Monday, September 10, 2012

RG2011... Iklan Radio – Ogos 1957

 

Utuh Paloi Banjar Blog
Mangilir Lading Batagar

Setiap kali menjelang Hari Raya, kalau boleh semua nak baru (kecuali pasangan hidup). Hari ini, bila menjelang raya salesman kereta sibuk kerana ramai yang nak tukar kereta. Selang beberapa bulan, syarikat finance pula yang sibuk mengejar pemiutang.

Dulu lain pula ceritanya. Menjelang raya, orang kampung sibuk ke kedai radio nak beli atau tukar radio baru. Tak lama selepas itu, hendaknya pula kalau musim hujan, orang kampung tak dapat menoreh, maka berlambaklah radio terpakai di kedai kerana pemiutang tak mampu menjelaskan hutang.

55 tahun yang lalu, radio jenama National (Panasonic), Sharp, Sony, Nivico (JVC) dan jenama Jepun lainnya masih belum kelihatan kerana Malaya masih lagi di bawah telunjuk British. Maka itu jenama dari negara barat sajalah yang melambak di pasaran.

Petang tadi admin terlihat lori berhenti di hadapan rumah jiran untuk  menghantar TV LCD. Spontan kenangan terimbau orang kampung sewa teksi atau kereta prebet sapu untuk bawa balik radio 'raksaksa' zaman itu.

Lepas tu, cari batang buluh untuk menyangkutkan Wire Aerial ke luar rumah.

Sebut radio zaman itu, teringat bagaimana pemilik sekejap-sekejap bangun pulas punat betulkan stesen kerana bunyi kekadang dengar kekadang hilang. Ialah, dulu mana ada stesen FM (Frequency Modulation), semua menggunakan AM (Amplitude Modulation). Untuk kami yang berada jauh dari bandar, hanya Gelombang Pendek (Short Wave) saja dalam frequency spectrum 6 – 7 Mhz yang boleh didengar. Liputan Gelombang Sederhana (Medium Wave) 526.5 – 1606.5 Khz yang lebih jelas penerimaan terhad untuk mereka yang berada di kawasan bandar atau sekitarnya saja. Bila cuaca buruk, sabungan kilat dan petir mengganggu tahap penerimaan. Punyalah frust hendaknya pula masa tu tengah disiarkan rancangan lagu-lagu permintaan.

Dalam posting ini, admin kongsuikan iklan-iklan radio yang tersiar dalam akhbar The Straits Times bulan Ogos 1957.

Telefunken – Radio zaman dulu menggunakan valve. Lagi banyak valve lagi umph bunyinya. Iklan di atas "10 Valves 4 speakers" atau "7 Valves 3 Speakers"

Radio hari ini , switch on saja suara keluar serta merta. Radio zaman dulu kena tunggu beberapa minit untuk valve panas sebelum keluar suara. Lepas tu ferquency akan lari (drift) dan kenalah betulkan stesen.

GEC – Special offer…boleh bayar ansuran @ $15 sebualn ($ bukan RM)

Peti sejuk – teringat cerita di kampung masa perang Korea awal dekad 50an di mana harga getah melebihi $2 sekati, dan melahirkan ramai OKB. Alkisah, disebabkan hasil getah yang melimpah ruah, ada seorang pakcik di Kampung Sri Lalang membeli sebuah peti sejuk. Tapi disebabkan tak ada bekalan elektrik, akhirnya peti sejuk digunakan untuk menyimpan kain baju.

ERRES – 8 valve dengan kawalan bass dan treble asing…satu selling point yang baru

GRAETZ model 275 BET kononnya yang terbaik untuk radio menggunakan bateri kering

TABLEGRAM untuk mereka yang berduit

Selalunya Record Changer atau Turntable hanya ada 3 kelajuan – 33/45/78 tapi jenis yang di atas ada satu lagi kelajuan, i.e. 16 RPM

Open-reel tape sebelum adanya Cartridge dan Cassette

Bateri kering - 'nyawa' radio zaman dulu

Mereka yang pandai berjimat, sebuah bateri kering boleh tahan sampai 3 bulan. Bila mula lemah, orang tua zaman dulu akan jemur di luar rumah untuk memanjangkan hayat bateri. Tapi kalau lupa dan hari hujan, bateri kering bertukar jadi bateri basah.

Dua jenama paling popular era itu – EVEREADY dan BEREC


5 Responses to Iklan Radio – Ogos 1957

  1. m2030 says:

    Radio Philips dan Grundig pun jenama lama juga. -Kalau bateri kering dah lemah selalu nampak bapa saudara jemur di luar rumah kena matahari panas untuk recharge – macam solar cell sekarang…he he he

    • Joewings says:

      BAteri kering selain dari jemur, zaman saya kat asrama diketuk2 sampai kemik dan dipakai semula, biasanya untuk jam dinding…tahanlah 2 bulan lagi…

  2. mazrilhisham says:

    kat sekolah pun selalu buat, admin blh citer skit dari segi teori?

  3. Mohd ArshadAbllah says:

    TerIngat masa sekolah (Special Malay Class1&2) kecik2 dulu…..aruah ayah selalu bangun diantara pukul satu/dua pagi macam tu lah.Dia mula mengrodek Radio jenama Philips dia sampai kami 3 beradek tak lenyak nak tidor….mentang2 lah dulu aruah bapak dia hantar gie selkolah di Cairo..Dia asyik dok dengar lagu arab jjee..kalu dengar org mengaji tak pa la juga, nie bunyi macam muzik irama"Belly dancer"jee….hhhee

  4. xcman says:

    Off topic. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selama Hari Raya Aidil Fitri buat Tuan Admin sekeluarga dan juga pelayar UPBB sekelan. Semuga aidil fitri ini merapatkan lagi silaturrahim sesama insan dan di limpahi kerberkataan Illahi.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment