Friday, September 21, 2012

RG2011... Fw: SURAT DARI SANG LELAKI UNTUK FUTURE WIFE (S) DIA

 



Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)
 
Facebooking             : e_belang@yahoo.com
Blogging                    : http://pakmod.com
Taman perumahan     : http://groups.yahoo.com/group/pakbelang.


---


SURAT DARI SANG LELAKI UNTUK FUTURE WIFE(S) DIA - isi boleh tahan, ada
pengajaran, mcm bongok pun ada jugak (copy paste) - here it is:

Kehadapan my future wife(s)

I menulis surat ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang
ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana
kehendak I. So, sila baca surat ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right
now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I
seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun,
I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar
you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu
comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang
comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh
dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I.
You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut
dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi
kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu,
kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan
perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan
ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat
kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you
tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20
hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2
anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi
bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja.
Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut
bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I
boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la
sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan
ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu
menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala
you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau
di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah
rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita
gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik
lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau
perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi
jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu
dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak
bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti
masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah
yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat
restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan
mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu
(cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple
banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu,
jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan
nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya
sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut
manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you
makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So
cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih
perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.

p/s untuk future wife sila tinggal kan pesan selepas baca surat ni ya




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment