Tuesday, September 11, 2012

Re: RG2011... Fw: Metos tembelang trajedi 13 Mei di bongkar semula...

 


Dari pandangan saya, 13 Mei merupa satu peristiwa yang telah dilupakan ramai orang terutama generasi muda sekarang ini. Ini mungkin disebabkan peristiwa ini berlaku terutama di KL dan hanya mereka yang faham erti kesusahan untuk merdeka betul-betul mengharapkan ianya tidak berulang lagi. Salah siapa? Pernahkah kita bercerita mengenai kesusahan semasa zaman British? Zaman Jepun? Darurat? Dalam buku sejarah terlalu sedikit fakta yang diberikan kerana buku tersebut diguna pakai oleh semua bangsa (mengelakkan rasa perkauman).
Saya masih ingat arwah datuk, nenek arwah ayah dan ibu bercerita mengenai kesusahan yang mereka hadapi yang hingga kini menyebabkan rasa sayang terhadap negara begitu tebal. Saya tidak mahu negara kita ini diperintah oleh orang bukan Melayu! Walau sebaik mane pun mereka tidak sama dengan bangsa kita! Susah payah orang melayu berusaha untuk memerdekakan Malaysia dari pemerintah asing, sekarang orang melayu juga yang memilih untuk menyerahkan Malaysia kepada bangsa lain untuk diperintah! 13 Mei merupakan satu detik yang amat menakutkan kepada bangsa Cina kerana ianya merupakan satu masa yang mana orang Melayu boleh bersatu dan mempertahankan negara Malaysia! Maaf sekiranya saya menulis entry yang bersifat perkauman sedikit tapi orang Melayu harus faham dan terima 13 Mei adalah satu peristiwa yang membanggakan orang Melayu dalam melawan bangsa lain demi maruah Melayu. Ke mana akan kita pergi sekiranya kita dihalau dari Malaysia? Cina ada negara Cina, India ada negara sendiri...Org Melayu?
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

-----Original Message-----
From: sharifah hamidah <sharidah78@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Mon, 10 Sep 2012 11:58:42
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>
Reply-To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: Metos tembelang trajedi 13 Mei di bongkar semula...

sejarah bleh d tukar ikut pendapat mrk...tapi sy saksikan ...keburukan keburukan 13  mei yg lalu...dan x mahu  berulang lagi...klu dah cina bawa penyapu berarak x ke provokasi....sy anak kg. baru...sy tahu...walupun masih remaja lagi...



________________________________
From: mohd norhadip <norhadip@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, September 7, 2012 8:57 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Metos tembelang trajedi 13 Mei di bongkar semula...


gambar perarakan cina yang berarak dari jinjang ke kampung baru tu,betul ke salah tu? hehehehe

 
 
 

~~ Susah Senang Kita Redah Bersama ~~



________________________________
From: Nadzri Mohd <nadz4827@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 4 September 2012 1:25 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Metos tembelang trajedi 13 Mei di bongkar semula...


At last...melayu yang salah....nanti balik nak tanya tok aku....betui ka tidak


________________________________
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, August 29, 2012 12:19 AM
Subject: RG2011... Fw: Metos tembelang trajedi 13 Mei di bongkar semula...


 

Metos tembelang trajedi 13
Mei di bongkar semula...

Posted by Kedah Lanie



Laporan yang mendedahkan punca sebenar
tercetusnya tragedi 13 Mei ini telah disiarkan oleh Malaysiakini pada 11 Mei
2007.."Ketika orang ramai masih berhimpun untuk perbarisan tersebut, pergaduhan
berlaku di Kampung Baru berhampiran, di mana dua lori orang Cina telah
dibakar.

"Pada jam 7.15 petang, saya dapat lihat satu gerombolan berkumpul
seperti lebah di persimpangan Jalan Raja Muda dan Batu Road. Lebih banyak
kenderaan dipecahkan dan rumah kedai orang Cina dibakar. "Pekedai Cina dan
India di Batu Road telah bergabung membentuk satu 'pasukan pertahanan kawasan'
dengan bersenjatakan apa sahaja yang sempat dicapai parang, kayu, batang besi
dan botol. "Apabila kumpulan orang Melayu beredar, maka penduduk terbabit terus
tertindak balas. Bahagian depan kedai dan kereta yang disyaki milik orang Melayu
telah dipecahkan atau dibakar.

"Polis tiba kira-kira jam 9 malam tetapi
tidak berkawal di situ. Kemudian, trak yang membawa anggota Unit Simpanan
Persekutuan (pasukan pencegah rusuhan) dan Regimen Askar Melayu beredar dari
situ" (Petikan daripada catatan wartawan Far Eastern Economic Review, Bob
Reece, mengenai apa yang disaksikan dengan matanya sendiri berlaku pada 13 Mei
1969 selepas sekumpulan pemuda Melayu berkumpul di luar rumah Menteri Besar
Selangor, Datuk Harun Idris lewat petang hari berkenaan). Sudah hampir
empat dekad berlalu selepas tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei
1969 Bagaimanapun, apakah yang mencetuskan rusuhan paling buruk dalam
sejarah 50 tahun Malaysia, yang mengorbankan 196 nyawa (mengikut rekod rasmi),
masih menjadi rahsia, dan sehingga ini terdapat pelbagai versi
mengenainya.

'Versi rasmi' menyebut
rusuhan tersebut berpunca daripada tindakan provokasi penyokong pembangkang yang
didominasi kaum Cina, yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya umum yang
menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk. 'Semuanya
karut' Bagaimanapun, pihak pembangkang telah menyangkal kebenaran versi
tersebut. Terdapat teori-teori lain yang mendakwa rusuhan itu telah dirancang
untuk menggulingkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Kekurangan
maklumat awam mengenainya menjadi batu penghalang bagi mereka yang ingin
mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku.

Tetapi satu set dokumen yang
baru dideklasifikasikan di London, telah membuka peluang kepada ahli sosiologi,
Dr Kua Kia Soong untuk mencari kebenarannya. Pada akhir tahun lalu,
Pengetua Kolej New Era itu telah mengambil cuti belajar selama tiga bulan untuk
meneliti rekod dan dokumen di Pejabat Rekod Awam di London mengenai tragedi 13
Mei yang telah dideklasifikasikan selepas luputnya tempoh 30 tahun dokumen
berkenaan dideklasifikasi sebagai rahsia. Hasil kajiannya ke atas dokumen
yang dideklafisikasikan itu yang telah dikompilasikan dalam buku terbaru Dr Kua
yang akan dilancarkan Ahad ini mendapati rusuhan 13 Mei itu bukanlah berpunca
daripada keganasan kaum, sepertimana yang telah digambar kepada rakyat
Malaysia.

"Sejarah (rasmi peristiwa) 13 Mei penuh dengan karut-marut, ia
tidak mendedahkan apa-apa. Ia meletakkan kesalahan itu ke atas parti pembangkang
yang sebenarnya tidak benar, mereka bukan menjadi puncanya," kata Dr Kua
kepada malaysiakini dalam satu temubual baru-baru ini. "Buku saya
itu menunjukkan bahawa pihak yang bertanggungjawab adalah golongan kapitalis
(dalam Umno), elemen-elemen dalaman yang merancang dan melaksanakan pelan ini.
Ada rancangannya berdasarkan kepada mereka yang berkumpul di kediaman menteri
besar (Selangor).

"Terdapat dokumen dan laporan risikan yang menunjukkan
perkara itu. Sejarah rasmi perlu mendedahkan kebenaran dan bukannya meletakkan
kesalahan kepada setiap orang yang sepatutnya tidak harus dipersalahkan," kata
aktivis sosial dan pendidikan itu. Dr Kua menegaskan bahawa peristiwa 13
Mei merupakan satu 'coup d'etat' atau rampasan kuasa terhadap Tunku oleh
golongan kapitalis Melayu yang muncul ketika itu yang disokong oleh polis dan
tentera untuk merampas kuasa daripada aristokrat lama untuk melaksanakan agenda
baru Melayu. Plot menumbangkan Tunku

Beliau berpendapat, rusuhan itu
adalah perbuatan 'samseng Melayu' yang disokong oleh ahli-ahli politik di
belakang rancangan rampasan kuasa tersebut. Sebagai contohnya, kata beliau,
"sekumpulan samseng tiba-tiba muncul dari semua penjuru" pada 13 Mei untuk
berkumpul di kediaman Datuk Harun dan tindak-tanduk polis dan tentera yang boleh
dipersoalkan yang hanya berdiri dan memerhatikan sahaja apa yang sedang
berlaku. Tambahnya, dokumen-dokumen itu juga menunjukkan, kurang daripada
seminggu selepas rusuhan tersebut, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun
Abdul Razak, yang mempengerusikan Majlis Operasi Negara, diberikuasa penuh untuk
mentadbir negara satu petanda wujudnya komplot mengenainya.

Manakala
perbincangan mengenai perancangan masa depan telahpun dijalankan sebelumnya,
termasuk Dasar Kebudayaan Negara (diumumkan pada 1971). Satu dokumen rahsia
dari pejabat kabinet Britain yang dimuat dalam buku tersebut, menunjukkan, tidak
sampai seminggu selepas rusuhan itu berlaku, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dapat
mengesan apa yang sedang dirancang oleh Tun Razak untuk memperkukuhkan ketuanan
Melayu, meminggirkan kaum Cina dan mengenepikan Tunku'. Dr Kua turut
mempersoalkan peranan anggota pasukan keselamatan dalam peristiwa berdarah 13
Mei itu.

"Malah, ketika itu, kalangan diplomatik (juga bertanya-tanya)
mengapakah, pada hari rusuhan itu berlaku, Razak bertemu dengan pegawai
tertinggi polis dan tentera, tetapi mereka tidak berbuat apa-apa,"
katanya. Lebih menarik lagi, kata Dr Kua, pasukan keselamatan Malaysia
adalah sebuah pasukan yang berpengalaman luas sewaktu melancarkan peperangan
terhadap pengganas komunis antara tahun 1948 dan 1960 dan bereputasi
tinggi. "Merekalah yang berjaya menghapuskan penentangan komunis yang
membabitkan operasi yang lebih sukar daripada mengawal rusuhan, tetapi mereka
tidak dapat mengawal (rusuhan) pada 1969 selama berhari-hari, berminggu-minggu,"
soalnya.

Ekoran itu, Dr Kua membuat kesimpulan: "Peristiwa 13 Mei adalah
satu helah untuk merampas kuasa saya bukanlah orang pertama yang berkata bahawa
ia adalah satu rampasan kuasa, tetapi saya menyediakan dokumen yang menunjukkan
bahawa ia adalah satu rampasan kuasa." Jumlah korban tidak
diketahui Dokumen yang telah dideklafisikasikan itu termasuk
laporan-laporan yang dibuat oleh wartawan asing yang berada di Kuala Lumpur pada
masa itu, laporan kakitangan Pesuruhjaya Tinggi British yang memantau insiden
tersebut dan pelbagai lagi laporan sulit dari kalangan diplomat.

Ini
dianggap pertamakalinya satu catatan lengkap mengenai tragedi tersebut akan
dapat ditatapi rakyat Malaysia, kerana banyak laporan wartawan asing telah
diharamkan di samping tiada akses terhadap dokumen tempatan. Bagaimanapun,
apa yang tidak dapat dipastikan dalam buku tersebut adalah satu lagi rahsia,
iaitu jumlah sebenar korban tragedi tersebut. Angka rasmi korban rusuhan 13
Mei adalah 196 orang, 180 cedera akibat senjatapi dan 259 lagi cedera kerana
senjata lain, 9,143 orang ditangkap dan 5,561 daripadanya didakwa di mahkamah,
6,000 kehilangan tempat tinggal, dan sekurang-kurangnya 211 kenderaan dan 753
bangunan telah musnah atau mengalami kerosakan.

Dokumen yang telah
dideklasifikasikan dan dokumen antarabangsa yang lain pada masa itu
menganggarkan jumlah korban yang lebih tinggi tetapi angka sebenarnya tidak
diketahui, tetapi majoriti korban tersebut dikatakan dari kalangan orang
Cina. Dr Kua berkata, beliau berharap dapat memecahkan mitos tersebut
melalui penerbitan bukunya. "Iaitu rusuhan kaum akan berlaku bila orang
Melayu tidak merasa senang, itulah sebabkan mengapa kita perlukan Dasar Ekonomi
Baru, polisi tindakan afirmatif dan yang lain-lainnya, jika tidak orang Melayu
tidak merasa senang dan rusuhan akan tercetus.

"Ini adalah mitos pertama
yang kita perlu uraikan kerana dokumen-dokumen menunjukkan sesetengah mereka
yang mencetuskannya (tragedi 13 Mei) bersubahat dengan pihak polis dan tentera,"
katanya. Mitos kedua, kata Dr Kua, ahli akademik dan ahli teori majmuk yang
memegang pandangan bahawa rusuhan akan berlaku secara semulajadi dalam negara
yang rakyatnya terdiri dari berbilang kaum. Sebaliknya, kata beliau, orang
Melayu, Cina dan India tidak secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk bergaduh
sesame mereka.

"Ia tidak berlaku macam itu," tambahnya. Ditanya sama
ada beliau bimbang pihak berkuasa akan bertindak mengharamkan bukunya itu
sepertimana yang berlaku kepada buku mengenai pergaduhan di Kampung Medan, Dr
Kua berkata: "Dalam zaman internet, apa maknanya apabila sesebuah buku itu
diharamkan? Kita boleh siarkannya di lamanweb, anda boleh buat apa saja". ~malaysiakini

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment