Tuesday, September 11, 2012

RG2011... Fw: Aku Tetap Sayang Isteriku - Abil

 




"Aku Tetap Sayang Isteriku Walaupun Wajahnya Tak Seperti Dulu" - Abil

 
Seremban – "Saya bukan cari publisiti." Demikian kata Abil Fikri Ahmad, 43, yang kesal dengan tanggapan sesetengah pihak yang menuduhnya cuba mengambil kesempatan atas penderitaan isterinya, Fauziah Muhamad. Perkara ini timbul apabila dia mula melakarkan perjalanan hidupnya menjaga Fauziah, 38, yang menderita akibat kerosakan saraf pada otak, menerusi blog sejak April lalu.

Abil menjadikan laman blog yang didaftarkan atas nama 'abil4fauziah' sebagai diari.

Abil berkata, satu kiriman pesanan ringkas diterimanya sebelum ini cukup meruntun hatinya apabila ada pihak menuduhnya mencari publisiti atas kesengsaraan dialami isterinya.

"Saya kecewa. Saya tak sangka ada pihak sanggup menuduh saya sedemikian rupa," katanya yang tidak pernah terfikir untuk mengambil kesempatan atas keadaan isterinya.

Dia berkata, SMS yang diterima lebih kurang berbunyi, "Encik Abil saja reka cerita nak cari publisiti ke? Buat blog untuk 'promote' diri? Nak tunggu dapat anugerah suami mithali? Supaya dapat gelaran Datuk?"

"Saya terkilan apabila ada pihak yang menuduh saya sebegitu," katanya dengan nada penuh kesal sambil beristighfar panjang.

Ceritanya, SMS itu diterima Jun lalu daripada insan yang tidak dikenali dan dia cuba menerangkan dengan cara baik, namun gagal.

"Saya buat blog ini atas nasihat kawan, selain saya mahu apabila dia sihat nanti, blog ini dapat menjadi tukang cerita kerana memorinya hilang sepanjang dia sakit," katanya.

"Melalui blog yang saya kemas kini tiga hari seminggu ini juga saya dapat mengumpulkan dana untuk isteri saya. Apabila mereka membaca, sebahagian besar mereka menyumbang.

"Saya sangat bersyukur dan berterima kasih dengan kemurahan hati mereka. Dana yang saya kumpulkan untuk isteri saya tidak pernah saya salah gunakan. Semua untuk dia," jelasnya.

Abil menambah, baju raya mahu pun kasut raya tidak dibeli sejak tahun lalu.

Katanya, Baju Melayu yang digunakan pada hari pernikahan mereka sekitar tiga tahun lalu menjadi baju Aidilfitri tahun ini.

"Saya langsung tidak membeli apa-apa keperluan untuk diri saya kecuali makan dan minum," ujarnya.

Menurutnya, hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas semua bantuan dan pertolongan yang diberikan bagi meringankan bebannya menjaga isteri tercinta

"Alhamdulillah, Tuhan bukakan pintu hati orang ramai kerana sudi membantu saya sehingga ke hari ini.

"Saya yakin, setiap kesusahan ada jalan keluar. Jika Tuhan memberi saya dugaan sebesar ini, Dia pasti akan membantu saya juga," katanya.

Kata Abil, dia tidak pernah berhenti berdoa agar Tuhan sentiasa memberi kekuatan kepadanya agar dapat terus menjaga isteri dengan mudah tanpa sebarang kesulitan.

Bercakap soal raya, Abil begitu teruja menceritakan kemeriahan Aidilfitri tahun ini.

"Meskipun keadaan isteri saya begini, namun saya sangat gembira.

"Ahli keluarga semuanya pulang ke Seremban dan memasak makanan hari raya bersama-sama. Sangat berbeza dengan tahun lalu," katanya.

Menurut Abil, tahun lalu merupakan sejarah di mana bulan Syawal 'diiringi' kemurungan dan kesedihan. Namun dia percaya ALLAH akan menggantikan kesedihan dengan kebahagiaan tahun ini.

Beralih kepada topik kahwin, Abil ketawa kecil apabila soalan berkaitan diajukan.

"Kahwin lain? Kalau saya suka kahwin-kahwin, dah lama saya kahwin. Tidak perlu tunggu berumur 40 tahun baru nak kahwin," katanya.

Cinta pandang pertama

Menurut Abil, ramai rakan-rakan terdekat yang mencadangkan agar dia berkahwin lain, namun dia menolak.

"Perempuan berkahwin supaya ada seseorang menjaga dia, jadi saya menjalankan apa yang diamanahkan.

"Saya tak rasa saya mampu memberi fokus kepada dia sepenuh masa jika saya berkahwin lain," katanya.

Tambah Abil, sebelum ini Fauziah pernah bertanya, "kalau saya sakit tak boleh bangun, awak kahwin lain tak?"

Ketika itu Abil tidak mampu menjawab kerana dia tidak boleh memberi jawapan.

"Kini, saya boleh jawab. Selagi dia isteri saya, walaupun rupa dia berubah, saya tetap sayangkan dia. Kalau saya tak sayang dia, boleh saja saya hantar dia ke kampung dan setiap bulan saya kirim duit.

"Apapun, susah senang biarlah bersama. Jika ini bahagian yang perlu saya tempuh bersama isteri, saya redha. Semuanya sudah tertulis, segala perjalanan hidup saya telah pun disusun oleh ALLAH SWT. Kini, saya hanya
mengikut rentak yang telah ditentukan coraknya oleh Tuhan untuk saya dan isteri," katanya.

Penat itu normal

Sementara itu, Abil menolak apabila rutin hariannya itu dikaitkan dengan rasa bosan, penat dan tertekan.

"Tak ada kerja di dunia ini yang tak penat. Tak kerja pun penat. Penat itu normal.

"Saya dah tahu saya akan rasa penat, muak, bosan dan tertekan, jadi saya sudah ubah perasaan itu jadi penghibur hati sejak awal. Saya kawal hati saya," jelasnya.

Menerima pelbagai bentuk sokongan daripada orang ramai membuatkan dirinya lebih bersemangat menjalankan rutin hariannya.

"Saya semakin bersemangat setiap hari. Ada yang SMS ada yang telefon ada yang tinggal pesanan di laman sosial. Terima kasih untuk keprihatinan anda semua," katanya.

Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menyalurkan bantuan kepada Fauziah melalui akaun Maybank 1551-7109-4087 atas nama Abil, atau menghubungi Abil ditalian 016–2634258. -SH



comments:

 

pendiam said...

Jangan dipeduli apa yang orang komen macam dalam SMS tu...Memang kat dunia ni ramai orang yang hati dia sakit...semua nak dikomen negative, sakitkan hati orang dengan guna kemudahan maya,tanpa sebab, saja suka cari dosa kering.

Anonymous said...

semoga saudara diberi ketabahan hati dan kesabaran. Saya doakan allah berikan yang terbaik untuk saudara.

Anonymous said...

Assalamualaikum, Benar En Abil, Jika Allah yang berkuasa munguji saudara sedemikian rupa, sudah tentu Allah Yang Maha Pengasih itu tidak akan membiarkan saudara bersendirian. Pasti Dia akan sentiasa melihat saudara dan Dia jugalah yang akan menolong saudara, Insya Allahu Ta'ala.

Ahmad said...

Allah itu Maha adil.....
bukan nak memburukkan sesiapa....
tp indon2, nepal2, bangla2 pasti kenal en.Abil. berkata benarlah walaupun pahit......dr apa yg En. Abil lalui ni telah membuktikan betapa Besar dan Adilnya Allah yang satu.....
semoga kita akan mendapat rahmatNya.

Wanita Bertudung Hitam said...

bergenang air mataku baca..bertuah juga fauziah ada suami macam ni..

Pengobatan Alami Kanker payudara said...

lanjutkan lagi artikelnya........

Kakzakie said...

Kalau tidak mampu membantu janganlah membuat hati org terluka. Sebak kakak membaca N3 ini. Tergamak pulak buat sms begitu sekali.

Allah maha mengetahui. Sabarlah...

Anonymous said...

saya terbaca kisah ini...tp tk masuk akhbar..sedih..>>http://pakngahmyblog.blogspot.com/2011/01/makngah-sedang-nazak.html

 

Kisah "Abil & Isteri" Sentuh Perasaan, Dapat Perhatian Ramai

 
Abil sentiasa menemani isterinya Fauziah.

Pengorbanan Abil Fikri Ahmad, yang berhenti kerja untuk menjaga isterinya sejak lebih setahun lalu, mendapat perhatian orang ramai dan turut menerima sokongan moral, dengan ada yang menyifatkan sebagai "cinta murni sebenar."

Ada pembaca yang menyifatkan sukar untuk mencari suami sedemikian buat masa sekarang.

Isteri Abil Fikri, Fauziah Muhamad, 38, diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.

Abil Fikri, bekas perunding kewangan dan speaker motivasi, membuat
keputusan berhenti kerja selepas berkhidmat selama 11 tahun sebaik mengetahui tentang keadaan isterinya itu.

Noraini Amran, dari Universiti Malaya, pembaca terawal menurunkan komen menerusi portal Sinar Harian Online berkata: "Suami yang hampir mustahil untuk ditemui lagi di bumi ini."

"Semoga ALLAH permudahkan urusan saudara sekeluarga, semoga ALLAH berkati dan rahmati saudara....."

Dia juga menulis, terdapat kes-kes seumpama tetapi tidak mendapat perhatian.

"Maaflah dulu... ada juga saya pernah jumpa..tapi tak masuk surat khabar," katanya lagi.

Razman Rashid pula menulis, "sayu rasanya dengar kisah ini... semoga tabah hadapi ujian ALLAH."

DzulsharifDzul Sharif dari Bangi juga rasa sayu hati mendengar cerita Abil Fikri.

"Syabas Abil Fikri, semoga ALLAH merahmati anda dan menyembuhkan penyakit isteri anda... moga tabah... bersabarlah," katanya.

Kisah Abil juga menerima perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan, Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat .

Katanya, "semoga Mahkota ALLAH yang dipakai oleh isteri Abil menjadi rahmat kepada suami yang soleh."

"Saya ikut terharu dan berdoa semoga ALLAH swt memberkati usaha yang murni ini," kata beliau.

Siti Halimatussadiyah yang berada di Jakarta menulis, "semoga diterima amal ibadahnya."

"Dan mendapat tempat yang layak di sisi ALLAH swt... serta keluarga diberi kesabaran dan keiklasan menerima ujian ini," kata beliau.

Abdul Hakim dari Universiti Teknologi Malaysia memberi sokongan dengan menulis "semoga ALLAH memberi rahmat pada kamu saudara Abil... dan semoga isteri kamu berada di dalam rahmat ALLAH juga... mungkin saudara Abil boleh menyatakan no akaun bank.. untuk sesaiapa yang ingin membantunya."

Roslan Mamat dari Kuala Terengganu dengan berkata, "syabas! dari sudut kecil hati saya pada Encik Abil."

"Saya sendiri pun sudah lupa akan masa ijab kabul sebelum bergelar suami-isteri, bukan saja anak-anak...terpi isteri juga adalah amanah ALLAH... bertawakallah kepada-Nya... insya-Allah... inilah ujian akan adalah hikmat pada hambanya ke atas semua dugaan ini.... saya akan mendoakan dari jauh... berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.... sekali lagi Syabas saya ucapkan... kerana ini menyedarkan pada diri saya apa erti amanah... pada anak-isteri," katanya.

Faizal Ismail, yang memperkenalkan dirinya seorang guru berkata, "ini baru betul cinta..."

Sokongan moral turut diberikan oleh pembaca bernama Zol Kharnai.

Katanya, "semoga Tuhan memberikan kekuatan dan kesabaran terhadap kamu."

"Sesiapa sahaja akan terhenti mindanya seketika bila membaca kisah kamu yang terpaksa berhenti kerja kerana mengurus dan menjaga isteri yang koma.

"Itu bukan perkara yang mudah dan tidak semua orang dapat menghadapinya. Dengan penuh insaf, saya berdoa semoga ALLAH memberikan kamu kesudahan yang baik," kata beliau lagi.

Pembaca bernama Noripz Aries Mazwan dari San Francisco pula menulis, "semua orang mahukan suami sebegini..."

Di sebalik sokongan moral, seorang pembaca, yang menggunakan nama Mat Top berkata, "Mat Top amat bersimpati dengan pasangan ini yang menerima dugaan dengan tabah."

"Cuma yang Mat Top muskilkan, adakah berhenti kerja untuk menjaga isteri dan berharapkan kepada bantuan Kebajikan Masyarakat, pencen isteri, simpanan dan simpati orang ramai lebih baik dari terus bekerja dan menjaga isteri di samping mengupah jurarawat terlatih menjaga isteri semasa keluar bekerja," katanya.

Shaikh Mohamed Noordin menulis, "inilah yang dikatakan 'suami masali''."

"Menjaga isteri juga merupakan tanggungjawab suami, dan syurgalah tempatnya bagi suami-suami yang memegang amanah dan tanggungjawab ini," kata beliau.

Beberapa pembaca mendoakan agar isteri Abil Fikri cepat sembuh.

John Labu berkata, "suami mithali, ALLAH akan bersama dengan tuan, semoga isteri cepat sembuh."

"Semoga ALLAH merahmati pengorbanan si suami dan memberi kesihatan pada isterinya," katanya lagi.

Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menghubungi Abil menerusi talian 016-2634258.






Ulasan GB

Bercucuran air mataku melihat gambar yang pertama itu.....
 
 
comments:

 

Anonymous said...

Salam,

Moga Allah S.W.T memberikan rezeki dan rahmah kepada Abil dan isteri. Saya kagum dan rasa rendah diri bila membaca kisah ini.

azym said...

Tiba2, hati keras ini tersentuh ..sayu sungguh gambar pertama tu..

rosdi said...

Tahniah buat suami mithali....aku pun alami masalah yg dengan beliau tapi tak dapat perhatian sapa2 pun..aku tak kisah... tapi aku tak mampu sampai berhenti kerja kerana aku hutang dan pinjaman aku langsai dulu.... aku dah ambik cuti separuh gaji... tapi terus gaji kena tahan.... sampai bank cari aku... jadi aku mohon pada isteri aku sebab aku tak mampu jaga dia 24 jam dengan berhenti kerja...

Anonymous said...

Erm.....semoga tabah...
perunding kewangan mdeco?
s_ _ _n_ _ _m _d?
hidup mcm roda bro....
again semoga tabah....

 

Suami Mithali, Dia Berhenti Kerja Untuk Jaga Isteri Yang Koma

Abil bersama isterinya Fauziah yang koma.- Foto ihsan blog Abil
 
Dia amanah saya. Saya dahan dia, tempat dia bergantung," kata Abil Fikri Ahmad, 43 yang sanggup berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar sejak tahun lalu.

Fauziah Muhamad, 38, diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.

Mungkin tidak semua lelaki yang bergelar suami di dunia ini sanggup melakukan pengorbanan yang dibuat oleh Abil.

Katanya, "saya pegang amanah."

"Apa yang saya lafaz sewaktu ijab kabul dulu, saya cuba tunaikan sebaik mungkin," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Dia juga menolak untuk menerima pujian yang diberi kepadanya atas alasan apa yang dilakukannya kerana berpegang kepada undang-undang perkahwinan.

Pasangan itu bernikah pada 13 Mac 2009 dan menerima ujian yang mengubah kehidupan mereka kira-kira dua tahun selepas bergelar suami isteri.

Cerita Abil, pada 22 Jun tahun lalu, kira-kira jam 4.30 pagi, Fauziah mengalami asma sehingga mengalami kesukaran bernafas dan dalam perjalanan ke hospital, isterinya itu berhenti bernafas.

"Apabila jantung berhenti mengepam oksigen ke otak lebih 30 minit, 93 peratus otak tidak berfungsi.

"Setelah dirawat, doktor memberitahu bahawa selepas tiga hari isteri saya akan sedar, namun sehingga hari kelima, dia masih belum sedar," katanya.

Bekas perunding kewangan dan speaker motivasi itu membuat keputusan berhenti kerja selepas berkhidmat 11 tahun itu sebaik dimaklumkan tentang keadaan isterinya itu.

"Selepas masuk hari kelima, dia (Fauziah) tidak sedarkan diri, doktor yang merawat menjalankan CT Scan dan diberitahu bahawa saraf otaknya mengalami kerosakan.

"Pada detik itu juga, saya terus mengambil keputusan untuk berhenti kerja tanpa teragak-agak," katanya lagi.

Tambahnya, setelah dua bulan terlantar di hospital, Fauziah dibawa pulang ke Seremban sementara keluarga Abil menetap di Kuala Lumpur.

Ketika ditanya mengapa tidak memilih tempat yang lebih dekat dengan keluarganya, Abil menjawab, "saya tidak mahu melibatkan ramai orang dalam menjaga dia."

"Biarlah mereka buat kerja mereka. Saya sudah selesa menjaga dia," katanya lagi.
Tiga bulan pertama menguruskan kehidupan baru cukup memberi tekanan terhadap emosi lelaki ini, namun setelah bergantung kepada al-Quran, Abil akui mampu menanganinya dengan lebih tenang.

Bertahan hanya dengan wang simpanan, sumbangan orang ramai, wang pencen isterinya dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuatkan dia berhati-hati dalam pengeluaran.

"Setiap bulan keperluan asas dia mencecah RM2,500 dan jika dia kurang sihat sama ada demam dan sebagainya, belanja bulanan mencecah RM3,500 hingga RM4,000.

"Dia tidak boleh menelan atau mengunyah, jadi saya perlu memberi makanan dalam bentuk cecair seperti bubur, bijirin dan susu melalui tiub saluran padanya," kata Abil.

Berat badan Fauziah menyusut sejak terlantar daripada 70 kilogram (kg) kini hanya tinggal 30kg.

Menurut Abil, dia menerima 'hadiah' daripada ALLAH ini kerana tidak semua orang mendapat apa yang diterimanya.

Bercerita tentang kaedah rawatan yang dicadangkan oleh pihak pakar perubatan, Abil menjelaskan bahawa memang ada cadangan supaya Fauziah menjalani pembedahan, namun setakat ini tiada sebarang jaminan.

"Nak buat boleh, tetapi tiada sebarang jaminan. Saya boleh terima kaedah itu jika ada jaminan," ujarnya.

Mengakui jauh di sudut hatinya berharap agar Fauziah kembali sihat seperti sebelumnya namun redha jika ALLAH mengambilnya.

"Saya memang berharap dia akan sembuh tetapi jika Tuhan mengambil dia, saya redha," katanya.

Menurut Abil, jika berpeluang untuk bekerja semula, dia memilih kerjaya sebagai penceramah motivasi berbanding kerjaya lamanya.

Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menghubungi Abil di talian 016-2634258.

Abil juga mengabadikan pengalamannya dalam bentul tulisan di blog peribadinya

-abil4fauziah/SH/HMO

Ulasan GB

Layak bergelar "Suami Mithali".

Ada juga suami yang kadang kala tidak menghiraukan penderitaan isteri yang terlantar sakit, malah ada yang sudah memasang cita-cita untuk berkahwin lain semasa isterinya di dalam keadaan demikian.

Berbeza dengan Abil, dia berkorban untuk menjaga isterinya, kerana dia mengikuti sabda Rasulullah saw :

"Takutlah kepada Allah tentang wanita (isterimu). Sebab dia engkau ambil (kahwin) dengan amanah daripada Allah."

"Dan bagi mereka (isteri) mempunyai hak atas kamu (suami) menduduki satu darjat di atas mereka, dan Allah adalah Maha bijiksana. Yakni suami menduduki tempat sebagai pemimpin kehidupan berumahtangga yang bertanggungjawab."

"Lelaki (Para suami) adalah pelindung dan pembela atas perempuan (isteri) berdasarkan apa-apa yang telah dilebihkan Allah bagi yang satu daripada yang lain. Dan berdasarkan apa-apa yang mereka nafkahkan dengan harta mereka."



comments:

 

Anonymous said...

Syabas saudara Abil...rasa kagum terbit dihati saya membaca kisah anda....semoga Allah memberkati dan mempermudahkan segala urusanmu dihari hari mendatang..

Anonymous said...

tahniah saudara, semoga Allah mempermudahkan kehidupan seharian saudara bersama isteri, dan semoga Allah membalas pengorbanan saudara dengan sebaik-baik nya, Aaaminnn..

Abah said...

Sebak dan sebu ketika saya membaca berita ini.Tidak sedar air mata saya bergelinangan. Namun demikian "berat mata memandang, lebih berat lagi bahu memikul".

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sdra kerana memberi tanggungjawab dan amanah ALLAH dengan sebaiknya.Semoga sdra dapat menerima dugaan ALLAH S.W.T dengan hati yang terbuka. Insyaalah Semoga Allah akan memberi keberkatan kepada Sdra. Amiin.....

afz said...

tahniah saudara abil di atas pengorbanan saudara..sama2 kita berpesan: memohon sedikit lagi keprihatinan saudara abil untuk menjaga aurat isteri yang tidak berdaya menjaganya sendiri.

Anonymous said...

alhamdulillahh...tak ramai suami macam nie di akhir zaman ini...semoga allah memberi ketabahan kepada kedua dua suami isteri ini...dan di murahkan rezeki..amin

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment