Thursday, September 13, 2012

RG2011... Fw: Remaja Lakukan Sumbang Mahram Dengan Kakak

 



 

Remaja Lakukan Sumbang Mahram Dengan Kakak Sendiri Sehingga Lahirkan Bayi

idahsalam.blogspot.

Jerantut - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap kakak kandungnya pada November tahun lepas.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di dalam kamarnya, namun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan itu terhadap kakaknya yang berusia 15 tahun di Lot 2324 Kampung Bukit Kor, Batu Balai di sini pada 12 tengah malam, pada November 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Remaja itu dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula 18 Oktober depan.

Bapa tertuduh membayar wang jaminan itu. Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Insp Arifin Saidun manakala tertuduh diwakili peguam Ibrahim Kamaruddin.

Kes sumbang mahram itu terbongkar apabila mangsa melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Kajang, Selangor pada 12 Ogos lepas dan laporan kes itu dibuat seorang jururawat hospital itu pada 22 Ogos lalu. - Bernama 

 greenboc
 
 
Isteri Di Perkosa Suami Ambil Gambar
 
btmmari.blogspot

Written By canang


Apa Cerita?. China - Seorang pengantin perempuan telah diperkosa oleh seorang lelaki selepas majlis makan malam perkahwinannya. Lebih malang lagi, suaminya sendiri telah mengambil gambar aksi rogol tersebut. Menurut laporan dari akhbar Nyang Nyang Siang Pau.
Foto-foto pengantin perempuan itu dirogol kemudiannya dimuat naik ke internet dan tersebar. Pelbagai cercaan dilemparkan terhadap suaminya oleh pengguna internet, ada yang menggelarnya sebagai 'binatang' malah ada yang mahu memburu dan membunuhnya.

Menurut laporan yang diterima, pengantin perempuan tersebut mabuk setelah selesai majlis makan malam perkahwinan mereka. Beliau kemudiannya berjalan menuju ke bilik tidur dan kemudian bertemu dengan seorang lelaki serta suaminya di situ. Lelaki itu kemudian bertindak memperkosa penganti perempuan berkenaan, dan suami pengantin perempuan itu pula yang dikatakan sepatutnya menghalang kejadian tersebut dari berlaku telah mengambil gambar adegan isteri barunya itu sedang diperkosa. -Sumber

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment