Tuesday, September 11, 2012

RG2011... Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga!

 

 
As-salam buat semua. Harapan kalian berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. Selamat bertemu kembali kepada semua yang dirahmati Allah. Dalam mencipta kebahagian rumahtangga, cubalah anda hayati sebaris ungkapan ini:
 
sunset20115
 
Tika sang mentari mulai terbenam di kaki langit, pintu malam pun mulai menyapa menandakan kehadiran giliran sang rang bulan pula. Mentari telah mula melabuhkan tirai malamnya untuk beradu. Begitupun keindahan pemandangan semasa peralihan suasana sebelum malam menjelang, begitu mengasyikan. Langit kelihatan kemerah-merahan dan nun jauh di kejauhan kelihatan sekawan burung-burung berterbangan , balik semula ke sarang masing-masing menurut putaran hukum alam. Hening sekali. Alangkah moleknya sekiranya keindahan pemandanga tersebut dapat berpanjangan. Namun tidak mungkin terjadi, sebab sudah menjadi ketetapan Tuhan.
 
Manusia sering terlupa bahawa kehidupan ini hanyalah sementara sahaja. Adakah kerana memikirkan kematian semata-mata maka kita tidak perlu meraih untuk memiliki kegembiraan. Jika kita tidak gembira atau tidak tahu bagaimana cara untuk bergembira dalam hidup ini, adakah adil sekiranya kita menyeret orang lain untuk terus merasi seperti apa yang kita rasakan? Kenapa begitu singkat akal fikiran kita? Sesungguhnya semua orang berhak untuk bergembira, baik orang kaya mahupun orang miskin.
 
Ketahuilah biar apapun taraf pendidikan atau latar belakang seseorang keluarga itu, orang lain tidak ada hak untuk menehan atau membunuh rasa kegembiraan tersebut. Namun dalam realitinya, kehidupan ini tidak semudah yang disangka. Tidak semua yang kita lihat itu, sama seperti yang kita inginkan. Dalam kata lain, tidak semua cantik di mata kita itu adalah sebenar-benar kecantikan dan begitu jua sebaliknya. Kadangkala apa yang kita pegang, belum tentu lagi akan menjadi milik kita dan begitulah selalunya. Sesungguhnya kehidupan ini penuh misteri dan kerana itu kita haruslah selalu berhati-hati dalam setiap tanduk yang kita dalam seharian.
 
muslimah2
 
Sahabatku..
Penulisan kali ini agak mendalam dan saya percaya bahawa bahasa kiasan tersebut akan mampu menambah minat untuk kita terus mengikuti nukilan ini sehingga keakhirnya. Sesekali kita menggunkan bahasa sastera, baru ada peningkatan dalam minda kita, betul tak? Orang tua dulu-dulu ada berpesan , yakni 'kalau berjalan biar sampai menuju batas, kalau belayar biar sampai menuju ke pulau…' Maksudnya, jika kita melakukan sesuatu perkara biarlah sampai kepada matlamat dan jaganlah ditinggalkan hanya separuh jalan sahaja.
 
Begitu jua dalam kehidupan berumahtangga, kita sering memandang tentang perkara-perkara yang remeh-remeh sahaja. Kadangkala perkara tersebut tidak membawa keuntungan kepada sesiapapun, namun kerana keegoaan masing-masing maka perkara yang kecil tadi akan terus berlarutan. Cubalah fikir-fikirkan dan selepas beberapa ketika, baru kita mula menyedari akan kebodohan diri kita sendiri.
 
Maaflah andai adanya golongan hawa diluar sana, banyak rungutan yang diterima perjumpaan dan sebagainya tentang diri kalian. Kebanyakan kaum hawa (tidak semua), sekiranya mereka bersalah tidak akan segera memohon maaf sekalipun telah terang-terang membuat kesalahan (orang perempuan jangan cepat mudah melenting, sebaliknya kita tanyalah pada diri kita sendiri).
 
Kita janganlah sesekali menunggu hingga tiba hari raya, barulah kemaafan akan bertemu dihati suami. Bukan apa, khuatir juga sekiranya kita tidak sempat untuk memohon kemaafan dan suami pula telah pergi terlebih dahulu mengadap Tuhan. Ha, pada masa dan tika itu siapakah harus kita persalahkan..adakah kita akan menuding jari pada orang lain pula?? Ingatlah sahabatku..perginya dengan membawa seribu luka di hati. Tanpa kita sedar perkara sebeginilah yang sering berlaku dan akhirnya penyesalan sahajalah yang masih berbaki. Malang sekali bukan.. tidak bermaksud untuk merendahkan sesiapa, tetapi perkara ini sudah seakan-akan menjadi satu 'trend' pula.
 
42-15533974
 
Sahabatku..
Dalam kehidupan bersuami-isteri ini, perlakuan bergurau senda bukan utnuk mereka yang baru berumahtangga sahaja. Sepatutnya semakin lama kita berumahtangga, maka semakin intimlah perhubungan tersebut. Sedarkah anda bahawa melalui gurauan dan adegan usik mengusik tadi, akan terus memberi 'nafas baru' kepada sesebuah perkahwinan tersebut yang pada mulanya hambar..sepi. Percayalah sahabatku usia perkahwinan bukan sahaja penting, tetapi jauh lebih penting lagi ialah kualiti sebuah perkahwinan tersebut.
Sebenarnya banyak sekali perkahwinan yang telahpun mencecah berpuluh-puluh tahun, pada pandangan peribadi ia sangat hebat namun sebenarnya ia tidak membawa apa-apa makna kepada pasagan tersebut. Mengapa? ia hanyalah lakonan semata-mata dan sekadar mengkaburi mata anak cucu sahaja. Lebih malang lagi jika pencerian tersebut berlaku di kala usia emas.
Mulai sekarang, marilah kita bina semula keyakinan diri dan fokuskan kepada 'kebahagian hidup'.Berusahalah kita untuk ke arah jalan tersebut. Banyak orang telah berjaya dan memandang kehidupan berumahtangga ini begitu menyeronokkan, kenapa tidak anda??
 
suami-isteri
 
Berguraulah sebanyak yang mungkin dan inilah sebenarnya satu rahsia kebahagaian dalam inti alam berumahtangga. Selamat melayari bahtera kasih dalam rumahtangga dan semoga ilmu yang cuba dikongsikan melalui perunding motivasi Mohd Huzairi Bin Zainuddin ini sedikit sebanyak akan bisa menaikkan seri aura rumahtangga anda kembali.
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment