membantutkan pertumbuhan otak bayi dalam kandungan
=> telah dikenalpasti melembabkan pemikiran pada kaum lelaki
=> telah dikenalpasti menurunkan tahap hormon testosterone pada kaum lelaki
=> telah dikenalpasti mempercepatkan kanak-kanak perempuan datang haid.
=> telah dikenalpasti melambatkan kanak-kanak lelaki daripada akil baligh dan mumayyiz
=> telah dikenalpasti memusnahkan zat besi dan zinc daripada badan yang diperlukan otak
=> ada banyak lagi mudarat.
Ada banyak alternatif lagi baik daripada soya, jika soya itu diperlukan sangat. Contohnya bagi bayi yang alah susu, masih ada hydrolised cow's milk. Bagi yang tidak mahu lemak dalam susu, masih ada low fat milk.
Malangnya, di dalam industri masakini, boleh dikatakan semua makanan proses ada soya. Antaranya ialah LECITHIN, iaitu emulsifier yang digunakan dengan amat meluas sekali.
Walaupun kita tidak dapat mengelakkannya lagi, namun kita boleh elakkan SOYA yang jelas memang SOYA. Hindarkannya sejauh mungkin. Kalau suka sangat, sikit-sikit sudahlah.
Kita perlu ambil tahu apa yang kita masukkan ke dalam mulut, seperti yang dinasihatkan Rasulullah.
---------------------------------------------------------------------------------
{ Pencegahan Penagihan } http://www.pengasih.org
{ Doa-doa Pendek } http://malaysiaku.com
{ Pencegahan Penagihan } http://www.pengasih.org
{ Doa-doa Pendek } http://malaysiaku.com
---------------------------------------------------------------------------------
From: - Muhamad Kamarul Arifin- <m_mida76@yahoo.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, September 19, 2012 2:00 PM
Subject: Re: RG2011... Cara untuk kuruskan badan dengan berkesan
Salam,terima kasih untuk info ini,,semoga ianya berguna untuk semua rakan rakan dan juga saya
selamat ber diet dan tingkatkan lg amalan kepadaNya...Amin.
- Muhamad Kamarul Arifin-
From: Daniena Hakimi <hdaniena@yahoo.com>
To: Daniena Hakimi <hdaniena@yahoo.com>
Sent: Friday, 14 September 2012 9:29 AM
Subject: RG2011... Cara untuk kuruskan badan dengan berkesan
Ingin saya nyatakan sekali lagi bahawa, saya ni bukanlah perunding kesihatan atau pakar diet yer. Saya hanya insan biasa saja yang berkongsi info yang saya ada. Saya kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh diamalkan untuk berdiet dan kurangkan berat dengan berkesan.
JANGAN BUAT
1. Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi (ni pantang besar), roti, meehon, keow teow atau mee.
2. Jangan makan makanan yang mempunyai kandungan gula/garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, cili sos, tomato sos, yogurt manis dan sebarang jeruk.
3. Jangan makan frozen food (makanan beku sejuk) seperti burger, bebola ikan, sosej dan sebagainya.
4. Jangan atau kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti teh, kopi dan coklat. Kerana kafein melambatkan pembakaran lemak.
CUBA BUAT
1. Anda kena minum air masak (air suam atau air sejuk) sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
2. Anda kena banyakkan makan sayur dan makanan yang berasaskan soya.
3. Anda dibolehkan untuk makan daging, ikan, makanan laut dan juga keju (cheese). Tapi ingat, jangan makan nasi atau roti!
4. Anda digalakkan sangat-sangat untuk bersenam setidak-tidaknya 30 minit sehari (berjalan kaki pun OK)
5. Sebelum tidur, katakan pada hati dan minda anda bahawa anda akan mengurangkan berat badan. Kalau boleh, usap-usapkan bahagian-bahagian yang banyak lemak seperti perut, peha (usap seperti seolah-olah kita mahu memujuk), sambil mengatakan bahawa ; "Wahai lemak, aku mahu kurangkan kamu supaya badan jadi lebih ringan untuk beribadah pada Allah. Susutlah kamu kerana Allah.
Rajin-rajinlah usap dan bisikkan kata-kata ini pada tempat-tempat yang banyak lemak. InsyaAllah, berkesan.
Sekian, selamat mencuba.
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment