Thursday, September 13, 2012

RG2011... Fw: Lain yang diharap, lain yang dapat - iPhone 5

 



 

Lain yang diharap, lain yang dapat - iPhone 5


Majlis pelancaran produk-produk baru Apple awal pagi ini sepatutnya diwarnai dengan iPhone 5 yang ditunggu-tunggu serta dibualkan ramai orang sejak sekian lama.

Tetapi lain pula jadinya apabila pemain muzik Apple, iPod Touch generasi baru pula yang lebih menyerlah dengan ciri-ciri menarik menutup spesifikasi biasa pada iPhone 5.

IPod Touch baru iaitu generasi kelima itu mempunyai paparan 4 inci dengan panel 326ppi yang digunakan juga iPhone 5. Ia juga menjadi iPod paling nipis dengan saiz 6.1mm saja bersama berat sekitar 88gram.

Bahagian dalamannya pula ditambah kepada cip A5 yang bermakna ia 7x lebih pantas berbanding model terdahulu. Ketahanan baterinya pula melangkau 40 jam untuk muzik atau 8 jam untuk main video

 Kamera belakangnya juga dikemaskini dengan kamera 5MP ditambah lensa f2.4 serta merakam pada kelajuan 1080p dan tambahan penstabil imej dan menyokong fungsi panorama yang akan diterangkan dalam spesifikasi iPhone 5 nanti.

Ia akan mula dijual dengan dua memori iaitu 32GB serta 64GB pada harga $299 (RM919) dan $399 (RM1,226) . Lima warna ditawarkan Apple iaitu hitam, biru, kuning, merah dan warna perak.

Sementara iPhone 5 mempunyai berat sebanyak 112 grams – 20% lebih ringan dari 4S. Cir saturasi warna pula 44% lebih baik dari 4s dan boleh didapati pada rangkaian  HDPA+, DC-HSPDA, and LTE yang sebelum ini hanyalah GPRS, EDGE, EV-DO, HSPA.

Syarikat telko Asia yang mempunyai LTE  sekarang ialah Softbank, Smartone, Singtel, SK Telecom. Alamak! Tiada di Malaysia. Mohon Dato Seri Utama Rais Yatim pandang serius masalah ini!

Secara rasmi telko yang terlibat adalah di Eropah: Deutsche Telekom, EE, Australia: Telstra, Optus, Virgin Mobile

Cip baru diperkenalkan pula iaitu A6 dikatakan 2x lebih baik dari A5, selain 2x lebih pantas untuk fungsi  grafik.

Apple berkata, jangka hayat bateri menjangkau 8 jam untuk masa berbual menggunakan 3G, 8 jam untuk pelayaran LTE, 10 jam untuk pelayaran wifi, 40 jam untuk muzik serta 225 masa sedia.

Kamera iPhone 5 pula adalah 8MP, dengan resolusi 3264 x 2448, mempunyai penapis IR hibrid dan lima elemen dalam lensa serta apertur f2.4 dan semuanya pada saiz 25 peratus lebih kecil untuk kamera.

Ciri baru pada kamera terletak pada fungsi foto panorama yang membolehkan rakaman sehingga pusingan 360 darjah  manakala imej dirakam 40% lebih pantas. Rakaman video 1080p dengan pengesan muka sebanyak 5 individu dan boleh pula merakam foto ketika rakaman video dijalankan adalah ciri yang menarik ditonjolkan.  Kamera depan menyokong 720p yang lebih baik dan berita paling seronok jika anda pengguna Facetime.

Fungsi audio untuk telefon pun direka lebih baik dengan lima magnet pada speaker berbanding dua magnet sebelum ini. Bermakna panggilan anda lebih jelas.

Sebelum ini, iPhone menggunakan sambungan 30 pin yang dipakai sejak 2003 dan kali ini ia ditukar kepada Thunderbolt seperti digunakan bagi Macbook iaitu 80% lebih kecil. Syarikat aksesori seperti Bose, JBL, Bowers dan Wilkins bakal menghasilkan akaesori berkaitan. Tapi jangan risau kerana adapter untuknya juga ditawarkan.

OS baru juga dilancarkan pada iOS6. iPhone baru masih dalam dua warna, hitam dan putih. Harga? $199 (RM612) untuk 16GB, $299 (RM919) untuk 32GB serta $399 (RM1,226) bagi 64GB dengan 21 negara bakal memperolehnya pada 21 September ini.

 

Apple Lancarkan iPhone 5 | Apple iPhone 5 specs

mohamadazhan.com
 
 

 
 Gambar Pelancaran iPhone 5

Salam untuk semua, moga dirahmati

Gergasi Teknologi, Apple telah memperkenalkan iPhone 5 dengan reka bentuk iPhone paling nipis tetapi menampilkan skrin lebih besar iaitu bersaiz empat inci di majlis pelancaran di San Francisco. Saiz yang lebih besar memudahkan pengguna menggunakan aplikasi internet dengan lebih mesra.

Kamera 8 megapiksel, resolusi 3,264 x 2,448 piksel dengan teknologi iluminasi di bahagian belakang, penapis IR hibris, lensa lima ciri, bukaan f2.4 selain boleh mengambil gambar panorama.. iPhone 5 pada mata kasar kelihatan sama seperti model sebelum ini, cuma lebih panjang dan nipis dan didatangkan dengan paparan 1,136 x 640 piksel, teknologi 4G LTE, chip A6 dan seberat 112 gram.

Kepada peminat Apple yang berhajat nak "rembat" sebijik model iPhone boleh tunggu dulu iPhone 5 masuk Malaysia, dijangka November-Disember tahun ni. Harga mungkin tak jauh beza dengan iPhone 4S. Aku tetap dengan model Samsung walau kalah saman...kih3. kasi duit syiling berlori-lori...khabarnya Samsung nak saman semula Apple...tunggu ja lah Apple hantar berapa lori pula lepas ni =)

Perbandingan iPhone 5 vs iPhone 4S 

 
 


 Spec iPhone 5

New size: At 7.6mm in depth and 112 grams, the new handset will be 18 percent thinner and 20 percent lighter than the predecessor.

Bigger screen: A taller (but not wider) 4-inch Retina Display at 1136 x 640-pixel resolution, which allows for additional row of app icons on the homescreen.

4G/LTE: Across all the carriers — Verizon, AT&T and Sprint. We don't yet know what kind of pricing or surcharges may be involved however. Also on board: Support for HSPA+ and DC-HSDPA networks, dual-channel WiFi, 802.11a/b/g/n and 2.4GHz and 5GHz frequency spectrums.

A6 processor: Apple reports it is twice as fast as the previous A5  (which incidentally is being put into the newest iPod touch).

Camera: On the rear camera, there's the same number of megapixels as the iPhone 4S — 8MP — but it now comes with panorama mode, faster photo capture, sapphire crystal lens, backside illumination, hybrid IR filter, a five-element lens, f/2.4 aperture, spatial noise reduction and a dynamic low-light mode. Notably, the new phone will allow for simultaneous image and video capture, just like many Android devices do.

iOS 6 (of course), plus Siri support for launching apps

FaceTime over cellular networks
New dock connector: Enter "Lightning," Apple's newest connection standard that's 80 percent smaller than the previous 30-pin version. (The company will also be offering adaptors so the new device will still work with old accessories.)

Colors: White & Silver (white front with an aluminum backing), and Black & Slate (black front with an anodized-looking rear panel).

Better battery life: 8 hours of talk time (3G), 8 hours of web browsing over 4G/LTE, 10 hours of video, 40 hours of music playback and 225 hours of playtime.

Dates: Pre-orders start this Friday, 9/14, and devices will ship on September 21 in the U.S., Canada, UK, France, Germany, Australia, Japan, Hong Kong and Singapore. More countries will join in the availability list on the 28th, with a total of 100 countries getting it by the end of the year.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment