Thursday, September 20, 2012

RG2011... Fw: Papan tanda yang anda dan saya mesti hafal.

 



Papan tanda yang anda dan saya mesti hafal.

amenoworld.blogspot.
 

Aku mengalami kesukaran untuk memahami kenapa. Kenapa agaknya jabatan pengangkutan jalan buat perkara seperti itu. Sebenarnya, ikutkan pemikiran aku, aku setuju dengan idea A.E.S iaitu satu sistem = perangkap laju yang diaplikasikan untuk mengajar pesalah2 trafik. 

Aku setuju. Memang setuju. 

Cuma aku tak boleh terima cara ia dilaksanakan. Idea yang baik tetapi tidak disusuli dengan pelaksanaan yang betul, pun tak guna juga. Daripada harga alat dan sistem, daripada syarikat yang dibekalkan tender, daripada cara ia diproses dan diuruselia sehinggalah kepada pemasangan papan tanda, terus terang aku cakap bermasalah.

Projek ini, tender ini, idea ini, bermasalah sejak awal.

Kerana apa?

Tukang pelaksana idea = tukang perancang = ialah mereka2 yang bermasalah.

Terkini mereka melaksanakan satu langkah. Langkah itu ialah memasang papan tanda AES. Jika dinilai dari sudut undang2, ini idea bahlol. Tetapi jika dinilai dari sudut pemikiran mereka2 yang seringkali langgar peraturan jalanraya plus bn haters, idea neh idea yang bagus. 

Kerana apa?

1. Mereka akan alert di lokasi2 mana yang ada perangkap AES.

2. Mereka akan berhati2 di kawasan tersebut.

3. Mereka tidak akan membiarkan diri mereka di saman.

Jadi, adakah ini akan menyelesaikan masalah? Akan mengubah gaya pemanduan mereka? Mungkin ya jika 100%  jalanraya di malaysia dipasangkan dengan sistem tersebut. Tetapi itu tidak akan berlaku. Ini kerana sejak awal lagi PDRM bukan mahu mengubah dan menghukum mereka2 yang seringkali memandu melebihi had laju sebaliknya PDRM hanya mahu buat wang dan tolong rakyat buang wang. 

Bagaimana papan tanda ini mampu mengubah dan menghukum mereka2 yang benar2 suka memandu laju? Jika 1 atau 2 kilometer, ko dah ingatkan mereka ;

Heyy di depan tue ada perangkap laju, please slow down your vehicle dude, in order to prevent you from being summoned. 

Seriously? Ada perangkap di hadapan? Oke fine, i will slow down my car.

Then after 3km, ko fikir dorang akan apa? Akan terus memandu mengikut had laju yang ditetapkan? Adakah ko benar2 berfikir seperti itu? Seriously ??????


Kemon.

Ko tidak berfikir. Pesalah trafik berfikir. Selepas 3km mereka akan memandu seperti biasa. Sambil bersiul mungkin. Dan sesetengahnya sambil tersenyum. Mengutuk kebodohan dan kebangangan korang. Undang2 dibuat bukan untuk menjadi perhiasan.

Tetapi mungkin juga ia akan dijadikan modal politik oleh PDRM. 


Hai, malaysians. You all yang menentang AES [which is kita menentang cara ia dilaksanakan, not the idea itself] nampaknya boleh sorokkan muka dalam guni. Kerana setelah kita melaksanakan sistem neh, nampaknya di kawasan2 aka jalan2 tertentu, kadar kemalangan, langgar lampu isyarat dan langgar had laju telah berkurangan sebanyak 50%. Bravo PDRM kerana melaksanakan idea yang pr kutuk kaw2.

Helllooo..

Ada papan tanda di hadapan yang alert i pasal kamera blablablbala tue ???


Sistem A.E.S memerlukan banyak penambahbaikkan. Aku setuju jika PR kekalkan sistem neh setelah mengambilalih putrajaya. Namun harus lakukan beberapa pindaan sehingga mencapai matlamat yang disasarkan. Iaitu membentuk pemanduan berhemah. Bukan membentuk keuntungan. Pemandu malaysia perlu diajar. Mereka harus dibimbing untuk menjadi berhemah. Jalanraya bukan untuk kegunaan peribadi. Ia hak kita bersama.

Namun dalam masa yang sama aku memuji sedikit kebodohan PDRM. Oleh kerana sistem AES belum lagi mencapai tahap yang ia patut dilaksanakan, maka eloklah papan tanda peringatan ini digunakan. Walaupun idea ini kurang cerdik tetapi ada maafnya lagi. 

Sekurang2nya ia mengajar kami, rakyat malaysia untuk berhati2 di jalan2 tertentu. Walaupun kami tak mampu halang duit kami dari sampai ke tangan2 pemerintah yang zalim, tetapi yang neh insya-Allah, kami mampu halang. Bai.
 

Comments

  • Hetty Helfarizan · Top Commenter · Pengurus Rumah Tangga at Razak Mustafa
    kalau aku pun... nmpk sign ni otometik slow...pastu dlm 5km rase selamat jarak utk dicapturekan aku pecut la....hahahaha!!! adekah aku sorg je berfikiran sebegitu???
  • Tapi kan... cam pelik je... Nama dia perangkap kan... lepas tu tulis besar2 ini Zon Perangkap. Baik takyah buat perangkap...·
  •  
    Amar Iqbar · Top Commenter
    signboard tu wayang je x smua area die letak kamera setengah tmpat je yg letak hahahahahahah...kalo letak signboard tu byk2 org akan sentiasa alert so tmpat yg x der signboard tu kite letak speedtrap kamera br best pakat2 kena saman hahahahah
  •  
  • maaf cakap 
    DeeDee AmenoWorld...

    Hahaha... gua belum lagi kena itu kamera... sebab gua bawak kapchai... jadi selamat lar... hahaha 

    kamal

    bagi aku yang pernah memandu di uk, memang tanda amaran akan dipasang dalam beberapa meter sebelum kamera perangkap kelajuan dan siap ada garisan yang menunjukkan jarak yang akan dirakam sekiranya kita memandu melebihi had laju. Sistem AES bagus untuk mendidik pemandu di Malaysia untuk memandu dengan mengikut peraturan dan yang penting sekali kamera akan dipasang ditempat yang merbahaya dan yang menpunyai kadar kemalangan yang tinggi. AES lagi bagus daripada sistem sebelumnya dimana polis menyorokkan kamera untuk merakamkan kesalahan. Tau-tau je dapat saman. Mendidik lebih baik daripada terus menghukum. pendapat 2 sen akulah.
     

    allam

    betul bro...kat Singapore pun ada papan tanda... kamera biasa nya di pasang di kawasan yg biasa berlaku accident... pengajaran yg harus di fahami ialah... "aku dah bagi tau kat sini ada kamera... tapi kalau kau langgar jugak.. kau mmg pemandu yg degil.. mmg patut di saman.."

    apa masaalahnya bawak laju kalau keadaan jalan, keadaan traffic, keadaan kenderaan dan keadaan pemandu mengizinkan?.. aku sebenar nya merasakan, lebih bermasaalah pemandu yg bawak slow makan angin walaupun di depan nya tiada apa2 halangan.. selalu naik hangin ngan pemandu mcm neh..lebih mengganggu aliran traffic... berapa ramai antara kita punya kaki yg hebat yg boleh control tekanan di pedal minyak sentiasa consistent pada halaju di tetapkan... masa nak memotong tak leh lebih halaju...maka terhegeh2 lah kita memotong mengundang peluang bertembung dgn kereta dari hadapan... siapa yg pernah masuk advance driving class... pasti di ajarkan, tindakan memotong mesti di laku kan dgn seberapa cepat dan pantas supaya kita cepat masuk balik ke dalam lane kita yg betul...

    kelajuan yg betul dan bersesuaian dgn semua keadaan yg aku cakap kat atas tu tidak lah memudaratkan... kalau laju itu memudaratkan...jgn benarkan kenderaan yg boleh memecut melebihi 110 km dari di jual di Malaysia neh... banyak yg kita boleh jimat kan... tak payah beli kamera, tak payah buat papan tanda, polis traffic pun boleh di salurkan ke jabatan2 lain yg kurang kakitangan... .. siapa boleh jamin lepas kuat kuasakan polisi ini tidak akan ada kemalangan lagi? ada?

    memandu perlu ketenangan dan keseronokan... kalau tak seronok kita stress.. dan jadi hilang kewarasan... undang2 mmg perlu sebagai panduan , bukan sebagai alat untuk menghukum... undang2 seharus nya memudahkan, bukan menyusahkan.......membuat kita menunggu macam org bodoh di persimpangan kosong jam 2-3 pagi hanya kerana lampu merah di laluan kita sedang menyala.... berseorangan begitu pasti memberikan idea untuk penyamun2 mencari mangsa.... di Thailand, selepas jam 10 malam, akan ada polis2 yg setting balik traffic light di persimpangan2 yg tidak sibuk..menyalakan lampu luning yg berkerlip2 sahaja sebagai peringatan... di Jepun, pesalah traffic mmg di saman..tetapi jika kamu tidak ada reocord kesalahan, pemandu akan di beri ganjaran dalam bentuk rebate cukai dan sebagai nya... di German ada jalan yg di panggil autobahn...tidak ada speed limit...tetapi siapa yg memandu di bawah kelajuan 80kmh..akan di saman...

    aku rasa yg kita lebih perlu ialah advance driving course... selepas lulus ujian memandu, untuk sesuatu tempoh, pemandu mesti menghadiri class2 ini... aku selalu bagi tau keluarga dan teman2 bikers aku prinsip2 hidup yg mudah ini.... sesuatu perkara akan jadi mudah bila kita ada keyakinan... kita akan jadi yakin bila kita tau nak buat perkara itu... untuk tahu, kita perlu dapatkan ilmu nya ... ilmu kekal numero uno..

    akhirkata... aku lebih suka mengucapkan..."memandu lah dengan cekap"...bukan "memandulah dgn hati2"... dalam banyak perkara...terlalu berhati2 menyebabkan kita lambat bertindak...dan mengizinkan malapetaka menjenguk... allahua'lam
     

    sjn misai

    automated enforcemnt system (aes) pasal apa tak guna bahse 1malaysia? sistem otomatik saman trafik 1malaysia (sostram)
     

    Aruk

    Sistem saman janji ditepati lagi ok kot :)
     
    Hahaha... memang janji dicapati betul lar... hahaha 

    Aruk

    Adoyai ameno, undang2 dibuat untuk mengajar manusia bukan menghukum, negara maju semua ada peringatan sebelum perangkap laju....lojik hang tak boleh blah lah kali ni

    __._,_.___
    Recent Activity:
    " Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

    " Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

    " Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

    " Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

    " Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

    Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
    Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

    .

    __,_._,___

    No comments:

    Post a Comment