Thursday, September 6, 2012

Re: RG2011... Gila! Blogger Pembangkang Nak Bunuh Diri Kerana Malu!

 


 
Sama la korang, BN dan PR.

PR akan komen, eleh satu dalam beribu pun nak kecoh??, atau eleh memang patut pun kene pijak..balasan dunia..(mungkin akan keluar hadis yang menyatakan ianya boleh dilakukan)
BN pulak akan komen, PR ni memang tak bertamadun, ada aje yang tak puas hati. Syukur lah!! kita hidup aman damai nak kecoh2 buat apa? (Mungkin juga akan keluar fatwa dari Ustaz Umno)

Komen aku, korang ni sama je la..menjatuhkan antara satu sama lain. Padahal melayu sama melayu. Semua islam. Jangan pulak ada yang terperasan yang diri tu terlebih islam dari orang lain. Islam tetap islam. Tapi ada yang sanggup nak menjatuhkan orang islam sendiri. Tak sedar ke orang kafir sanggup lakukan apa saja nak menjatuhkan islam? Sekalipun berlakon menyokong korang2 ni semua? Zaman dulu tu ada orang melayu yang jadi tali barut jepun, korang ingat zaman sekarang ni takde? Kalau korang sendiri yang jatuhkan orang orang melayu islam, orang kafir lagi la suka. Bersorak-sorak bagai melihat kebodohan kita orang melayu islam ni.

Aku cakap melayu islam ni sebab, bukan aku nak menyokong Umno ataupun apa. Tapi Malaysia ni dominan dengan orang melayu islam. Dan sepatutnya memang melayu yang memerintah. Tapi orang islam melayu yang sepatutnyanya dominan dah berpecah2 di sebabkan Parti. Memang dengan adanya pembangkang politik akan menjadi lebih baik. Tetapi cara berpolitik tu salah. Iaitu dengan cara memburukkan parti lawan termasuk dalam individu2 di dalam parti tersebut.  Kurang mempromosi Parti sendiri. Apa kelebihan parti dan sebagainya. Lebih kepada melenting marah serta menuduh orang lain kafir atau musyrik atau fasik jika ada orang yang tidak menyokong usul parti daripada menjelaskan dengan dengan berhemah atau menjawab soalan2 yang dituju dengan jelas dan tegas. Kalau kata, kenapa parti itu boleh, kitorang tak boleh? Ai takkan korang nak jadi sama macam diorang? Kata mendukung islam, sudah tentulah lebih islamik caranya.

Tak perlulah terlalu percaya pada orang kafir2 ni dengan menyatakan 'aku tak kisah si polan tu tak sokong hudud sebab dia bukan islam, tapi aku pelik orang islam sendiri yang tak menyokong hudud.  Di sini aku nak simpulkan. Sendiri dah sedar yang orang kafir ni tak sokong hudud, tapi nak bersengkongkol dengan diorang lagi ke? dan orang yang islam yang dituduh tidak menyokong hudud tu adakah dia benar2 tidak menyokong hudud?

atau sekadar berhujah kerana meluat melihat korang yang perasan terlebih islam, tapi disebabkan tak tahu nak sampaikan ayat yang lebih baik jadilah kelihatan macam tak sokong. Adakah terfikir dalam fikiran korang ada orang islam yang dari kecil belajar islam, tahu islam, begitu bodoh sanggup nak jadi kafir sebab nak tolak hudud? Adakah diorang benar2 menolak ataupun korang yang tak mengambilkira hujah2 diorang sebagaimana perkara lain yang diorang sampaikan itu korang anggap fitnah dan yang disampaikan oleh korang sahaja yang betul?

Kenapa aku banyak menghentam Belah2 pembangkang. Sebab aku penyokong pembangkang. Tapi aku kecewa pembangkang berperangai sama macam BN. Perasan bagus. Suka melihat kuman di seberang, tapi gajah depan mata tak nampak. Berjanji berlebih lebihan. Sebagai contoh dalam pengumuman dibuat menyatakan kerajaan selangor akan memberi rm200 kepada kakitangan kerajaan. Betul ke pengumuman tu? apabila pengumuman sebegitu di buat, tetapi ada sebahagian yang tidak dapat akan merasa kecewa dan tertipu.  Tak bolehkan kata yang dapat hanya kakitangan SUK sahaja?. Manakala yang lain terpulang kepada Jabatan atau badan2 lain terpulang hendak beri kepada kakitangan sendiri. Ini contoh janji yang melebih lebih. Aku tak kisah pun tak dapat RM200 tu. Aku pernah bercerita seorang yang asyik komplain komplain dan komplain. Tapi apabila dia memegang kuasa di PBT aku. Baru dia kata, o macam tu rupanya. Patutla tak boleh. Baru dia tau kenapa dan mengapa. Jadi sebelum berkuasa, Janganlah berjanji berlebih lebihan.

 Kalau aku yang jadi Tok Guru Nik Aziz,  dah lama aku sound atau tegur orang2 dalam Pas atau PR supaya tidak bertindak melampaui batasan dan gunakan cara terbaik mengikut landas-landas islam yang sepatutnya di dalam politik sebab Tok Guru Nik Aziz tu orang tahu beragama serta dihormati. Tak perlu bersih2 ni. Hanya menambah kebencian, bukannya bertambah kawan. Adakah bila orang2 Umno melihat korang berbuat begitu akan segera tukar parti dan menyertai korang? Dan bila kene pukul dengan polis, mula menyalah-nyalahkan kerajaan. Korang imagine la. kalo korang yang berkuasa, tiba orang2 Umno, Mca dan MIC ni memberontak macam korang buat, (aku pakai memberontak sebab masa tu perhimpunan tu di katakan diharamkan buat tapi korang buat juga. kira memberontak la tu). Apa tindakan korang. Aku rasa sama je tindakan korang sebab kebencian korang pada diorang sama je.

Oleh itu cara memenangi pilihanraya adalah jumlah pengundi. Jika ramai yang undi sesuatu parti tu, maka menanglah parti tersebut. Sekalipun terdapat penipuan di dalam undi jika terlalu ramai yang mengundi, maka menang juga. Semakin ramai yang menyukai pembangkang, maka untuk pembangkang kalah pilihan raya tu kira mustahil la..Untuk disukai, promosi lah parti tanpa memburuk2kan lawan...Tetapi sebagai umat islam, tentulah percaya semuanya adalah ketentuan tuhan. Dengan usaha yang baik mengikut prosedur2 islam yang betul berkat doa dan hajat yang tak putus tak mustahil kemenangan perpihak kepada PR.

.Aku berkata berdasarkan pengalaman yang aku tengok sendiri. Dan tujuan aku menulis hanyalah untuk kesedaran semua.

P/S : Perjuangan PR memang bagus, tetapi penyokong dia ada tak bagus ada yang bagus. Begitu juga BN. Aku juga tak bagus menulis, tapi nak menulis juga.





From: shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
To: "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>; "Idaman_Group@yahoogroups.co.uk" <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>; "jarum_emas@yahoogroups.com" <jarum_emas@yahoogroups.com>; "MalaysiaNews@yahoogroups.com" <MalaysiaNews@yahoogroups.com>; "pakbelang@yahoogroups.com" <pakbelang@yahoogroups.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 5 September 2012 6:29 AM
Subject: RG2011... Gila! Blogger Pembangkang Nak Bunuh Diri Kerana Malu!

 

WEDNESDAY, SEPTEMBER 5, 2012

Gila! Blogger Pembangkang Nak Bunuh Diri Kerana Malu!


Blogger pembangkang ini menulis satu kronologi kelakar :
Jadi sekali lagi aku akan ulas mengenai isu di atas. Gambar yang sebenar ialah gambar dsai dipijak. Bukan najib di pijak. Mana dapat gambar tersebut? Ia diperolehi dari blog umno sendiri. Nampak tak url yang tertera kat gambar tue apa?
Gambar apa, gambar siapa?

Kita lihat dua keping gambar di bawah, yang menjadi dijadikan modal oleh blogger tersohor ini menghasilkan satu kronologi bangang :


Hahaha...

Cuba teka yang mana satukah gambar original?

Saya yakin majoriti bersetuju bahawa gambar wajah Najib Razak dipijak merupakan gambar original manakala gambar yang memaparkan wajah Anwar Ibrahim dipijak merupakan gambar super impose!

Ekoran daripada kronologi yang dihasilkan oleh amenoworld itu terlalu bangang, sahabat blogger MPP memaparkan print screen komen pengguna facebook :


Tak mahu taip panjang-panjang, cuma nak pulangkan semula kata-kata amenoworldyang berbunyi :
"Sekarang aku nak korang pilih. Samada minta maaf ataupun bunuh diri. Dah buat salah kena mengaku. Dah buat fitnah, kena betulkan. Jangan jadi manusia yang lari dari tanggungjawab"
So amenoworld, sekarang saya hendak berikan kamu pilihan sama ada bunuh diri atau minta maaf?

Amenoworld disaran jangan jadi manusia yang lari daripada tanggungjawab.

Malu siott!

Hahaha...



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment