Wednesday, September 5, 2012

Re: RG2011... Minta nasihat : beli tanah

 

Salam saudara Zam,

Pertama sekali, saya cadangkan saudara dapatkan khidmat peguam.

Secara amnya cara2 tidak ada cara spesifik utk dielakkan daripada  ditipu tetapi saudara boleh mengambil beberapa langkah dan langkah2nya adalah dengan membuat carian di pejabat tanah berkenaan bahawa penjual adalah pemilik berdaftar yang sah, keduanya apabila telah membayar deposit, selalunya pembeli dinasihatkan mendaftarkan satu instrumen kaveat untuk mengelakkan penjual menjual tanah tersebut ke lain2 pembeli. Kaveat tersebut akan didaftarkan di atas rekod pejabat tanah bahawa saudara mempunyai kepentingan ke atas tanah tersebut. Sekiranya penjual cuba menjual tanah tersebut kepada pembeli lain, pembeli tersebut apabila membuat carian di pejabat tanah akan tahu bahawa saudara ada kepentingan di atas tanah tersebut. Tambahan lagi, penjual tidak boleh memindahmilik harta tersebut selagi kaveat saudara belum ditarikbalik.

Sekiranya tidak ada masalah dengan hal2 kewangan saudara dan tanah tersebut, secara lazimnya bank akan memberi pinjaman utk pembelian tanah kosong. Saudara boleh juga mengambil pinjaman (sekali) utk pembinaan rumah. (sila check dgn bank).

Ya memang terdapat kesan dalam memperolehi pinjaman berdasarkan jenis geran tersebut. Sekiranya geran bukan geran individu dan masih geran induk yang belum dipecah bahagi kemungkinan besar sukar utk mendapat pinjaman (sila check dengan pihak bank)

Berkenaan deposit, secara lazimnya di dalam perjanjian jual beli ada terma yang menyatakan bahawa sekiranya saudara tidak dapat membayar harga jualan dalam masa yang ditetapkan (tidak kira apa sebab sekalipun), penjual berhak ke atas  deposit tersebut  melainkan saudara menyatakan dalam perjanjian jual beli sebagai satu terma bahawa deposit akan dipulangkan sekiranya pinjaman tidak dapat diperolehi. namun demikian, terpulang kepada penjual juga sama ada utk bersetuju atau tidak.

Harap, penjelasan di atas dapat menjelaskan beberapa persoalan saudara.

Wasalam
A. Mohamed

From: zam jamal <didadania@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com; sahabatinteraktif@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, 5 September 2012, 23:29
Subject: RG2011... Minta nasihat : beli tanah

 
Salam kawan2,

Sy bercadang nak beli tanah untuk dibina rumah. Ini merupakana pengalaman pertama sy dlm urusan jual beli tanah. Minta nasihat dan pandangan dr kwn2 yg berpengalaman dalam hal ini.
1) Mcm mana nak elakkan diri dari ditipu
2) boleh buat loan bank ke nak beli tanah
3) kalau dah buat loan utk beli tanah, boleh lg ke buat loan utk bina rumah
4) beza geranium individu/kongsi, freehold/leasehold (ada effect ke kalau nak buat loan)
5) mcm mana nak pastikan dpt balik deposit kalau loan x lepas?

Terima kasih


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment