Sunday, September 23, 2012

Re: RG2011... Fw: Papan tanda yang anda dan saya mesti hafal.

Salam...rasanya saya nak perbetulkan sedikit perbincangan ini...Sign camera itu bukanlan diwajibkan oleh kerajaan BEnd or MIROS or JKR or PDRM atau JPJ...ia juga mandatori kepada setiap lebuhraya (rujuk guideline lembaga lebuh raya LLM/T1- kalau tak silap gambarajah tu diambil didalam T1). Kawasan yang terdapat sign camera itu tidak semestinya terdapat speedtrap....bagi laluan yang kerap berlaku kemalangan, ada sistem kiraan bagi menentukan ianya kawasan blackspot ataupun tidak..sebagai contoh, bagi kemalangan maut yang berlaku dikawasan terbabit, mata kiraan adalah 6 mata..sekiranya dalam setahun terdapat 3 kemalangan maut dikawasan sama, ianya akan dikategori sebagai balckspot..sekiranya ia telah menjadi kawasan blackspot, pihak berkenaan haruslah mengadakan traffic calming device seperti mengadakan tranverse bar (jalur kuning tebal tu), sign amaran bahaya atau apa2 cara yang dapat memperlahankan kenderaan sebelum menghampiri kawasan terbabit (Hump juga diambilkira sebagai traffic calming- takkan kat hiway nak letak bonggol kot, so digantikan dengan jalur kuning tu)..kiraan blackspot ini akan diambikira setiap tahun..dan dengan itulah setiap tahun akan ada pembaharuan pada ciri2 keselamatan dikawasan yang dikenalpasti blackspot..
 
Idea ini tidaklah bahlol seperti yang dikatakan..ianya bertujuan untuk keselamatan semua...maybe kita memandu kereta mewah yang canggih dari segi sistem keselamatan..tapi bagaimana pula pada mereka yang memandu kereta yang dikategori biasa yang kurang ciri keselamatan???Secara tak langsung ianya dapat mengurangkan kadar kemalangan...terpulang kepada pemandu samada nak terus pecut lepas sign camera itu atau memandu secara berhemat....ikut rasa, binasa..ikut hati mati...Tak semua gambar camera tu ada speed trap...lokasi speed trap tu PDRM yang tentukan...Jika sayangkan wang anda..pandulah ikut peraturan..bukan perasaan..
 
Projek ini, tender ini, idea ini, bermasalah sejak awal. (seperti kata pengirim tu)---???betul ker???masalah tang mana tu??Sapa dapat tender tu???Ada copy LA??
 
Tidak timbul isu pemberian tender atau masalah seperti yang diperkatakan...ianya adalah mandatori kepada setiap konsesi lebuhraya...
 
Untuk makluman...GOmen tak keluar duit pun buat benda ni...dapat untung lagi ada (setuju kata En. Abu Bakar walaupun saya kekadang tak berapa setuju)

From: A. Bakar Attan <a.bakar@smebank.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Monday, September 24, 2012 9:56 AM
Subject: RE: RG2011... Fw: Papan tanda yang anda dan saya mesti hafal.

 
Cuba Tanya Kapal Singh dulu perlaksanaan system ini dari sudut undang2? Contoh HAk dan kebesan besuara memandu dengan selamat, conviction and convicting .  Jangan buru2 kata orang bodoh....takut sebalikny nanti...
 
Untuk makluman...GOmen tak keluar duit pun buat benda ni...dapat untung lagi ada
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of -::eSpAcE9808::-
Sent: Friday, 21 September, 2012 12:11 AM
To: zzxmelayucyber
Subject: RG2011... Fw: Papan tanda yang anda dan saya mesti hafal.
 
 


Papan tanda yang anda dan saya mesti hafal.

amenoworld.blogspot.
 
 
Aku mengalami kesukaran untuk memahami kenapa. Kenapa agaknya jabatan pengangkutan jalan buat perkara seperti itu. Sebenarnya, ikutkan pemikiran aku, aku setuju dengan idea A.E.S iaitu satu sistem = perangkap laju yang diaplikasikan untuk mengajar pesalah2 trafik. 

Aku setuju. Memang setuju. 

Cuma aku tak boleh terima cara ia dilaksanakan. Idea yang baik tetapi tidak disusuli dengan pelaksanaan yang betul, pun tak guna juga. Daripada harga alat dan sistem, daripada syarikat yang dibekalkan tender, daripada cara ia diproses dan diuruselia sehinggalah kepada pemasangan papan tanda, terus terang aku cakap bermasalah.

Projek ini, tender ini, idea ini, bermasalah sejak awal.

Kerana apa?

Tukang pelaksana idea = tukang perancang = ialah mereka2 yang bermasalah.

Terkini mereka melaksanakan satu langkah. Langkah itu ialah memasang papan tanda AES. Jika dinilai dari sudut undang2, ini idea bahlol. Tetapi jika dinilai dari sudut pemikiran mereka2 yang seringkali langgar peraturan jalanraya plus bn haters, idea neh idea yang bagus. 

Kerana apa?

1. Mereka akan alert di lokasi2 mana yang ada perangkap AES.

2. Mereka akan berhati2 di kawasan tersebut.

3. Mereka tidak akan membiarkan diri mereka di saman.

Jadi, adakah ini akan menyelesaikan masalah? Akan mengubah gaya pemanduan mereka? Mungkin ya jika 100%  jalanraya di malaysia dipasangkan dengan sistem tersebut. Tetapi itu tidak akan berlaku. Ini kerana sejak awal lagi PDRM bukan mahu mengubah dan menghukum mereka2 yang seringkali memandu melebihi had laju sebaliknya PDRM hanya mahu buat wang dan tolong rakyat buang wang. 

Bagaimana papan tanda ini mampu mengubah dan menghukum mereka2 yang benar2 suka memandu laju? Jika 1 atau 2 kilometer, ko dah ingatkan mereka ;

Heyy di depan tue ada perangkap laju, please slow down your vehicle dude, in order to prevent you from being summoned. 

Seriously? Ada perangkap di hadapan? Oke fine, i will slow down my car.

Then after 3km, ko fikir dorang akan apa? Akan terus memandu mengikut had laju yang ditetapkan? Adakah ko benar2 berfikir seperti itu? Seriously ??????

Kemon.

Ko tidak berfikir. Pesalah trafik berfikir. Selepas 3km mereka akan memandu seperti biasa. Sambil bersiul mungkin. Dan sesetengahnya sambil tersenyum. Mengutuk kebodohan dan kebangangan korang. Undang2 dibuat bukan untuk menjadi perhiasan.

Tetapi mungkin juga ia akan dijadikan modal politik oleh PDRM. 

Hai, malaysians. You all yang menentang AES [which is kita menentang cara ia dilaksanakan, not the idea itself] nampaknya boleh sorokkan muka dalam guni. Kerana setelah kita melaksanakan sistem neh, nampaknya di kawasan2 aka jalan2 tertentu, kadar kemalangan, langgar lampu isyarat dan langgar had laju telah berkurangan sebanyak 50%. Bravo PDRM kerana melaksanakan idea yang pr kutuk kaw2.

Helllooo..

Ada papan tanda di hadapan yang alert i pasal kamera blablablbala tue ???

Sistem A.E.S memerlukan banyak penambahbaikkan. Aku setuju jika PR kekalkan sistem neh setelah mengambilalih putrajaya. Namun harus lakukan beberapa pindaan sehingga mencapai matlamat yang disasarkan. Iaitu membentuk pemanduan berhemah. Bukan membentuk keuntungan. Pemandu malaysia perlu diajar. Mereka harus dibimbing untuk menjadi berhemah. Jalanraya bukan untuk kegunaan peribadi. Ia hak kita bersama.

Namun dalam masa yang sama aku memuji sedikit kebodohan PDRM. Oleh kerana sistem AES belum lagi mencapai tahap yang ia patut dilaksanakan, maka eloklah papan tanda peringatan ini digunakan. Walaupun idea ini kurang cerdik tetapi ada maafnya lagi. 

Sekurang2nya ia mengajar kami, rakyat malaysia untuk berhati2 di jalan2 tertentu. Walaupun kami tak mampu halang duit kami dari sampai ke tangan2 pemerintah yang zalim, tetapi yang neh insya-Allah, kami mampu halang. Bai.
 
 

Comments

·  Hetty Helfarizan · Top Commenter · Pengurus Rumah Tangga at Razak Mustafa

kalau aku pun... nmpk sign ni otometik slow...pastu dlm 5km rase selamat jarak utk dicapturekan aku pecut la....hahahaha!!! adekah aku sorg je berfikiran sebegitu???

 

·Amirul Mukmin · Top Commenter · Universiti Teknologi MARA

·  Tapi kan... cam pelik je... Nama dia perangkap kan... lepas tu tulis besar2 ini Zon Perangkap. Baik takyah buat perangkap...·

·   

Amar Iqbar · Top Commenter

signboard tu wayang je x smua area die letak kamera setengah tmpat je yg letak hahahahahahah...kalo letak signboard tu byk2 org akan sentiasa alert so tmpat yg x der signboard tu kite letak speedtrap kamera br best pakat2 kena saman hahahahah

·   

maaf cakap 
DeeDee AmenoWorld...

Hahaha... gua belum lagi kena itu kamera... sebab gua bawak kapchai... jadi selamat lar... hahaha 
kamal
bagi aku yang pernah memandu di uk, memang tanda amaran akan dipasang dalam beberapa meter sebelum kamera perangkap kelajuan dan siap ada garisan yang menunjukkan jarak yang akan dirakam sekiranya kita memandu melebihi had laju. Sistem AES bagus untuk mendidik pemandu di Malaysia untuk memandu dengan mengikut peraturan dan yang penting sekali kamera akan dipasang ditempat yang merbahaya dan yang menpunyai kadar kemalangan yang tinggi. AES lagi bagus daripada sistem sebelumnya dimana polis menyorokkan kamera untuk merakamkan kesalahan. Tau-tau je dapat saman. Mendidik lebih baik daripada terus menghukum. pendapat 2 sen akulah.
 
allam
betul bro...kat Singapore pun ada papan tanda... kamera biasa nya di pasang di kawasan yg biasa berlaku accident... pengajaran yg harus di fahami ialah... "aku dah bagi tau kat sini ada kamera... tapi kalau kau langgar jugak.. kau mmg pemandu yg degil.. mmg patut di saman.."

apa masaalahnya bawak laju kalau keadaan jalan, keadaan traffic, keadaan kenderaan dan keadaan pemandu mengizinkan?.. aku sebenar nya merasakan, lebih bermasaalah pemandu yg bawak slow makan angin walaupun di depan nya tiada apa2 halangan.. selalu naik hangin ngan pemandu mcm neh..lebih mengganggu aliran traffic... berapa ramai antara kita punya kaki yg hebat yg boleh control tekanan di pedal minyak sentiasa consistent pada halaju di tetapkan... masa nak memotong tak leh lebih halaju...maka terhegeh2 lah kita memotong mengundang peluang bertembung dgn kereta dari hadapan... siapa yg pernah masuk advance driving class... pasti di ajarkan, tindakan memotong mesti di laku kan dgn seberapa cepat dan pantas supaya kita cepat masuk balik ke dalam lane kita yg betul...

kelajuan yg betul dan bersesuaian dgn semua keadaan yg aku cakap kat atas tu tidak lah memudaratkan... kalau laju itu memudaratkan...jgn benarkan kenderaan yg boleh memecut melebihi 110 km dari di jual di Malaysia neh... banyak yg kita boleh jimat kan... tak payah beli kamera, tak payah buat papan tanda, polis traffic pun boleh di salurkan ke jabatan2 lain yg kurang kakitangan... .. siapa boleh jamin lepas kuat kuasakan polisi ini tidak akan ada kemalangan lagi? ada?

memandu perlu ketenangan dan keseronokan... kalau tak seronok kita stress.. dan jadi hilang kewarasan... undang2 mmg perlu sebagai panduan , bukan sebagai alat untuk menghukum... undang2 seharus nya memudahkan, bukan menyusahkan.......membuat kita menunggu macam org bodoh di persimpangan kosong jam 2-3 pagi hanya kerana lampu merah di laluan kita sedang menyala.... berseorangan begitu pasti memberikan idea untuk penyamun2 mencari mangsa.... di Thailand, selepas jam 10 malam, akan ada polis2 yg setting balik traffic light di persimpangan2 yg tidak sibuk..menyalakan lampu luning yg berkerlip2 sahaja sebagai peringatan... di Jepun, pesalah traffic mmg di saman..tetapi jika kamu tidak ada reocord kesalahan, pemandu akan di beri ganjaran dalam bentuk rebate cukai dan sebagai nya... di German ada jalan yg di panggil autobahn...tidak ada speed limit...tetapi siapa yg memandu di bawah kelajuan 80kmh..akan di saman...

aku rasa yg kita lebih perlu ialah advance driving course... selepas lulus ujian memandu, untuk sesuatu tempoh, pemandu mesti menghadiri class2 ini... aku selalu bagi tau keluarga dan teman2 bikers aku prinsip2 hidup yg mudah ini.... sesuatu perkara akan jadi mudah bila kita ada keyakinan... kita akan jadi yakin bila kita tau nak buat perkara itu... untuk tahu, kita perlu dapatkan ilmu nya ... ilmu kekal numero uno..

akhirkata... aku lebih suka mengucapkan..."memandu lah dengan cekap"...bukan "memandulah dgn hati2"... dalam banyak perkara...terlalu berhati2 menyebabkan kita lambat bertindak...dan mengizinkan malapetaka menjenguk... allahua'lam
 
sjn misai
automated enforcemnt system (aes) pasal apa tak guna bahse 1malaysia? sistem otomatik saman trafik 1malaysia (sostram)
 
Aruk
Sistem saman janji ditepati lagi ok kot :)
 
Hahaha... memang janji dicapati betul lar... hahaha 
Aruk
Adoyai ameno, undang2 dibuat untuk mengajar manusia bukan menghukum, negara maju semua ada peringatan sebelum perangkap laju....lojik hang tak boleh blah lah kali ni

"For Business, For Growth, For Life"

The information in this e-mail and any attachments is confidential and may be legally privileged. It is intended solely for the addressee or addressees and any disclosure of the contents of either is unauthorized and may be unlawful. If you are not the intended recipient, please delete the message and any attachments and notify the sender of miss-delivery. No undertaking, guarantee or other obligation contained in this e-mail will be binding on the Bank or the individual officers of the Bank unless it is confirmed via letter on the Bank's letterhead signed by an Officer of the Bank. Any views expressed by an individual within this e-mail which do not constitute or record the Bank's official position do not necessarily reflect the view of the Bank.


No comments:

Post a Comment