Tuesday, September 11, 2012

RG2011... Perompak semakin berani – peringatan untuk semua!

 

 
Berikut adalah kandungan email yang ingin saya kongsikan kerana ia sangat penting untuk kita sama-sama beringat dalam keadaan masyarakat yang semakin haru-biru ni.










Salam semua.
Saya hampir-hampir terkena dengan modus operandi geng perompak asing. Kumpulan tersebut adalah dari South America. Ia berlaku pada Jumaat, 15-Jan 2010, kira-kira 8.15 mlm lalu di Cawangan Utama Maybank Shah Alam ( depan Muzium Shah Alam ).
Ketika saya hendak keluar wang dari ATM ( masa tu saya tengah check balance), tiba-tiba seorang lelaki bertubuh gempal & rendah, memakai topi berwarna merah ( wajahnya kelihatan seperti orang South America). Mamat tu menegur saya dalam bahasa Inggeris, beliau kata duit saya terjatuh dilantai.
Apabila saya toleh ke belakang, memang pun terdapat 6~7 keping RM1, RM5 & RM10 (tapi yang banyak duit RM1) bertaburan di belakang tempat saya berdiri. Masa tu tiada orang lain dibelakang saya.
Apabila pandang saja duit yang bertaburan dilantai tu, memang saya yakin ianya bukanlah duit saya, kerana saya tidak lipat duit-duit saya.
Pada masa itu, fikiran saya terus teringat tentang beberapa insiden yang hampir serupa yang diforwardkan dalam e-mail yang banyak
saya terima. Saya dah syak, ini mungkin satu kes penipuan yang cuba dilakukan terhadap saya.
Disebabkan saya yakin ini merupakan satu helah untuk mengenakan saya, saya tetap buat bodoh dan teruskan saja prosese mengeluarkan duit sebanyak RM300. Saya tekad, apa-apapun, duit kena keluarkan dulu dan kad ATM kena masukkan dalam wallet dulu sebelum saya berinteraksi dengan mamat tu.
Mamat warga asing tadi masih lagi berada dibelakang saya. Dia terus mendesak dan mengatakan duit yang bertaburan di atas lantai itu adalah kepunyaan saya.
Saya memang benar-benar yakin, ini adalah taktik jahat untuk memperdayakan saya. Pada masa itu, orang ramai di sekeliling saya buat tak tahu saja. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mungkin mereka takut dan tak mahu masuk campur.
Setelah saya simpan duit dan kad ATM saya dalam poket dan pastikan semuanya selamat. Terus saja saya berhadapan dengan mamat tadi. Saya beritahu dia bahawa duit yang jatuh dilantai tu bukan duit saya kerana semua duit saya ada dalam wallet, dan saya nyatakan saya tak pernah lipat duit saya.
Saya pandang wajah lelaki tersebut, dan terus menuju kearahnya sambil
menyergah…. "ini adalah satu sindikit penipuan". Dengan suara yang kuat dan lantang, saya nyatakan dengan tegas bahawa saya akan laporkan perkara ini kepada polis.
Mendengar sergahan dari saya itu, mamat tadi terus buka langkah seribu, melarikan diri. Saya berlari ke arah beberapa orang security guard yang sedang lepak-lepak di kawasan itu. Saya beritahu apa yang berlaku dan cerita mengenai percubaan mamat warga asing tersebut. Security guard kemudiannya turut sama berlari mengejar mamat yang tengah kelam kabut tu.
Mamat tu berlari kearah sebuah kereta yg diletakan tak jauh dari pintu masuk bank. Dia mencampakkan beg galas yang disandangnya ke jalan raya.
Menurut security guard di kawasan itu, kejadian seumpama ini telah beberapa kali dilaporkan kepada pihak polis.
Ramai pelanggan yang berada di dalam Maybank terpingga-pinga dengan insiden yang berlaku. Ia berlaku dalam masa agak singkat.
Dah macam drama swasta pula. Saya seperti menjadi hero dan begitu berani bertempik dan mengejar mamat warga asing tu. Rasanya ada tak kurang 15 ~ 20 org yang telah menyaksikan kejadian itu.
Tak sangka la pula, geng perompak South America ini dah semakin berani melakukan operasi mereka, walaupun di cawangan utama bank,tempat dimana terdapat ramai pelanggan dan ada security guard.
Pengajaran dari insiden ini… ;
  1. Kita kena selalu beringat sebelum terkena. Bak kata pepatah Melayu, "Jangan dah terhantuk, baru nak tengadah".
  2. Jangan beranggapan bahawa tempat ramai orang berurusan, maka kita boleh merasa selamat.
  3. Jangan bersendirian terutama ditempat tak ramai orang.
  4. Kalau boleh, cuba elakkan berurusan pada waktu malam.
  5. Kalau nak pergi ke mana-mana, kena ada teman, jangan pergi sorang-sorang, terutamanya perempuan, kena bawa mahram untuk temankan.
 
Sekian, hari ini dalam sejarah.
-Lobo-
Kesimpulannya, sekali lagi diingatkan bahawa, setiap seorang daripada kita kena sentiasa berwaspada dan berhati-hati sebelum terkena. Sediakan payung sebelum hujan.
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment