Friday, September 21, 2012

Re: RG2011... Khairy: DAP tak hormat perasaan umat Islam

 

Ibarat mcm seorang Muslim murtad tapi buat statement cakap 1malaysia murad....

On Sep 21, 2012 2:31 PM, "Sarbini Gb Skdmm" <Sarbini58@yahoo.com> wrote:
 

Saya cadanglah ....
Jika berlaku hina menghina begini WHY NOT ambil tindakan secara menyeluruh dan JANGAN kecoh..
1. Kerajaan negara Islam Buat bantahan secara Rasmi kepada Duta negara yang rakyatnya menghina ... tak perlu tunjuk perasaan besar besaran, buang masa dan kadang kadang melibatkan kehilangan nyawa umat islam.....
2. Negara Islam secara kolektif buat amaran keras
3. Jika amaran tidak di peduli dan tiada tindakan beri amaran akhir...
4. Buat sekatan perjalan kepada rakyat negara yang berkenaan termasuk dutanya sekali
5. Jika ini tidak berhasil  BUAT pemulauan barangan secara bersepadu oleh setiap negara Islam
6. Jika tidak berhasil juga.. tarik balik duta dan putuskan kerja sama.
7.  Sesama negara Islam kita tidak boleh berniagakah... Iran contoh..ada kuasa untuk menjadi kuasa nucklear..... WHY not sesama negara Islam Sokong...
8. Adakah negara islam yang bergelar Kuasa Nuclear sekarang ?... US,CINA,RUSSIA,...mana ada?


 
Khairy: DAP tak hormat perasaan umat Islam
WARTAWAN SINAR HARIAN
18 September 2012
Twitter Khairy Jamaluddin
Paparan Twitter Khairy Jamaluddin
SHAH ALAM - "Kami Pemuda Umno dah biasa dengan sikap DAP yang tidak menghormati perasaan umat Islam."

Demikian reaksi Ketua Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin mengulas mesej Twitter Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham dari DAP kelmarin mengenai perhimpunan yang bakal diadakan Jumaat ini.
Kata Khairy, "Jelas tweet Ngeh menunjukkan bahawa beliau dan DAP keseluruhannya amat tidak sensitif dengan perasaan umat Islam dan membuktikan bahawa mereka tidak memahami langusung perasaan umat dan juga kedudukan Nabi (Muhammad) SAW dalam Islam."

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, perkara tersebut amat malang sekali memandangkan beliau seorang rakyat Malaysia tetapi masih tidak mempunyai pengetahuan asas tentang Islam dan juga sensitiviti Muslim.

"Saya harap Pas sebagai rakan kongsi DAP dapat mengecam kenyataan Ngeh sebab apa yang dia kata itu dituju juga kepada Pas dan takkan Pas nak terima penghinaan seperti itu," kata beliau lagi.

Mesej Koo Ham antara lain berbunyi, "Khairy mahu Muslim protes membantah Sam Bacile. Bagi Islam atau bagi kepentingan politik? Adakah Muslim membuang masa dan tenaga dalam berhubung perkara ini?"
Kelmarin, Khairy memberi kenyataan bahawa Pemuda Umno sedang merancang mengadakan demonstrasi membantah filem Innocence of Muslims Jumaat ini.
Pergerakan itu turut mempelawa Pemuda Pas agar sertai bersama.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment