Thursday, September 20, 2012

RE: RG2011... Fw: Gara2 Jahil, Sanggup Hina Sunnah 'Rasullullah'

 

orang sekarang ni memang dah tak tahu dosa pahala. tulis sesuka hati dia orang aje. kesianlah dekat ibubapa korang tu, dapat anak macam korang. 


To: respeks_group@yahoogroups.com
From: dzayu03@yahoo.com
Date: Thu, 20 Sep 2012 09:06:54 +0000
Subject: Re: RG2011... Fw: Gara2 Jahil, Sanggup Hina Sunnah 'Rasullullah'

 

Saya x kisah apa parti mereka yg menulis artikel tersebut tp itu memang satu perbuatan yang tidak baik! Walau mcm mane kita tidak menyukai orang atau sesiapa pun, dalam Islam kita dilarang untuk berbuat demikian. Sekiranya ada sesiapa yg mengenali beliau, harap ingatnya untuk menarik balik posting tersebut dan minta maaf secara terbuk sebab bukan mudah untuk kita berjumpa orang yg kita kata. Kenapa kita perlu menambah dosa kita yang sedia ada?

Sedih dengan sikap org2 Melayu dan Islam pada masa ini. Kenapa ye? Adakah sistem pendidikan sekarang semakin menurun atau institusi kekeluargaan semakin lemah? Inilah yg dikata nilai2 murni dalam diri seseorg manusia, kurangnya agama dan didikan yg betul dari kecil akan membawa kepada kesan yg besar pada masa akan datang. Sama-samalah kita membentuk generasi yang lebih baik. Amin


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

From: "-::eSpAcE9808::-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wed, 19 Sep 2012 23:08:34 +0800
To: zzxmelayucyber<melayucyber@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Fw: Gara2 Jahil, Sanggup Hina Sunnah 'Rasullullah'

 

 

'Gara-Gara Jahil', Ada Pihak Sanggup Hina Sunnah 'Rasullullah' Yang Di Amal Oleh Nik Aziz !!

pahangdaily.blogspot.
 
 
Ramai pihak yang terkejut apabila tersebarnya gambar yang menyamakan Tok Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat (foto), Menteri Besar Kelantan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dengan imej seekor "khinzir". Foto itu kini disebarkan secara meluas di laman sembang sosial facebook dan dipercayai dilakukan oleh penyokong sebuah parti politik agaknya. Ia berdasarkan kepada cara gambar itu diolah sedemikian rupa yang jelas sekali satu tindakan "biadap" terhadap pemimpin terbabit.
 
Pada posting yang dibuat oleh Raden Ku Asmar terhadap tindakan ini beliau berkata "Kita marah apabila ada pihak lain menghina Rasul kita yang dikasihi ... tapi, mari kita lihat sendiri ada pihak lain di Malaysia ini menghina sunnah rasul kita... biadap!". Persoalan kenapa perbuatan ini boleh dilakukan oleh pihak berkenaan?. Ia jelas sekali menunjukkan betapa ceteknya ilmu agama dan keimanan seseorang hingga tergamak menyamakan apa yang menjadi sunnah Rasullullah SAW iti seperti binatang.
 
Susulan pendedahan ini juga, ramai pihak yang mengutuk tindakan Idham Zulkifli itu sebenarnya. Beliau bukan sahaja menerbitkan posting berkenaan malah tergamak pula mengeluarkan kenyataan ".. Yang bangang itu Nik Aziz.. lebih bangang dari babi.... wakakaka... nampaknya begitulah.. babi itu lebih sopan dari Nik Aziz .. huahuahua". Bukankah perkataan beliau itu jelas sekali satu penghinaan?.
 
Sedangkan dalam hadis ada menyebaut "Dari Anas: "Bahwasanya Rasul SAW, sewaktu makan menggunakan tiga jari, dan sabdanya: "Ketika suapan seseorang dari kamu jatuh, hendaklah diambil, dibersihkan dari kotorannya, lalu dimakan, jangan dibiarkan syaitan yang makan. Dan beliau SAW, menyuruh membersihkan sisa makanan di piring dengan sabdanya: "Kalian tiada mengetahui dengan pasti butiran makanan yang mana terletaknya barakah pada makanan" (Hadis Riwayat oleh Muslim).


[Amatlah tidak wajar pihak berkenaan menyamakan perbuatan manusia dengan binatang, tambahan pula satu amalan yang menjadi sunnah Rasulullah SAW itu sendiri. Perkataan "Antara Dua Haiwan Ini, Mana Yang Lebih Sopan" itu jelas sekali satu penghinaan terhadap Tok Guru Nik Aziz sendiri sebenarnya. Kenapakah tergamak mengatakan manusia ciptaan Allah itu sebagai haiwan?.
 
Ini mengingatkan kembali kita kepada filem P.Ramlee "Ibu Mertuaku" sebenarnya. Dalam filem itu, Kassim Selamat menyamakan ibu mertuanya seperti haiwan apabila tergamak mengatakan isteri beliau (Sabariah) telah meninggal dunia dan tergamak pula membawa dia ke kubur isterinya itu. Padahal yang dibawa ialah kubur orang lain. Masih segar dalam memori kita bait-baik perkataan yang dikeluarkan oleh P.Ramlee ketika itu.
 
Kini, dari filem ia sudah jadi realiti. Apakah ini namanya orang Islam?. Tergamak menyamakan manusia dengan binatang?. Semoga pihak berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada Tok Guru Nik Aziz atas perbuatan biadap yang jelas memalukan ini].


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment