Monday, September 10, 2012

Re: RG2011... Fw: Terkejut harga roti canai biasa RM1.80

 

Yg komen suruh makan makanan lain selain roti canai yg 'byk mudaratnya' night umpama salakan pihak tertentu ketika hrg gula naik mereka  kata jgn makan makanan bergula byk nt kencing manis..obes bla bla...bengong...org ckp isu lain awak bw isu lain

cengkonah
sent from my samsung sIII

On Sep 8, 2012 9:59 PM, "Mann Trex" <manntrexe@yahoo.com> wrote:
Salam Ustadz,

Nak buat apa Roti Canai? Kalau dah banyak marjerin dan garam di dalamnya, itu namanya MAKANAN BAWA PENYAKIT, walau tepong apa pun. Marjerin itu sendiri mempunyai bahan hexane yang punya risiko membengkakkan saluran darah atau menyumbatkan pembuluh darah. 

Lebih baik Capati yang dibuat dari tepong wholegrain, air dan sedikit minyak. Tapi kena makan dengan kuah kari ...lah ... baru power !

Capati boleh juga dimakan dengan sayur sawi goreng hancur sama telor goreng hancur. Sangat lah sedap.

Kari memang sedap dan sihat sekiranya menggunakan SANTAN KELAPA dan kurang masin. 

NOTA : SANTAN KELAPA sangat baik untuk kesihatan kerana lemaknya yang segera digunakan oleh badan sebagai tenaga pengkhadaman makanan lain. Ia juga punya banyak mineral natural seperti Calcium dan Potassium, vitamin C,E dan B serta fiber. Lagi power dari susu lembu kerana ZERO KOLESTEROL. Perlu yang diperah dikedai atau diblend dirumah dari KELAPA ASAL. BUKAN SANTAN SEDIA DALAM KOTAK DI PASARAYA. 

---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------


From: insan manusia <insanmanusiakini@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, September 3, 2012 4:35 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Terkejut harga roti canai biasa RM1.80

 
bagus idea mann trex apa kata jadi pioneer di malaysia jual roti canai pakai tepung wholemeal guna minyak carotino untuk menebar dan memasaknya mesti sedap,cecah kuah kacang hitam high serat...baru logik rm1.80 sekeping.amacam?

2012/8/29 Mann Trex <manntrexe@yahoo.com>
Salam alaik,

ROTI CANAI ialah makanan untuk sesiapa yang ingin menaikkan risiko OBESE serta penyakit berkait seperti SAKIT JANTUNG, DARAH TINGGI, KENCING MANIS dan SAKIT LUTUT.

Tidak memakan roti canai adalah lebih baik daripada buang masa dan tenaga untuk pergi buat komplen.

Capati dan lain-lain roti wholegrain lebih sihat dimakan. 

---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://malaysiaku.com/

---------------------------------------------------------------------------------


From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, August 26, 2012 11:56 PM
Subject: RG2011... Fw: Terkejut harga roti canai biasa RM1.80

 

 

HARGA SEKEPING ROTI CANAI RM1.80 LEBIH MAHAL DARIPADA HARGA SEKILO TEPUNG...

nizar-coretanku.blogspot
Posted by Nizar
 
Terkejut harga roti canai biasa RM1.80: Sinar Harian

KUALA TERENGGANU – "Tidak masuk akal jika sekeping roti canai kosong dijual dengan harga RM1.80 sedangkan selama ini saya biasa beli dengan harga RM1 sahaja," luah seorang pengguna yang terpaksa membayar lebih ketika membeli roti canai di salah sebuah restoran di bandar ini.

Pengadu, Khairul Azhar Ismail berkata, pada mulanya dia menyangka peniaga restoran itu tersilap mengira harga perlu dibayar, tetapi sangkaannya meleset kerana di papan tanda jelas tertera roti canai biasa dijual berharga RM1.80.

"Saya tidak sempat bertanya sebab ramai pelanggan lain ingin membayar, tetapi saya keliru kerana harga pada papan tanda itu ditulis itu menggunakan pen yang boleh dipadam dan ditulis semula.

"Saya cuba ambil gambar papan tanda harga menggunakan telefon bimbit tetapi tidak begitu jelas dan kabur untuk dijadikan bahan bukti," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia tidak berpuas hati kerana harga tepung gandum  di pasaran lebih rendah berbanding sekeping roti canai yang dijual peniaga berkenaan.

"Perbuatan peniaga yang ambil kesempatan meletakkan harga sesuka hati sempena musim perayaan begini adalah tidak adil dan menganiaya pengguna, tambahan pula kualiti roti canai yang dijual tidak setimpal dengan harga yang dikenakan.

"Kalau dikira, berapa banyak dia (peniaga) boleh kaut untung. Saya harap mana-mana pengguna lain yang berdepan kes peniaga jual dengan harga tidak munasabah ini segera memaklumkan kepada pihak berkuasa," katanya.

Khairul Azhar yang bertugas di Institut Jantung Negara (IJN) berkata, dia ingin melaporkan kes itu ke bahagian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), namun tergendala kerana pejabat ditutup disebabkan cuti umum panjang.

Dia yang pulang berhari raya di Terengganu amat kesal dengan sikap sesetengah peniaga di negeri ini yang dikenal pasti mengambil kesempatan./~SH
 





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment