Thursday, September 13, 2012

RG2011... Fw: Mangsa ISA Didera Mental & Seksual,

 



TAHNIAH! Satu Lagi 'Kejayaan' Polis Malaysia!

jalanpulang1978.blogspot.
 

Peguam Farhana Abdul Halim mendakwa seorang isteri kepada tahanan ISA diugut supaya tidak membuat membuat laporan polis yang mendakwa lelaki itu dipukul di dalam kem tahanan.

Beliau mendakwa isteri kepada tahanan tersebut, seorang warga Indonesia, didatangi beberapa orang polis dari Bukit Aman yang meminta supaya wanita berkenaan tidak membuat laporan.

Farhana mendakwa, wanita Nunurheni Onim (gambar atas), turut diugut akan ditamatkan visanya jika terus berkeras membuat laporan polis.

"Beliau didatangi beberapa pegawai polis Bukit Aman yang menyatakan nama suaminya sudah naik (disenarai untuk dibebaskan).

"(Mereka (polis) pesan) jika beliau teruskan laporan polis ini akan menyusahkan proses pembebasan suaminya," kata Farhana pada sidang media pagi tadi.

Suami wanita itu, Md Radzali Kassan, merupakan sebahagian daripada 30 orang lain yang masih berada dalam tahanan, kata Farhana.

Sakit batu karang kronik

Dakwanya, Md Radzali juga kini terpaksa membeli sendiri makanan dari kantin Kem Tahanan Kamunting kerana keadaan kesihatannya.

"Suami beliau terus ditahan dan sedang sakit batu karang kronik.

"Untuk jaga kesihatan beliau, beliau sendiri terpaksa keluar duit beli makanan di kem kerana diberi spesifikasi oleh doktor untuk tidak makan makanan berminyak.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, kesihatan tahanan adalah tanggungjawab kem," kata Farhana.

Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Farhana berkata Nunurheni pada 2 Julai lalu membuat laporan polis pertama berhubung dakwaan Razali dipukul.

Nunurheni kemudiannya didatangi tiga orang pegawai polis di kediamannya di Johor Bahru, tiga hari selepas wanita itu membuat laporan polis itu, kata Farhana.

Polis berkenaan memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Bukit Aman, tambahnya.

Wanita itu bagaimanapun membuat laporan kedua di ibu pejabat polis Dang Wangi pada 2 Julai lalu, berhubung dakwaan ugutan oleh tiga pegawai polis berkenaan, katanya lagi.

Laporan polis yang dibuat pada 7 Julai lalu menyebut, laporan awalnya pada 2 Julai adalah mengenai dakwaan bahawa Md Radzali dipukul semasa menyertai mogol lapar di kem berkenaan.

"Pada 4 Julai 2012, saya dilawati tiga pegawai yang mengaku pegawai polis dari Bukit Aman di rumah saya di Johor.

"Salah seorang dari mereka yang memperkenalkan diri sebagai Puan Fazlin menyuruh saya menarik balik laporan polis yang saya buat pada 2 Julai.

"Puan Fazlin juga secara tidak langsung mengugut saya dengan menyatakan bahawa saya perlu memberi kerjasama terutamanya kerana visa saya akan tamat pada 20 September 2012," kata Nunurheni dalam laporan tersebut.

Katanya, lagi, individu berkenaan juga mendakwa bahawa tindakan menarik balik laporan polis berkenaan boleh menjamin keselamatan beliau dan suaminya yang berada dalam tahanan.

Nunurheni juga mendakwa, beliau turut dihubungi oleh pegawai Kem Tahanan Kamunting berhubung laporan bertarikh 2 Julai itu.

"Saya diberitahu oleh beliau bahawa kononnya laporan saya itu adalah salah kerana tidak dibuat pada hari kejadian dan tidak dibuat di balai berdekatan tempat kejadian," katanya.
 
 

Mangsa ISA Didera Mental & Seksual, Sebiji Burger Diumpan Untuk Tutup Mulut

greenboc.blogspot.

Dipukul dan didera secara mental termasuk penderaan seksual setiap hari secara berterusan selama 60 hari antara kaedah yang menyebabkan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akhirnya terpaksa mengaku bersalah.

Antara tahanan yang menjadi mangsa seksaan dan ugutan pegawai kem tahanan di Kem Tahanan ISA di Kamunting, Perak itu termasuklah golongan ulama, hafiz dan guru-guru Al-Quran.

Tahanan juga diugut agar tidak mendedahkan situasi sebenar dalam tahanan kepada pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) apabila suruhanjaya itu mengadakan lawatan.

"Bila Suhakam nak datang mereka belikan burger McD untuk tahanan, selepas itu Suhakam duduk di depan tahanan, di belakang polis bersedia untuk tengok siapa yang berani nak jadi 'whistle blower'.

"Aku dah belikan kau burger ni.. Aku dah seksa kau, kemudian aku pujuk kau belikan burger jadi aku harap kau dapat cakap benda baik tentang kami.

"Apa, mereka ingat kami ni apa, boleh dibeli dengan sebiji burger?


Demikian beritahu bekas tahanan ISA, Mohamad Fadzullah Abd Razak (gambar) dalam satu sidang media yang diadakan oleh Gerakan Mansuh ISA yang diadakan di Kuala Lumpur-Selangor Chinese Assembly Hall, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Fadzullah, kejadian yang berlaku dalam kem tahanan menyebabkan beliau dan tahanan lain terkejut kerana tidak menyangka kejadian seksaan yang zalim seumpama ini wujud di Malaysia.

Fadzullah ditahan di bawah ISA apabila dikaitkan dengan aktiviti Jemaah Islamiah(JI) pada Jun 2010 dan dibebaskan kira-kira dua hari sebelum hari raya puasa baru-baru ini.

Fadzullah juga memberitahu seksaan yang dikenakan kepada tahanan sehingga menyebabkan ada tahanan cuba membunuh diri dengan mengikat leher dengan tuala akibat tidak dapat menanggung tekanan yang dihadapi.

Sementara itu, menurut peguam dari Lawyers for Liberty, Farida Mohammad, dalam lawatan ke Kem Tahanan Kamunting semalam, beliau dimaklumkan bahawa seorang tahanan ISA yang berusia dan mengidap penyakit batu karang, Razali Kassan mendakwa dipukul oleh seorang pegawai kem tahanan bernama Marzuki.

"Setelah beliau dimasukkan ke hospital, pegawai yang bernama Marzuki itu meminta maaf dan berjanji membantu beliau supaya dibebaskan lebih awal," kata Farida.

 

comments:

Anonymous said...

RAsanya staf2 dikem kemunting tu kalau muslim , tak rasa takut ke dan tak rasa berperikemanusiaan ke atas tindaktanduk dan kerja2 laknatullah tu. Apa mereka ingat , mereka tu tak akan mati ke , malaikat tak tulis ke, apa jua kerjabuat mereka itu kepada orang2 yang teranyiaya tu ke. Inilah akibatnya berketuakan syaitan2 yang dikenali dan memakan gaji hasil kerja2 menzalimi orang. Tunggulah , bila masa mati menjelang dan soal munkar nakir itu, teruskan kerja laknatullah tu, disana nanti , syaitan yang dikenali tu pun tak dapat nak membantu maka doa2 yang teranyiaya itu akan dimakbulkan ALLAH jua.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment