Wednesday, September 12, 2012

RG2011... Peluang 46,921 calon dapat kerja

 

Peluang 46,921 calon dapat kerja




PUTRAJAYA - Kira-kira 46,921 calon yang lulus dalam peperiksaan memasuki perkhidmatan awam dan program pusat penilaian (PAC) tetapi belum berjaya dilantik masih berpeluang mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam berkata, daripada jumlah itu seramai 40,424 ialah calon yang lulus peperiksaan dan selebihnya 6,501 calon lulus PAC.

"Calon-calon itu akan dipanggil semula untuk ditemu duga tanpa perlu menduduki peperiksaan atau PAC semula sekiranya terdapat kekosongan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan jawatankuasa khas mengkaji penyertaan kaum Cina dalam perkhidmatan awam di sini semalam.

Mahmood berkata peluang itu hanya layak kepada mereka yang lulus peperiksaan dan PAC dari tahun 2008 hingga 2012 sahaja.

Sementara itu, Mahmood berkata, dua kumpulan terdiri daripada pegawai SPA akan dihantar ke China dan India untuk mendapatkan maklumat mengenai pelantikan penjawat awam di negara berkenaan.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan SPA mencari kaedah lain bagaimana menarik minat lebih ramai kaum Cina dan India menyertai perkhidmatan awam.

Mengikut statistik untuk Julai dan Ogos 2012 berlaku peningkatan dalam permohonan daripada kaum Cina berbanding bulan yang sama tahun lepas. - Bernama

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment