Thursday, September 20, 2012

RG2011... Aku Redha Dengan Segala Takdirku

 

"Ikut kata hati mati, ikut kata rasa binasa".
Seringkali kita mendengar peribahasa ini dan menjadi sesuatu kebiasaan bagi kita yang bergelar manusia. Hidup umpama roda, kadangkala kita diatas dan adakalanya kita dibawah. Sudah menjadi intipati dalam menghadapi pelbagai ujian dan dugaan hidup. Namun, setiap manusia sentiasa diuji dengan pelbagai cara dan situasi.
 
Sebagai hamba Allah yang hidup di dunia ini, kita harus pasrah dan redha dengan ketentuan Illahi. Sesungguhnya, terdapat segala hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku. Namun, tanpa kekuatan yang diberikan olehNya, kita mungkin tidak dapat mengharunginya dengan mudah. Semuanya sudah diatur oleh Allah SWT untuk melihat sejauhmana keimanan kita terhadapNya.
Kekuatan terletak pada hati.
"Kekuatan manusia itu pada hatinya, hati manusia itu milik Tuhannya. Ada Tuhan dihatinya, maka segala kekuatan itu ada pada kita".
Ya, sesungguhnya apa yang ada pada kita semuanya milik Allah, betapa hebatnya Allah menciptakan hati sehinggakan kita dapat memahami perasaan orang lain. Oleh sebab itu, kita perlu menjaga lidah dalam berbicara supaya tiada yang terasa hati dengan kata-kata yang diucapkan. Sudah menjadi adat kita yang mengutamakan sikap berbudi bahasa antara satu sama lain.
Hati yang bersih akan sentiasa menuturkan kata-kata yang baik, manis serta cantik susunan bahasa. Manusia yang hatinya kotor, dirinya sentiasa dikuasai syaitan. Syaitan lebih suka mendekati manusia-manusia yang hatinya penuh dengan sifat mazmumah. Oleh kerana itu, tidak ada ketenteraman hidup yang ada pada dirinya.
Kata hati atau bisikan syaitan?.
Saya akui kita sentiasa menurut kata hati kerana kita tahu ia adalah benar. Tetapi kesahihan dalam menurut kata hati itu perlu melihat kepada konteks yang bersesuaian dengan situasi. Bukannya "membabi buta" seperti yang dilakukan oleh sebahagian manusia sekarang yang hanya memenuhi kehendak hawa nafsu.
Seperti kita melihat didada akhbar, sepasang kekasih tidak mendapat restu dari kedua orang tua untuk berkahwin, mereka mengambil keputusan untuk bertindak diluar kawalan dengan membunuh diri. Jadi, dimanakah nilai kemanusiaan yang ada pada diri ketika itu, adakah ini dikatakan menurut kata hati atau terpedaya dengan bisikan syaitan sehingga mempengaruhi hati dan perbuatan kita untuk bertindak sedemikian rupa.
Dimanakah nilai spiritual kita ketika itu? Mungkin ketika itu, kita rasakan kalau mati sekalipun ia sudah mencapai segala yang dihajati sehingga syurga dan neraka diletak ke tepi. Lihat, betapa hebatnya, pengaruh syaitan sehingga hati kita mati dan kehidupan kita binasa. Keimanan dan ketaqwaan yang kita pelihara sejak kita mengenali Allah SWT, semuanya hancur dek kerana cinta yang tidak kesampaian.
 
Kebergantungan pada Allah SWT.
Sekiranya keadaan sedemikian berlaku pada diri kita maka kita berbalik kepada Allah SWT. Ketika itu apabila kita ingat kepadaNya, secara automatik segala kejahatan yang hendak kita lakukan akan hilang begitu saja. Serahkan segala urusan kita kepada Allah SWT, sesungguhnya kita hanya merancang dan yang menentukan hanyalah Allah SWT.
Ketika berhadapan dengan situasi sebegini fikiran kita mula membuat anggapan yang Allah tidak sayangkan kita. Tidak, sebenarnya Allah sayangkan kita dan oleh kerana itulah kita diberikan ujian. Besar atau kecil ujian tersebut, bergantung kepada kemampuan hamba-hambanya. Jadi, apabila berada di jalan yang salah Allah akan perbetulkan dengan membimbing hamba-hambanya kembali ke pangkal jalan.
Kita tidak akan keseorangan kerana Allah sentiasa bersama kita. Biarlah kita rasa kecewa sedikit dengan dunia yang sementara ini, kerana diakhirat nanti nikmat kehidupan disana adalah kekal. Tiada sesiapun yang boleh menghalang kebahagiaan kita kecuali Allah SWT.
Hati kata redha.
Berdasarkan pengalaman hidup, saya banyak menghadapi situasi-situasi yang kadang-kadang rasa ketidakadilan pada diri saya. Saya juga pernah berhadapan dengan keadaan yang menyedihkan, saat-saat yang mencemaskan tetapi apabila saya mengajar hati saya berkata "Ya Allah, aku redha dengan segala takdirku", dan ketika itu segala rasa yang mencengkam didada hilang seperti air yang mengalir tenang.
Ketika itu tiada raungan dan esakan, hanya linangan air mata mengalir "redha" tanda kita serahkan segalanya kepada Allah SWT. Secara langsung kita tahu Allah menyayangi dan mengawal hati kita dari melakukan perkara-perkara yang mungkar.
Oleh itu, jagalah hati, kerana siapa kita adalah bergantung bagaimana kita mendidik hati untuk menjadi insan yang bertakwa kepada Allah SWT.
"Tiada Allah dalam hati, kehidupan kita tiada makna".

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment