Tuesday, September 11, 2012

Re: RG2011... [Video] Pengawal Anwar acu senjata api

 

lawak kan? video hanya memaparkan ketika bodyguard tu acu pistol.. mana rakaman awal yg menyebabkan bodyguard tu acu pistol?
dh nama pun bodyguard & diberi lesen memiliki pistol.. dh tentu dia akn melindungi majikannya sedaya-upaya.. oleh krn dia berasakan nyawa majikannya terancam, takkan dia nk berdiam diri??
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

From: s mohdhamri <mohdhamri@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, September 11, 2012 9:15 AM
Subject: Re: RG2011... [Video] Pengawal Anwar acu senjata api

 
VERSI YANG MENYEBABKAN PENGAWAL TU BUKA PINTU KERETA TAK PULAK DIPAPARKAN!!!

MESTI ADA YG TAK KENA PUNYA TU....
 
MOHD HAMRI BIN SUPAR
Hp : 0135300900
From: shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
To: chainz_of_frenz@yahoogroups.com; jarum_emas@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; Idaman_Group@yahoogroups.co.uk; MalaysiaNews@yahoogroups.com; pakbelang@yahoogroups.com; SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Sent: Sunday, 9 September 2012, 14:37
Subject: RG2011... [Video] Pengawal Anwar acu senjata api

 

Jasin: Polis menahan lelaki yang ditugaskan mengawal Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengacukan senjata api ke arah orang ramai pada majlis anjuran PKR di Kampung Baru Rim di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, lelaki berusia 37 tahun yang menaiki kereta Toyota Camry, dipercayai berang dan keluar dari kenderaan sebelum mengacukan pistol selepas sekumpulan lelaki cuba menghalang bas dinaiki Anwar ke majlis itu.



Diserbu orang ramai

Marah dengan perbuatannya, orang ramai yang berada berhampiran tapak program Jelajah Merdeka Rakyat, menyerbu ke arah lelaki itu sehingga keadaan menjadi kecoh.

Beberapa anggota polis yang berkawal di tempat kejadian pantas menyuraikan kekecohan sebelum menahan dan membawa lelaki itu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Susulan kejadian itu, laporan polis dibuat Pemuda UMNO dan Belia 4B Jasin jam 6.30 petang di IPD berkenaan. Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO Jasin, Zaidi Attan dan Timbalan Pengerusi Gerakan Belia 4B Jasin, Zulkifli Kalil.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye ketika dihubungi mengesahkan menahan seorang pengawal sebuah syarikat keselamatan yang ditugaskan untuk mengawal Anwar.

"Siasatan mendapati senjata api itu milik syarikat keselamatan dan pengawal terbabit dibenarkan membawanya ketika bertugas. Kita menahan pengawal itu dan turut merampas senjata apinya untuk siasatan.

"Kita menyiasat dari pelbagai aspek sama ada dia mengacukan pistol ke arah orang ramai atau hanya mengeluarkan senjata dan memegangnya di celah baju," katanya.

Chuah berkata, pihaknya menerima empat laporan berhubung kejadian itu sehingga petang semalam.


Tiada provokasi

Sementara itu, pemimpin belia 4B Jasin yang diacukan pistol, berkata beliau terkejut dengan tindakan lelaki terbabit kerana beliau bersama beberapa rakan tidak melakukan sebarang tindakan ganas atau provokasi.

"Saya hanya berdiri di tepi jalan untuk memberi laluan kepada rombongan Anwar ke tapak ceramah.

"Namun, secara tiba-tiba pengawal peribadi itu meluru keluar dari keretanya lalu mengacukan pistol ke arah saya sambil berkata 'masuk' (jika berani).

"Saya dan beberapa rakan terkejut dengan tindakannya dan hanya berdiam diri sebelum lelaki itu masuk semula ke dalam kereta dan beredar," katanya.

video klik sini







__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment