Thursday, September 13, 2012

RG2011... Dr Asri Puji Ning BAizura Tarik Diri

 

Dr Asri Puji Ning BAizura Tarik Diri

 

    September 13, 2012
Beberapa hari lalu, kecoh mengenai isu Ning Baizura dan Mizz Nina terbabit di dalam persembahan jenama arak terkenal, Guinness Arthur's Day.
Mizz Nina bagaimanapun bersungguh-sungguh menjelaskan segala pertanyaan yang dikemukakan pelbagai pihak.
Mana tidaknya, sebagai artis yang berstatus agama Islam, mengapa mereka perlu terlibat di dalam acara sebegini.
Banyak lagi persembahan lain yang boleh dilakukan. Tak akan tak ada kot?
Bagaimanapun, Ning Baizura mempunyai cara yang berbeza bagi meredakan cakap-cakap orang.
Tanpa membuat kenyataan panjang, dia memberitahu telah menarik diri daripada persembahan yang bakal berlangsung pada 28 September ini.
Bagus betul Ning, daripada mendapat dosa sebab orang ramai asyik mengata, lebih baik dia melakukan sesuatu yang akan membawa kebaikan kepada dirinya sendiri.
Malah tindakan penyanyi itu mendapat pujian daripada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Dr Mohd Asri mengucapkan tahniah di atas penarikan diri Ning daripada program terbabit.
"Sekiranya sebarang persembahan yang diadakan dipercayai mempunyai kaitan dengan kempen mempromosi minuman keras sama ada secara langsung atau tidak langsung, ia adalah haram," kata Dr Asri yang dipetik melalu Sinar Harian.
Selain itu, Dr Asri turut menyeru artis untuk memperbaiki diri dengan mendekati asas agama dengan sebaiknya.
Katanya, dia tidak bermaksud untuk menggesa mana-mana artis menjadi pendakwah.
Sebaliknya, dia mahu sekurang-kurangnya mereka mempunyai asas agama yang kukuh untuk tidak melanggar peraturan agama walaupun mereka berada di dalam dunia hiburan.
Mengulas mengenai seorang lagi penyanyi iaitu Mizz Nina, Dr Asri berharap dia dapat menarik diri.
Rezeki ada di mana-mana, insyallah…," katanya.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment