Sunday, September 23, 2012

RG2011... Kenapa tidak dilahirkan menjadi anak Dato' atau Sultan atau orang-orang kenamaan?

 

Sunday, September 23, 2012

Kenapa tidak dilahirkan menjadi anak Dato' atau Sultan atau orang-orang kenamaan?

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam semua,
Persoalan yang timbul dalam diri untuk hari ini~
Kenapa saya tidak dilahirkan menjadi anak Dato' atau Sultan atau orang-orang kenamaan?
sejak kecil lagi hati ini tertanya-tanya mengapa tidak dilahirkan senang seperti mereka?
Lahir sahaja sudah hidup mewah (itu pandangan saya semasa kecil)
Lahir sahaja sudah senang (itu pandangan saya semasa kecil)
Lahir sahaja sudah menjadi perhatian (itu pandangan saya semasa kecil)

Namun begitu,
Soalan - soalan itu tidak saya utarakan kepada sesiapa, kerana itu hanyalah monolog dari dalam diri saya~

Allah itu Maha Besar dan Maha Mengetahui,
Dia tahu apa yang saya pertanyakan sentiasa dalam diri ini..
Dia memberi jawapan secara halus kepada saya..
Ditakdirkan kini saya bekerja dibawah golongan-golongan ini (Alhamdullillah)
Dia pertontonkan kenapa dan mengapa saya tidak dilahirkan menjadi anak Dato' atau Sultan atau orang-orang kenamaan~

Sungguh ajaib rasanya kerana jawapan diberikan secara xdisangka2..
=)

Ini adalah pandangan saya terhadap golongan anak Dato' atau Sultan atau orang-orang kenamaan semasa saya kecil ~

  1. Hidup mereka senang, apa sahaja yang diminta, semua akan dapat
  2. Hidup mereka tidak perlu berusaha, hanya minta kepada keluarga, insyaallah semua akan dapat
  3. Hidup mereka tidak perlu bersusah payah bekerja kerana keluarga sudah berada, boleh tanggung 1 keluarga
Namun setelah saya sendiri bekerja  bersama-sama golongan-golongan ini (Alhamdullillah) sehingga kini sudah 3 tahun, persepsi saya berubah..
ini pandangan saya:::
  1. Mereka sebenarnya berusaha keras lebih dari saya
  2. Mereka berdikari, tidak meminta-minta untuk ditolong tetapi akan berusaha untuk membuat sesuatu sehingga dapat
  3. Mereka tidak berkira, dan suka memberi (siap minta tolong saya sedekah kan itu ini pada banyak organisasi dan minta jangan di hebah hebahkan)
  4. Mereka menjaga pertuturan mereka
  5. Mereka tidak bergossip
  6. Mereka kurang mengeluh
  7. Mereka banyak memberi cadangan berbanding memberi komen yang tidak ada input
  8. dan macam-macam lagi
Dari situ saya mendapat jawapan kepada pertanyaan dalam hidup saya...
Kalau lah saya dilahirkan menjadi anak Dato' atau Sultan atau orang-orang kenamaan, saya pasti akan sentiasa mahu merasa senang dan apa sahaja yang diminta saya mesti akan dapat.

Saya juga mesti terasa tidak perlu berusaha, hanya minta kepada keluarga, insyaallah semua akan dapat, dan xperlu susah payah kerja, dan hanya mahu bergantung dengan keluarga~

Allah itu Maha Besar, dijadikan manusia berbeza-beza,
Dipertunjukkan mengapa terjadi itu ini dalam keadaan yang tak disangka2..
Alhamdullillah..
saya tahu saya perlu mengambil pengajaran ini..
saya perlu contohi mereka..
  1. Berusaha lebih keras dan niatkan pada Nya
  2. Berdikari, jangan meminta-minta untuk ditolong tetapi berusahalah.. bangun dari bawah..
  3. Lebihkan bersedekah, kerana dengan bersedekah itu akan membuka lebih banyak rezeki dari Nya
  4. Jaga pertuturan kita, bila ditindas, atau bila dihina, jangan dibalas, bersabar.. Doakan orang yang menindas itu diberi hidayah oleh Nya..
  5. Jangan dipersoal mengapa rezeki si dia lebih, tapi kita kurang. Rezeki semua orang sama, cuma cepat atau lambat, yang penting berusaha bersungguh tanpa putus asa, insyaallah Allah s.w.t akan buka kan 1001 pintu rezeki untuk kita
  6. Jangan berkata/mengata tentang orang lain, kerana di situ akan timbul nya sifat negative dari dalam diri
  7. Jangan mengeluh tetapi berusaha untuk mengatasi semua masalah yang timbul. Masalah itu akan nampak kecil sekiranya kita sentiasa berfikir bagaimana untuk mengatasi nya

Mudah-mudahan bermanfaat~
Insyaallah~
=)

sumber::: http://positive-el.blogspot.com/2012/09/kenapa-tidak-dilahirkan-menjadi-anak.html
 
tHaNKs & SiNceReLy YoUrS~

Mahu beli topup serendah RM3?
Mahu topup murah dari kedai?

Mahu topup dari YahooMessenger?
Mahu topup pakai HandPhone sahaja?
Jangan ketinggalan!!
sertai kami!
http://elqirani-reload.blogspot.com/p/pengenalan.html

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment