Thursday, September 20, 2012

RG2011... Demo Berasingan Pemuda PAS, UMNO

 

Matlamatnya sama, iaitu menunjukan bantahan terhadap perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW tetapi atas sebab-sebab keselamatan maka esok di Kuala Lumpur ada dua demonstrasi berasingan selepas solat Jumaat.
Pemuda UMNO yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin akan berkumpul secara aman di Masjid Kampung Baru, manakala Pemuda PAS yang diketuai Nasarudin Hassan di Masjid Tabung Haji.
Pemuda PAS dijangka berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat.
Di dalam sidang media di KL pagi Khamis, kata Khairy, Pemuda UMNO membuat keputusan tidak bergabung dengan Pemuda PAS esok atas faktor keselamatan.
Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat selepas berbincang panjang dengan Nasarudin Hassan semalam.
"Pada mulanya, memang Pemuda UMNO berhasrat untuk bergabung dengan Pemuda PAS dan kami terbuka untuk bergabung.
"Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik, kami buat keputusan yang himpunan aman dibuat secara berasingan," katanya.
Berikutan itu kata Khairy, Pemuda UMNO bersama lebih 10 NGO dan komponen Barisan Nasional (BN) akan berkumpul secara aman membantah filem 'Innocence of Muslims' di pekarangan Masjid Kampung Baru, esok.
Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata, lebih 5,000 orang dijangka hadir pada perhimpunan itu.
"Perhimpunan ini akan bermula selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat," katanya.
Khairy berkata, perhimpunan aman itu jelas menggambarkan bahawa umat Islam bersama-sama rakyat pelbagai kaum di negara ini membantah sebarang usaha untuk menghina mana-mana agama.
Beliau berkata, pihaknya juga sudah memaklumkan perhimpunan itu kepada polis. (Agendadaily.com)
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment