Tuesday, September 11, 2012

RG2011... Adab Apabila Berlaku Kematian

 

 
Saya ada menerima email dari sahabat saya yang meminta saya untuk kongsikan artikel di bawah ini. Artikel ini adalah berkenaan dengan Adab-adab apabila berlakunya kematian. Sama-samalah kita baca dan ambil pengajaran daripadanya.
Adab Apabila Berlaku Kematian
Ustaz, kadang-kala bila melawat ke tempat kematian saya memerhatikan, ada scenario yang agak common berlaku. Ada pelawat yang datang bila bertemu member duduk berkumpul dan mula bercerita perihal yang tidak perlu dibualkan.
Ada pernah saya terdengar pelawat ini menanyakan soalan yang sangat peribadi dihadapan tetamu. Ini sangat menjatuhkan air muka anak muda itu. Apakah sebaik2nya adab ketika melawat bukan ahli keluarga?
Untuk keluarga yang dekat atau untuk ibu-bapa bagaimana pula?
Seandainya kita ingin membaca Yasin, mana lebih baik, baca tanpa mengeluarkan suara atau dibolehkan membaca dengan kuat? Ada yang mengatakan suara wanita bila mengaji dikira aurat.
Ada juga yang mengatakan bila mayat diatas katil, kita tidak harus duduk dilantai bila membaca Yasin, tetapi harus duduk diatas kerusi.
Soalan yang terakhir, ialah, sering kali kita lihat setelah mayat keluar dari rumah, keluarga simati akan mula sibuk ke dapur menyiapkan juadah untuk pelawat yang masih ada disitu. Boleh Ustaz kongsi pandangan mengenai perkara-perkara ini. T/kasih.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiVNsOsTTrwCkO9zgVUHMUsnxnSpdHS2p17dUthOpZA5Xkwye4l_Vymb5MLLRjhT14C2zVByDNCuhf5ZH7Hi_w1TwvFIHIk4uVvRFin5IcJioP4o0PjVLqe0q5vnTrlUSwWXXMJJzPJ5c/s400/1_jenazah1.jpg
Jawapan:
Waalaikumsalam Wr.Wb.
Saudara,
Berikut jawapan saya:
1. Perlu menghormati rumah keluarga yang baru mengalami kematian. Pastikan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan keluarga si mati seperti banyak berlawak jenaka, berbual dengan suara yang tinggi atau bercerita perkara yang bukan-bukan.
2. Elakkan juga terlalu banyak bertanya kepada sanak keluarga si mati seperti bertanyakan sebab-sebab kematian, punca penyakit dan sebagainya. Sebaliknya lakukan perkara-perkara yang boleh menenangkan perasaan mereka seperti ingatan supaya banyak bersabar dan segala yang berlaku merupakan ujian daripada Allah dan balasan serta ganjaran yang sedia menanti bagi orang-orang yang bersabar.
3. Membaca Quran dengan suara yang sederhana, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
4. Sebaiknya keluarga si mati tidak perlu disibukkan dengan urusan memberi jamuan kepada pelawat yang hadir. Jika adapun, boleh dilakukan selepas urusan penyenggaraan mayat telah selamat diselesaikan.
5. Tiada sebarang syarat untuk duduk di atas kerusi membaca Quran jika mayat berada di atas katil.
Wallahu A'lam.
Sekian, semoga dapat pengajaran. Dan sebarkanlah kepada kawan-kawan yang lain. TQ
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment