Wednesday, September 5, 2012

RG2011... Fw: Apple Sekali Lagi Saman Samsung

 



 
 
kafesantai.blogspot

Baru sahaja kes mahkamah memutuskan bahawa Samsung perlu membayar sejumlah wang kepada Apple kerana didapati bersalah meniru paten, Apple bertindak memfailkan sekali lagi saman terhadap pihak Samsung.

Adakah anda fikir Apple akan berpuas hati selepas kemenangan terhadap Samsung di mahkamah pada minggu lepas? Jawapannya tidak! Syarikat berpangkalan di Cupertino itu telah memfailkan satu lagi tuntutan mahkamah pelanggaran paten terhadap Samsung, menambah tambahan 22 peranti lagi yang didakwa melanggar paten Apple.  Senarai baru telefon pintar itu termasuk model popular yang baru diperkenalkan seperti Galaxy S III  dan Galaxy Note 10.1. Kedua-dua peranti ini tidak termasuk dalam tuntutan Apple yang dimenangi pada minggu lepas. Terdapat beberapa peranti, yang merupakan sebahagian daripada saman asal. Kali ini bagaimanapun, mereka disenaraikan melanggar paten dalam kategori berbeza.

Berikut senarai penuh 22 peranti terbaru yang bakal disaman oleh Apple:
  • Samsung Galaxy S III
  • Samsung Galaxy S III (Verizon)
  • Samsung Galaxy Note
  • Samsung Galaxy S II Skyrocket
  • Samsung Galaxy S II Epic 4G Touch
  • Samsung Galaxy S II
  • Samsung Galaxy S II (T-Mobile)
  • Samsung Galaxy S II (AT&T)
  • Samsung Galaxy Nexus
  • Samsung Illusion
  • Samsung Captivate Glide
  • Samsung Exhibit II 4G
  • Samsung Stratosphere
  • Samsung Transform Ultra
  • Samsung Admire
  • Samsung Conquer 4G
  • Samsung Dart
  • Samsung Galaxy Player 4.0
  • Samsung Galaxy Player 5.0
  • Samsung Galaxy Note 10.1
  • Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus
  • Samsung Galaxy Tab 8.9
Wah!! syarikat Apple semakin mengganas dan mula menyerang secara bertubi-tubi kepada Samsung. Seperti yang kita tahu, Samsung baru disaman oleh pihak Apple dan tindakan saman sekali lagi memberikan satu tekanan buat mereka. Nilai saman bukan sedikit, tetapi mencecah bilion dollar. Namun keputusan saman bagi kali kedua ini sudah tentu memakan masa bertahun seperti kes sebelum ini. Kita nantikan perkembangan nyer nanti!

Melayukini.net

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment